Prolog

168 30 6
                                    

Tik! Tok! Tik!

Badump! Badump! Badump!

Satu nafas panjang dihela olehnya perlahan. Degupan jantungnya berdetak sama rentak seperti jarum saat pada jam dinding di situ. Anak mata hijau miliknya memandang sekeliling ofis tu. Dokumen-dokumen bersepah atas meja, trofi dan piala tersusun di dalam rak kaca yang berada di belakang meja ofis dan mesin kopi yang kerap bekerja untuk menyumbangkan kafein terletak atas meja kecil di penjuru ofis ni.

Sekali pandang dia rasa macam di ofis papa dan mamanya, cuma bau ubat dan getah tiada di udara dalam ofis ni. Jari jemarinya bermain-main dengan hujung bajunya.

Ktak!

Pintu ofis terbuka dan melangkah masuk seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan lewat 40-an. Lelaki tu duduk di meja ofis, bertentangan dengan dia. Kaca mata yang tersangkut di kolar bajunya dia pakai lalu dia baca informasi dalam kertas-kertas di depannya. Satu dengungan mengisi keheningan di ofis tu.

"Naomi Lee?" Suara garau lelaki tu memanggil namanya. Gadis tu mengangguk, suaranya terketar-ketar, nervous. "Ya, saya"

Lelaki tu mengangguk lalu membelek helaian lain dalam fail tu. Kerutan di dahinya makin menjadi-jadi. "Pernah study dekat kolej prestij. Kenapa minta tukar sini?" Soal lelaki tu, anak mata hitamnya mengerling ke arah gadis 19 tahun tu.

Pelbagai alasan muncul dalam kepalanya. Ada sebahagian kecil daripada dirinya menjerit meminta dia untuk berterus terang tapi dia menelan keberanian dan rayuan tu. Tak. Dia taknak benda yang sama ulang kat sini. Kolej ni tempat untuk dia mulakan buku baru.

"Saya tak boleh bawak course tu"

Kepala lelaki tu teleng ke tepi. Keningnya diangkat sebelah. "Then kenapa tak tukar course je? Ni sampai tukar kolej"

Kukunya yang diwarnakan hitam mencucuk-cucuk tapak tangannya, cuba nak kawal badannya daripada menggigil. Mata hijaunya pandang piala di belakang lelaki tu. "Takde course yang saya nak kat situ"

"Course IT takde kat kolej tu?" Soal lelaki tu, nada suara tak percaya dengan alasan tu.

Naomi mengetap gigi lalu menggeleng kepalanya. "Tak. Situ banyak fokus kat perubatan dan hospital. Saya tak suka bidang tu"

Hujung bibir lelaki tu terjungkit naik sedikit. "Taknak teruskan legasi parents kamu ke?"

Bila lelaki tu sedar yang Naomi tak lagi ada mood untuk berbual dengannya, dia lepaskan keluhan berat. Dia capai sebatang pen dalam bekas silinder atas mejanya lalu tanda tangan surat kemasukan Naomi ke kolej tu.

"Lain kali masuk ikut batch. Banyak kerja kami nak kena persiapkan kemasukan kamu je" Leter lelaki tu lalu mengangkat kepalanya, mata hitamnya tepat memandang anak mata hijau milik Naomi. "Kamu beruntung keluarga kamu berada"

Naomi mula rasa sesak nafas. Dahinya berkerut. Orang mana cakap fasal status pelajar masa-masa macam ni? Tak profesional langsung lelaki ni. Usai tandatangan dokumen-dokumen yang perlu, fail tadi dia pulangkan pada Naomi. Gadis tu laju mencapai dan simpan fail tu dalam begnya.

Knock! Knock!

Fokus lelaki tu beralih ke arah kedatangan baru di pintu ofisnya. Seorang gadis bertudung berdiri di pintu tu. Kulitnya sawo matang dan tubuhnya tinggi lampai. "Tuan panggil saya?"

Lelaki tu mengangguk. "Yep, tolong bawak student baru kita ni ronda satu kampus dan tunjuk kat mana dorm dia nanti" Gadis bertudung tu tersenyum lebar lalu mengangguk setuju. Fokus lelaki tu beralih semula ke arah Naomi. "Dokumen-dokumen kamu saya dah tanda habis. Minggu depan kamu dah boleh start kelas. Ambil jadual kat meja kerani sebelum kamu keluar dari bangunan ni. Jelas?"

Promises Under Blue Skies Where stories live. Discover now