Keteguran

10 1 0
                                    

Cerita ini adalah cerita benar dari ibu saya ketika ia berumur 7 tahun, ketika itu arwah nenek masih hidup lagi. Biasalah budak-budak jika dia tidak dapat apa yang diinginkan pasti merajuk. Dijadikan kisah ibu cemburu melihat rakan seumurannya bermain anak patung yang comel dan cantik sedangkan ibu hanya mampu bermain anak patung yang diperbuat daripada kain pelikat. Ibu pun segera pulang kerumah dan mengajak nenek ke kedai katanya ingin membeli anak patung, nenek menolak ajakan tersebut kerana masa tidak sesuai. Nenek berkata lain kali sahaja ke kedai, ibu pun menangis.

Ibu lantas menuruni tangga rumah dan berlari kearah sawah padi yang berdekatan. Nenek hanya membiarkan ibu kesana kerna nenek tahu ibu pasti tidak akan berani kemana-mana lagipun sawah padi itu adalah kepunyaan abang nenek. Ketika itu hujan gerimis sedang turun manakala ibu sibuk melempar batu kerikil kearah air sawah padi, tiba-tiba ibu dikejutkan dengan satu suara yang menegurnya ibu menoleh kearah suara itu. Kelihatan seorang nenek tua yang sangat bongkok, ibu menjangka umur nenek itu telah mencecah hampir 100 tahun.

Ibu tidak mengenali siapakah gerangan nenek itu. Sambil ibu merenung muka nenek itu. Nenek itu tertawa, tanpa diduga  lidahnya tersembur keluar bergulung-gulung panjang sehingga mencecah tanah.

Alangkah terkejutnya ibu melihat keadaan itu. Ibu terus membuka seribu langkah tanpa menoleh kebelakang tetapi ibu masih terdengar nenek tua itu ketawa. Sampai sahaja ibu dirumah ibu pun memberitahu nenek mengenai kejadian itu, esoknya ibu demam. Nenek berpesan

"Lain kali jangan keluar rumah ketika hujan panas sebab dikhuatiri keteguran oleh makhluk halus yang sedang berkeliaran"
Atau nenek istilahkan makhluk halus itu sebagai antumolong.

Tamat...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku ingin berceritaWhere stories live. Discover now