CHAPTER 5 : JALAN-JALAN MALAM

499 36 2
                                    

Hayden Arjuna membawa Belle Herlina berpusing disekitar kawasan tempat mereka tinggal itu, disekitar University of Cambridge.

"Are you sure this is your first time outting at this late night?." Soal Hayden Arjuna seolah meragui.

Belle Herlina angguk kepala.

"I dengan housemate I jarang melepak kecuali kalau ada tugasan berkumpulan malam. Balik pun dah pukul berapa so mana sempat nak melepak."

"Rugi." Jawab Hayden Arjuna ketawa.

Belle Herlina memandang lelaki itu dengan wajah yang pelik.

"Nak rugi buat apa. Lagi pun keluarga I jauh, if anything happens kan susahkan dan buat mereka risau."

"Sebagai jiran yang prihatin, I mengalu-alukan if you need anything."

Belle Herlina ketawa.

"Rasanya you yang selalu perlukan bantuan I." Perli Belle Herlina.

Hayden Arjuna tersengih.

"Sebab you bakal doktor. Kalau you student law, takkan I nak minta tolong dekat you untuk merawat I, kan."

Belle Herlina mencebik. Dia memandang ke luar tingkap kereta itu. Cantik pemandangan diwaktu malam disekitar kawasan itu. Dia masih belum berpeluang untuk merasai keindahan diwaktu malam di situ. Dia bertuah malam ini.

Hayden Arjuna menoleh ke arah gadis itu. Dia tersenyum. Dan tiba-tiba gadis itu menoleh kearahnya.

"May I ask you?."

Hayden Arjuna angguk kepala.

"Kenapa you selalu bertumbuk?."

Hayden Arjuna tersenyum.

"Tak selalu. Kadang-kadang."

"But why?."

"I masuk deal. Yang menang akan mendapat duit."

Belle Herlina memandang ke arah lelaki itu.

"Why? Keluarga you tak mampu nak menanggung biaya you?."

"Satu kepuasan." Jawab Hayden Arjuna sambil memandang ke arah Belle Herlina.

Belle Herlina gelengkan kepalanya.

"Kerja gila." Belle Herlina mendengus perlahan. Tak faham dengan pemikiran lelaki ini. Sanggup menanggung rasa sakit.

"Selepas ini kalau you ketuk pintu rumah I, I won't open it."

"I akan ketuk pintu rumah you sehingga you keluar." Jawab Hayden Arjuna sambil tersengih.

"Never!."

"Yes."

Belle Herlina mencebik lalu memandang ke arah hadapan. Sengaja mencari masalah, mengapa dia yang harus selesaikan.

"You ada boyfriend?."

Soalan itu mengundang ketawa Belle Herlina. Seketika Hayden Arjuna terpaku melihat ketawa gadis itu, persis dengan ketawa teman kecilnya, Belle Herlina Binti Akif Malik.

"Boyfriend? I tak pernah terfikir, due to my hectic routine and a lot of assignments, I couldn't." Jawab Belle Herlina tersenyum. Dia tidak ingin menambahkan lebih banyak beban, cukuplah dengan segala aktiviti dan tugasan. Dia takut dia hilang fokus. Ini adalah impian dan harapan keluarganya, dia tidak boleh bermain-main. Buat masa sekarang, itu bukanlah keutamaannya.

MAIN KAHWIN-KAHWIN [COMPLETE]Where stories live. Discover now