Chapter 8

35 3 1
                                    

Sesampai rumah aku merebahkan badan aku di atas katil bersaiz queen itu. Nasib kau lah Ariana keluar dengan Bian memang sampai ke malam lah kau duduk dekat luar. Selagi tak pukul 11 selagi tu lah kau tak boleh balik.

Aku bangun ingin mengambil towel tetapi pergerakan ku terhenti apabila notification mesej muncul di skrin telefon aku. Aku menekan aplikasi WhatsApp untuk melihat siapa yang mesej aku malam-malam ni.

Rupa-rupanya Bian yang mesej menanyakan aku sudah sampai ke belum ke rumah. Sebelum aku membalas mesejnya muncul satu lagi notification yang muncul daripada 'unknow'.

"you look so happy today"

Aku dah tahu siapa ni yang aku pelik dah 2 minggu dia ni hilang tiba-tiba chat aku balik ni dah kenapa. Aku ingin menekan button block. Baru sahaja ingin menekan keluar lagi satu notification daripada 'unknow'.

"Sayang you tekan butang block pun aku tetap boleh mesej kau. Aku kan hacker"

Sombong amat.

Aku membalingkan telefon ku keatas meja dan berlalu masuk kedalam bilik mandi.

---

"Weh Ariana kau punya kes ni tak selesai lagi ke?" tanya Riana dibalas oleh Tasnim.

"Soalan kau ni nak makan pelempang ke. Dah tahu tak selesai lagi kau tanya lagi" ujar Tasnim mengetuk bahu Riana menggunakan tangan ikha.

"Yang kau pi pukul dia pakai tangan aku kenapa tak pepasal aku yang berdosa" kata Zulaikha.

"Its okey dosa kau bukan dosa aku" balas Tasnim dan menayangkan senyuman manisnya itu.

"Doso mu doso aku dahi mu" balas Zulaikha.

Terus satu pejabat polis itu bising degan
gelak tawa kami semua.

"Bila masa kau belajar cakap Kelantan ni" tegur Riana menghabiskan ketawanya.

"Biasalah Zulaikha"

"Dah-dah jangan nak ketawa sangat dengar Tuan Fakri tak pasal-pasal satu team kena denda" ujar ku menghentikan perbualan yang takkan pernah nak habis ni.

"Biar lah kena denda satu team kita kan kawan. Kan Hazril" ujar Riana kepada Hazril.

Hazril hanya mendiamkan diri sedari tadi. Kan kau kena palau tu.

"Eh kau palau aku dengan Ariana takde pulak kau nak palau. Eh kau aku pukul kang eyhh" marah Riana. Dia ingin memukul Hazril tapi ditahan oleh Tasnim dan Zulaikha.

Aku hanya menggelengkan kepala. Penat nak layan perangai tak semengah mereka bertiga ni. Tidak lama kemudian nama ku dipanggil oleh seseorang. Aku mengangkat kepala melihat kearah suara yang memanggil ku tadi.

Rendy

---

"Kau nak beritahu aku apa ?" tanya ku kepada Rendy yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah ku.

"Aku nak beritahu esok aku dah tak ambil kes ni. Kapten aku suruh ambil kes lain dekat London" ujarnya.

Berkerut dahi aku.

"Kenapa tiba-tiba ?"

"Entah aku pun tak pasti cuma yang aku nak kau tahu jangan kau percaya dengan sesiapa dalam team kau" katanya.

belum sempat aku membalas dia sudah mencelah.

"Okey lah aku kena pergi kemas barang tak siap kemas lagi" sambung nya lalu meninggalkan aku sendirian.

Aku menghantar Rendy dengan hujung mata aku. Aku mengeluh dan menyandarkan badan ku kepada kursi yang aku duduk sekarang.

"Huh penatnya lah aku berhenti je ambil kes ni tak boleh ke" kata ku.

"Kenapa nak berhenti pulak kau dah nak dekat 3 minggu nak selesaikan kes ni" ujar seseorang dari belakang aku.

Aku tengok Hazril yang mengambil tempat di tempat Rendy duduk tadi.

"Nah"

Hazril memberikan aku air ten yang dibelinya. Aku mengambil dan mengucapkan terima kasih.

"Kau jangan lah cepat putus asa. Setiap ujian mesti ada penyelesaiannya. Don't worry okey aku selalu tolong kau" ujar Hazril menenangkan ku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


THE PSYCHO HACKER [ slow update ]Where stories live. Discover now