Chapter 7

49 4 3
                                    

Aku berkerut dahi membaca pesanan daripada orang yang tidak dikenali tersebut.

"cute"

Salah nombor ke mamat ni. Macam mana aku boleh tahu dia ni lelaki ke perempuan. Kau cuba fikir positif mesti lelaki yang mesej macam ni takkan perempuan.

"i'm not wrong Detective Ariana"

terbeliak biji mata aku membaca balik pesanan lelaki itu. Mata aku melilau mencari benda-benda pelik yang ada dalam bilik aku. Muka ku tegang apabila membaca balik pesanan dia yang ketiga.

"i always with you sayang"

Aku keluar daripada bilik aku dan mengambil kunci kereta yang ada di sangkut pada dinding rumah itu. Baik aku tidur rumah sewa tasnim dengan ikha dulu.

Aku mengundur kereta keluar daripada pengarang rumah itu dan menekan minyak kereta sekuat yang boleh.

________________________________________

"Kau ni dah kenapa tiba-tiba tercegat depan pintu rumah kami malam-malam buta ni ?" tanya tasnim dan mempersilakan aku masuk kedalam rumah sewanya dan ikha.

"Aku rasa tak sedap hati lah duduk kat apartment tu yang aku datang sini" ujar ku dan melabuhkan punggung di sofa single itu.

"Dah kenapa tiba-tiba jadi macam tu ?"

Ikha memberi aku segelas air suam. Aku mengambil dan meneguk air suam tersebut.

"Entah lah sejak aku handle kes hacker ni banyak hal masalah yang timbul" kata ku sambil mengurut kepala ku yang terasa pening itu.

"Hmm aku rasa lah kau kena cepat selesai tugas ni kalau tak makin merana weh" ujar ikha dan di sokong oleh tasnim. Aku mendiam diri apabila mendengar perkataan yang dilontarkan ikha kepada ku sebentar tadi.

"Dah lah kau pergi rehat dulu. Esok kita bincang benda ni esok kita cuti kan" sambung ikha dan menghalau ku pergi berehat.

________________________________________

Aku mengacau gelas kopi itu. Sudah 2 minggu aku punya kes tak selesai lagi. Tambahan pulak kes ni tiba-tiba senyap dan hacker tu pun dah tak buat hal. Tapi 2 minggu lepas ada kes senjata haram. Kami berjaya menangkap Bruno Bright. Apabila menyoal balik tentang hal senjata tu.

Bruno bukanlah ketua dalam semua jenayah. Ada seorang lagi antara hacker tersebut atau orang lain. Huh sungguh memeningkan kepala otak aku. Tiba-tiba meja aku diketuk oleh seseorang.

"Hey lama termenung"

Terkejut aku apabila melihat jejaka yang berada didepan ku sambil memberikan sebuah senyuman sampai terlihat lesung pipitnya itu.

"Oh my god, Bian Karvian"

"surprise do you miss me"

"Ya Allah mestilah rindu. Bapak lamanya kau pergi overseas"

"Haha tahu pun rindu tapi tak call pun aku" katanya acah-acah merajuk.

"Sorry lah weh aku busy dengan kes baru-baru ni stres aku nak handle" ujar ku kepadanya.

"Jangan stress jom aku belanja kau tengok wayang aku dengar ada cerita baru jom" ajaknya tanpa aku mengatakan apa-apa terus dia menarik beg galas ku.

________________________________________

"Best kan cerita tadi. Sweet gila aku tengok si Amato dengan Mega Bot" ujarnya.

"Cerita kartun je pun kau ni"

"Cerita kartun pun bermakna tau. Bertapa sayangnya mega bot dekat amato sampai sanggup jauhkan diri dia supaya amato selamat dari ancaman" ujar Bian dengan tegas menceritakan balik apa yang jadi dekat dalam cerita tadi.

"Contoh lah aku dalam bahaya kau nak selamatkan aku ke atau kau biarkan aku ?" tanya ku kepada Bian.

"Semestinya aku akan selamatkan kau. Aku sanggup korbankan nyawa aku untuk selamatkan kau. Kau tu bagai nyawa aku tau aku tak tahu lah kalau kau tak de dalam hidup aku" ujarnya sambil melihat ke dalam mata aku.

Aku melihat kearah matanya untuk melihat penipuan yang ada dalam matanya itu. Tapi sayang dia kelihatan begitu jujur dan tidak tipu.

"Aku sayang kau tau Ariana Balqis"

"Aku sayang kau juga kawan ku Bian Karvian"

"Jom beli ais krim" ajak ku menari hujung bajunya itu.

________________________________________

"Bang nak ais krim coklat cip satu and tambah coklat saus tau" kata ku kepada abang kauter itu.

Tidak lama kemudian ais krim ku siap. Aku ingin mengambilnya tetapi dihalang oleh lelaki kauter tersebut.

"Sebelum awak ambil ni bagi saya nom awak dulu" katanya sambil mengedep matanya kearah aku.

Tak sempat aku membalas apa-apa ada suara yang membalas terlebih dahulu.

"Sebelum dia bagi nom dia dekat kau. Penampar kasut aku bagi kau dulu" kata Bian dan membuang kasutnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE PSYCHO HACKER [ slow update ]Where stories live. Discover now