Pengalamanku Ketika Bertugas

56 7 0
                                    

Namaku Linda dan berumur 14 tahun tetapi lebih mesra dipanggil dengan panggilan Lin oleh rakan-rakanku. Aku adalah seorang pengawas pusat sumber dimana aku bersekolah.
Kisah yang ingin aku ceritakan ini adalah pengalaman aku semasa bertugas di pusat sumber.

Aku sepatutnya datang kesekolah pada jam 11 pagi kerana aku adalah murid sesi petang tetapi pada hari itu adalah hari dimana aku bertugas di perpustakaan dari jam 6 pagi sampai jam 11 pagi.

Sesampai saja aku disekolah, aku bergegas ke bilik guru yang berada di tingkat 1 untuk mengambil kunci pusat sumber yang terletak di tingkat 2. Semasa ingin membuka pintu pusat sumber aku terdengar seolah-olah ada bunyi orang berjalan didalamnya, hati aku pun berkata

"ah mungkin suara yang aku dengar berasal daripada tingkat 1 ataupun tingkat 3"

Selepas sahaja membuka pusat sumber aku pun menyimpan beg diatas kerusi dan menekan suis lampu. Aku pun mula membersihkan dan mengemas bilik tersebut sembari menunggu pelajar-pelajar lain masuk ke pusat sumber itu. Sedang aku sibuk mengemas tiba-tiba aku terdengar buku yang berada di kaunter hadapan terjatuh, aku pun bergegas mengutip buku itu dan meletakkan balik diatas meja. Semasa membalikkan badan untuk kembali mengemas bilik itu tiba-tiba aku terlihat sesosok lembaga hitam yang sedang menuruni tangga dari bilik perbincangan yang terletak diatas pusat sumber tersebut. Bilik perbincangan ini kadangkala dijadikan sebagai bilik seminar.

Ketika melihat lembaga hitam itu, tanpa berfikir panjang aku terus meluruh kearah pintu keluar pusat sumber tapi alangkah terkejutnya aku kerana pintu tersebut seolah-olah telah dikunci. Aku dengan sekuat tenaga menarik tombol pintu tersebut sambil melihat kearah belakang takut kalau-kalau lembaga itu menuju kearah ku, sedang aku menarik tombol pintu tiba-tiba pintu bilik terbuka dan beberapa orang rakan setugas ku telah berdiri didepan pintu.
Mereka hairan melihat aku dalam keadaan ketakutan berwajah pucat serta berpeluh-peluh sambil itu salah seorang dari mereka bertanya.

"Apa yang terjadi, kenapa muka kamu terlihat begitu pucat?"

Aku pun menjawab

"Selesai sahaja kita bertugas, nanti aku ceritakan"

Selepas dari pengalaman itu, aku tidak berani lagi datang bertugas sendirian, sekurang-kurangnya aku mesti datang bertugas dengan seorang teman.

Tamat.

Aku ingin berceritaWhere stories live. Discover now