CHAPTER 2 : IT'S YOU AGAIN

667 44 1
                                    

Belle Herlina tersenyum apabila melihat apartment yang sesuai dengan seleranya itu. Tidak jauh dari university dan harganya juga mampu bagi dia. Dia setuju untuk menyewa di apartment itu bersama dengan Khaira Aliyah, teman satu course.

"We did it, mate!." Mereka berdua high five. Mereka berdua tersenyum dengan gembira sambil meneliti setiap ruang di dalam apartment itu.

Hayden Arjuna bangun sambil memegang kepalanya yang terasa sakit akibat terlalu mabuk. Dia bangun daripada sofa, dia tertidur selepas berpesta di rumah salah seorang kawannya. Dengan kepalanya yang pening, dia mengambil bag lalu berjalan menuju ke pintu keluar. Dia masuk kedalam kereta Toyota Yaris hitam itu untuk pulang ke apartment. Dia sudah terlambat lagi untuk ke kelas pada hari ini.

Belle Herlina sedang bersiap-siap untuk ke kelas. Dia menyisir kemas rambutnya dan memakai sedikit gincu berwarna soft pink, hanya untuk kelihatan lebih segar dan tidak terlalu pucat. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin tinggi itu dan tersenyum. Dia mengambil bag dan beberapa buku. Khaira Aliyah sudah pergi awal kerana ingin ke perpustakaan terlebih dahulu, ulat bukulah katakan. Dia meletakkan bag dan buku diatas table top dan mengambil gelas lalu berjalan menuju ke peti ais dan mengambil air orange kotak lalu menuangkan ke dalam gelas. Selepas itu dia mengambil sekeping roti lalu disapukan Nutella. Cukup itu sebagai sarapannya hari ini. Dia duduk seketika untuk menikmati sarapannya. Setelah siap, dia membasuh gelas dan mengemas semula table top itu. Dia memakai sneakers sahaja kerana senang untuk berjalan kaki ke university.

Hayden Arjuna keluar dari kereta itu lalu berjalan menuju ke arah tangga apartment yang dia tinggal. Dia hanya tinggal seorang diri kerana dia lebih suka begitu. Dia mula menaiki anak tangga itu.

Belle Herlina mengunci pintu dan grill apartment. Dia menuruni anak tangga itu dan kemudiannya dia terlanggar bahu seorang lelaki.

"Auch!." Aduh Belle Herlina sambil memegang bahunya.

Mereka berpandangan seketika.

"It's you again!."

Hayden Arjuna mengamati wajah gadis dihadapannya itu. Gadis yang dilanggarnya tempoh hari.

"I'm sorry, young lady."

Belle Herlina terbau bau yang agak tidak menyenangkan dari lelaki dihadapannya itu. Muka elok tapi itulah, pemabuk pula.

"It's okay. I'm sorry too." Belle Herlina terus menuruni anak tangga itu, jika tidak dia akan terlambat.

Hayden Arjuna memerhatikan gadis itu pergi. Sepertinya dia mengenali gadis itu, bukan disebabkan insiden tempoh hari tetapi dia seperti mengenali gadis itu sudah lama. Hayden Arjuna memandang apartment di hadapan apartment dia tinggal, sudah ada penyewanya. Mungkin gadis tadi. Dia tersenyum. Dia ingin membersihkan badannya dan terus ke university.

Belle Herlina memasuki ruang kuliahnya dan duduk disamping Khaira Aliyah.

"Dah habis melawat perpustakaan, Cik ulat buku?." Usik Belle Herlina.

Khaira Aliyah tertawa kecil mendengar usikan Belle Herlina itu.

"Kawe don't think so." Jawab Khaira Aliyah berseloroh.

Mereka berdua ketawa. Dan akhirnya professor masuk ke dalam ruang kuliah itu. Kelas anatomy dimulakan.

Di tahun pertama perubatan, dia akan belajar subjek Anatomy, Physiology dan Biochemistry.

Pengajian Anatomy lebih tertumpu kepada mengenali struktur-struktur badan. Ianya umpama mengkaji struktur binaan sesuatu bangunan. Otot (muscle) di kaki ada beberapa bahagian dan setiap bahagian ini diberi nama berdasarkan faktor-faktor tertentu. Selain otot, pengajian anatomi turut membincangkan tentang urat saraf (nerves), tulang-tulang (bones), dan saluran darah (blood vessels).

MAIN KAHWIN-KAHWIN [COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora