Pintu pagar besar rumah agam milik kakaknya, Farehah Azwa tersergam indah di depan mata bundarnya.Uzma menarik nafas panjang, cuba mencari kekuatan bagi menghadapi sang kakak. Dia datang seorang diri. Sesiapa pun tak tahu akan kedatangannya ke rumah kakak kandungnya itu. Zarith dan Puan Zulaika pun tidak dimaklumkan sama sekali.
Loceng rumah ditekan. Dua minit kemudian barulah terdengar suara di interkom.
"Siapa? Nak apa?" Dingin suara Farehah bertanya walaupun dia sudah dapat mengecam kereta yang berada di depan pagar rumah.
"Assalamualaikum, Uzma ni." Salam yang diberi tidak dijawab.
Pintu pagar tinggi itu terbuka secara perlahan-lahan. Tanpa banyak bunyi, dia terus melangkah masuk ke dalam rumah agam binaan kedua orang tuanya.
Rumah kakaknya itu tak ubah seperti rumah terbiar. Rumput dan lalang tidak terjaga langsung di halaman rumah itu.
Pintu kayu dibuka oleh Farehah. Masam mencuka riak wajahnya tatkala melihat wajah manis adik kandungnya yang berpakaian muslimah itu.
"Masuklah. Baru sekarang kau ingat nak datang jumpa aku?" Salam yang dihulurkan dibiar tidak disambut. Jijik rasa nak bersalamn dengan perosak kebahagiaannya.
Punggung dilabuhkan ke sofa yang ada di ruang tamu. Pakaian Farehah sedikit sebanyak membuatkan Uzma segan. Seksi seksa!
"Aku datang ni nak jemput kau datang kenduri aku nanti." Ujar Uzma sambil merenung tepat ke bola mata yang serupa seperti kepunyaannya. Tiada lagi panggilan hormat untuk insan bergelar kakak.
"Cepat sangat kau kahwin, dah kena tebuk ke?" Sinis saja ayat Farehah. Cuba bermain dengan api. Kuku panjang berwarna merah dibelek tanpa memandang lawan bicara.
Uzma beriak kosong. Tak ada masa dia nak terbakar dengan ayat murahan macam tu. Umur dia 27 bukan 17 tahun, cepat apanya? Umur macam ni sesuailah kahwin.
"Alhamdulillah Allah masih jaga aku. Aku akan buat dekat dewan di kampung. Majlis akad, buat dekat masjid. Datanglah." Jemput Uzma setengah hati. Kalau ikutkan hati, dia tak mahu pun jemput Farehah. Namun bila difikirkan balik, dia cuma ada Farehah sebagai ahli keluarga kandungnya.
Air sirap yang dihidang di hadapan nya diendahkan. Curiga juga dengan tingkah laku kakaknya. Mana tahu Farehah letak racun atau dadah dalam minumannya. Lebih baik dia berjaga-jaga.
"Tengoklah dulu macam mana... askar tu pangkat apa?" Soal Farehah. Rambut yang dicat perang dibelai lembut. Seriau Uzma tengok kuku kakaknya yang panjang mengalahkan pontianak.
Berkerut dahi Uzma mendengar soalan si kakak. Bila masa dia cakap bakal suaminya askar?
Semakin menjadi-jadi perasaan curiga. Nama Allah mula meniti di hati.
"Kapten... orang atasan along." Riak wajah Farehah yang pada mulanya sinis, berubah tatkala nama panggilan Zarith disebut.
"Oh... baguslah kalau macam tu. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Tengoklah kalau aku free, aku datanglah." Kata Farehah acuh tak acuh.
"Tak apa, aku faham."
"Minumlah air tu, penat ja kakak buat." Senyuman hambar terukir di bibir mungil Uzma. Kakak? Lucu...
"Tak apa terima kasih, Uzma dah lunch tdi sebelum ke sini..." belum sempat ayat dihabiskan, dirinya terus diserang.
Pisau di celah sofa yang sudah disiapkan sebelum adiknya masuk, dicabut pantas. Farehah tanpa banyak bunyi terus menerpa ke arah Uzma untuk menyerang.
Air itu dah dicampur dengan ubat pelali. Disebabkan perangkap tak menjerat mangsa, rancangan dia tak menjadi. Kalau Uzma minum, mudah rancangannya berjalan.
YOU ARE READING
Penakluk Teragung: Fateh Uzma (RAW)
Action"Nama budak perempuan dalam lif tu apa?" Soal Kapten Anas Fateh kepada Zarith tatkala mereka masuk ke dalam bilik hotel yang mereka kongsi bersama. "Budak perempuan yang mana satu, tuan? Kalau pakai seragam tentera udara tu, mata air saya, tuan. Tua...