B T G M : MISSCARIAGE PLAN FAILURE

207 25 0
                                    


BUNYI pintu dibuka itu menarik perhatian telinganya, tetapi bukan tubuh dan matanya. Telinganya peka mendengar hal sekeliling, tetapi anggota yang lain hanya memandang ke arah cermin.

Hari ini, dia perlu ke istana. Memang King Emmanuel ada membuat makan-makan di sana. Inilah masanya untuk dia memberitahu Rich yang dia sedang mengandungkan anaknya.

Dia tidak mahu jadi lemah dan mudah menundukkan diri dan dipijak oleh mereka. Dia juga ingin bahagia seperti orang lain.

Tapi, ada peluangkah dia? Sedangkan anak ini adalah anak ketelanjurannya bersama Rich dua bulan yang lalu. Dan hasil sumbang mahram. Terima ke dia?

Yang penting, dia sudah pun bersedia.
Dari ekor matanya, jelas satu figura sedang bersandar di bingkai pintu sambil termenung ke arah Belle. Mata heterochromia itu tidak dapat menahan dirinya dari memandang ke arah lelaki itu.

Mata mereka bersabung. Ricky berpakaian segak berkot itu statik memandang Belle yang cantik di dalam gaun hitam elegentnya.

“Dah siap?”

Belle diam. Dia terus melepasi tubuh lelaki itu tanpa memandang tempat lain. Dia terus mengatur langkah ke arah tempat letak kasut lalu disarungkan saja ke kaki. Siapa punya? Dia pun tidak tahu.

Tanpa membuang masanya, dia memboloskan diri ke dalam kereta. Punggungnya mencecah kusyen kereta itu lalu dia diam dan tidak memandang wanita di sebelahnya.

Dia benci wanita itu. Walaupun katanya dia adalah ibu kandungnya. Tetapi, dia tidak merasakannya. Tidak rasa kehangatan cinta seorang ibu langsung!

Kenapa dia seolah-olah memaksanya untuk tidak bersama Rich? Kenapa dia bersungguh mahu menjauhkan diri dengan King Emmanuel?
Katanya, mengapa dia duduk berasingan adalah kerana dia mahu membina semula kehidupan selepas bertemu Belle. Dia nak hidup aman semula semasa dia tidak mengenali lelaki bernama King Emmanuel itu.

Mata heterochromia milik wanita itu memandang puterinya yang tidak rasa mahu memandangnya langsung. Dia sungguh bertekad, lepas saja bertemu gadis ini, dia akan bina hidupnya tanpa sang raja.

Dia sedar, selepas dia menolak cinta Joowan satu ketika dahulu, dia meletakkan nyawanya di hujung tanduk. Hidungnya yang kian memerah itu dicubit supaya menghilangkan rasa pedihnya.

Teringat seseorang yang dia amat rindui. Sekali lagi dia memandang ke arah Belle yang masih dengan dunianya itu.

Aku akan bawa anak kau bersama aku, Malinda.

MATA heterochromia milik gadis itu melilau mencari empunya mata biru idamannya. Lengannya yang kelihatan sedikit kurus itu digenggam erat oleh Mirinda. Dia tidak mahu gadis itu mulakan aksi luar biasanya di sini.

Mereka kini beriringan menuju ke tempat santap diraja. Beg masing-masing telah dibawa oleh pengawal diraja.

Kini, hanya King Emmanuel, Mirinda dan dia saja yang berada di ruang santap. Jantungnya berdegup kencang menanti Rich. Dia rindukan wajah kacak dan mata biru itu.

Sudah dua bulan tidak bertemu sehingga dirinya terhimpit rasa rindu. Wajahnya sedikit mengendur apabila dia melihat santapan di hadapannya. Matanya mencerlung ke arah King Emmanuel. King Emmanuel hanya tersenyum sinis.

Giginya diketap kuat. Memang semua di sini mengharapkan anaknya mati. Tapi tidak dia. Dia sayang janin yang hidup selama dua bulan dalam rahimnya. Tanda cinta dia dan Rich.

Mulut tidak banyak bicara, tetapi matanya tetap bertingkah. Mata heterochromia miliknya tertancap pada seseorang yang pernah dia lihat sebelum ini menghampiri King Emmanuel. Mereka berbisik seketika.

Parut di pipi lelaki itu menarik minatnya.

Macam...

Bergema bunyi telapak kasut tumit membuatkan pandangannya beralih ke arah figura yang menghampiri. Wajahnya yang ingin tersenyum tadi, semerta hilang sirnanya. Melihat tangan yang berlilit antara satu sama lain itu membuatkan dia terkaku. Kedua wajah itu dipandang tidak mengerti. Keliru, celaru.

Behind The Golden Masquerade [C]Where stories live. Discover now