Bab 2

659 24 4
                                    

"Fateh! Mai sat." Gamit Kolonel Arif Mat Saad kepada Fateh yang ketika itu sedang berlari di atas treadmill di dalam gim.

Gim yang berada di dalam unit pentadbiran itu sememangnya menjadi tempat untuk Fateh bersenam.

Dia kurang gemar bersenam di gim lain, sebab pasti ada sahaja langau yang akan menghentikan dia daripada bersenam. Gim yang khusus untuk lelaki sudah semestinya tidak akan ada langau yang mencari.

"Dah kenapa pulak orang tua ni panggil aku. Telefon kan boleh." Gumam Fateh seraya melangkah ke arah Kolonel Arif yang duduk di bench press.

"Nah." Sekeping kertas diserahkan kepadanya.

Tanpa banyak soal. Kertas itu dibaca. Membutang bola matanya membaca isi kandungan kertas tersebut.

Majlis Makan Malam Regimental 2023.

Waktu: 8.00 sehingga 11.00 Malam
Tarikh: 28 Disember 2023
Tempat: Hotel Astana
Dress code : Formal

Diwajibkan membawa pasangan masing-masing.

Perkataan "diwajibkan" itu sedikit sebanyak menyakitkan hati Fateh.

"Saya mana ada partner, tuan. Adik pun tak ada, saya sorang ja, tuan." Kepalanya yang tak gatal, digaru. Dia yang sememangnya tiada pasangan mulai berasa cemas.

"Bawak jala sapa-sapa hat dok berkenan kat hang. Apa nama dia tatau, yang pegawai tu? Alah yang tinggi cukup-cukup makan tu, Rose ka tatau. Hang laung ja kat tengah unit pentadbiran tu, tanya sapa nak jadi partner hang. Berduyun-duyun aih mau kat hang." Kolonel Arif mengusik Fateh.

Dia sendiri sedia maklum bahawa ramai pegawai wanita di sini cuba memikat Fateh, tetapi tak dilayan. Hati keras macam batu.

"Hang jangan kata hang kunyit, Fateh. Aku taboh belakang hang satgi."

"Hish, tuan ni. Saya ni straight. Tak dak maknanya kunyit." Terkesima Fateh apabila disangka sukakan jantina sejenis.

"Dah tu hang asyik ke hulu ke hilir dengan Si Zarith. Tak Zarith, Yusra budak udara buah hati Zarith tu, tak pun budak-budak hang. Budak-budak hang tu sapa sorang pon tak dak yang perempuan." Risau juga hati tua dia ini jika memang terbukti Kapten Anas Fateh ini seorang yang songsang. Meraung semua pegawai-pegawai yang ada hati dengan dia termasuk isterinya.

Isterinya sendiri, Puan Huda sudah menganggap Kapten Fateh dan anak-anak buahnya seperti anak sendiri.

Bukan mereka tiada anak, tetapi anak mereka hanya seorang. Itu pun doktor, bekerja di Singapura. Rumah mereka terasa sunyi

"Ada la terminat sorang ni. Tapi tak tau la dia dah berpunya ka belum."

"Dah tu hang tunggu apa lagi! Pi la tanya dia!" Belakang Fateh ditepuk kuat. Bergema bunyi tapak tangan yang hinggap di batang tubuh Fateh. Mujur tiada orang. Kalau ada mana dia nak letak muka.

Mengeliat Fateh tatkala tapak tangan Kolonel Arif menyinggah ke belakangnya. Perit!

"Adoi! Nak tanya macam mana? Cakap pun tak pernah."

Sekali lagi belakang dia ditepuk.

"Tuan nak bunuh saya ka, tuan?"

"Ha memang pun. Penakut pahit. Hang lambat, orang lain caras. Aku tepuk tangan. Hang jangan dok mai teriak kat aku, Fateh. Aku gelak ja kat muka hang nanti. Aku ajak sekali Si Zarith dengan budak-budak hang biaq depa gelak kat hang."

Sah Si Fateh ni tengah angau. Reaksi Fateh yang gelisah itu agak lucu di matanya. Boleh jadi bahan gosip kat pejabat ni.

"Dah la aku nak balik. Bini aku kat rumah dok hinggaq kata aku dok kacau hang kerja. Sayang sungguh dia kat hang." Kolonel Arif menepuk bahu Fateh sebelum melangkah ke pintu keluar.

Penakluk Teragung: Fateh Uzma (RAW)Where stories live. Discover now