Siapakah Yang Berada Didalam Itu?

18 1 0
                                    

Kisah yang ingin aku ceritakan ini adalah dari cerita rakan ku Rina. Rakanku berkerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah.

Ingin dijadikan cerita, pada masa itu jam sudah menunjukkan jam 6 petang dan rakan aku masih berada di bilik guru dia bergegas mengemas barang-barangnya yang berada diatas meja untuk pulang kerumah. Semasa mengemas barang-barangnya, ia secara tiba-tiba ingin membuang air kecil lalu ia pun bergegas ketandas yang berada disebelah bilik guru. Ketika didepan tandas ia terjumpa dengan rakannya yang bernama Agnes, mereka mendengar seperti ada orang sedang memasang paip sambil menyapu lantai seolah-olah sedang membersihkan tandas. Dalam fikiran mereka mungkin makcik pembersih sedang membersihkan tandas, maka mereka pun menunggu sahaja.

Beberapa minit berlalu, orang yang didalam tandas itu masih lagi tidak berganjak keluar, rakannya Agnes pun dengan perasaan marah mengetuk pintu itu dan menyuruh sesiapa sahaja didalam tandas itu untuk keluar tetapi tiada jawaban maka Agnes pun berlalu pergi dan turun kebawah untuk ketandas pelajar. Selang beberapa minit selepas itu, Rina pergi kearah tombol pintu dan cuba untuk memulasnya dengan sekuat hati dengan harapan supaya orang yang berada didalam tandas itu tersedar yang ada orang diluar sedang menunggu untuk menggunakan tandas. Tetapi alangkah terkejutnya Rina apabila tombol itu senang dibuka dan dia segera menolak daun pintu untuk melihat kedalam tandas Hairan! siapa yang berada didalam tandas tadi?
Dalam tandas tidak ada orang, pili air pun bertutup, lantai tandas pun tidak basah.

Rina lantas masuk kedalam tandas dan mengunci pintu untuk melepaskan hajatnya, selepas itu ia terus masuk kebilik guru dan mengambil barang-barangnya untuk pulang.
Sehingga ke hari ini Rina masih tidak tahu siapakah yang berada didalam tandas itu.

Tamat...

Aku ingin berceritaWhere stories live. Discover now