How it started

97 7 0
                                    

Kita throwback pada tahun 2017, if you know me that time I used to be so much into wattpad.

Kenal orang sana sini secara online. I was too naive and trusted people so much here. Bila ingat balik rasa lawak, apalah yang aku dah buat masa tu. Rasa buang masa sangat. Aku ni takde la cantik ke apa. Selalu rasa rendah diri dan tak yakin yang aku akan jumpa jodoh. Plus aku ni bukan lah terlalu friendly sangat. Kiranya buat account wattpad ni dulu konon sebab nak jadi diri sendiri lah. Nak tunjuk dark side😆 sekali padan muka. Banyak la kejadian dalam wattpad ni yang aku rasa macam drama gila tapi I don't want to blame anyone except myself sebab too much into it.

Anyway, cerita macam mana aku jumpa 'dia' in which sekarang ni dah jadi room mate, house mate, soulmate aku. Haha..

Masa 2017 lepas aku dah sedar dari kebiulan aku bahawa orang2 dalam wattpad ni bukanlah orang yang boleh kau percaya in reality, so aku pun mula lah pencarian cari jodoh. But again, aku cari jodoh online which turns to bodoh. Mula dengan website baituljannah then few more website. Ada seorang je lelaki yang aku pernah jumpa, tu pun duda anak dua. Kami in relationship dari 2018-2019, macam lama kan? Actually cuma bertahan 6 bulan, hujung tahun 2018 sampai awal 2019. Somehow lepas aku kenal dia, dia berhenti kerja. Then serabut pasal anak. Pasal ex wife. Pinjam duit aku. Even sampai dah break up pun dia amik masa nak bayar balik. Aku sampai terpaksa contact mak dia. Contact ex wife dia. Sekali dapat tahu, dalam pada dia in relationship dengan aku, dia pujuk ex wife dia juga ya untuk get back dengan dia. Haihh.. sudahlah tak keje, ada hati nak kahwin dua. Bukan nak kutuk tapi itulah reality.

Entah macam mana while kitorang masih in relationship, my long lost family from Pakistan datang Malaysia cari kami semula. Dan kebetulan makcik aku sorang kahwin dengan orang Pakistan juga jadi kami pergilah beramai2 nak menghantar pengantin.

That time aku memang dah tawar hati dengan bf aku. Bila pergi Pakistan, aku buka hati aku sepenuhnya untuk sesiapa je lah yang aku jumpa. Walaupun sebelum tu aku pernah bersumpah aku takkan kahwin lelaki Pakistan atau Arab, akhirnya aku termakan sumpah aku sendiri bila aku jumpa sepupu aku dekat sana.

Ni bukan gambar Google yaa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ni bukan gambar Google yaa.. haha.. Ni sepupu El. Macam tak caya aku ada keturunan sekacak ni 😂😂

 Macam tak caya aku ada keturunan sekacak ni 😂😂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Makcik sebelah tu mama el tapi kita crop. El hanya akan share gambar2 orang yang takde dekat Malaysia je. Jadi takde la kes terserempak cik senah ke mak bedah yang El mentioned tepi jalan😂😂

Sepupu aku ni cuma tua setahun je dari aku and now he's an engineer in Bahrain. Kalau tengok orangnya kecik je. Dengan rambut keperangan, mata kelabu kehijauan. Memang handsome lah nak bandingkan dengan bf aku dulu yang duda tu. Baka berbeza nyahh.. Memang lah lain.

Mak bapak dia pun bukan orang susah. Duduk bandar. Ada pelajaran. So aku pun tangkap cintun lah dengan sepupu aku tu walaupun kami cuma jumpa 3 hari je. Dehek.. cepat betul kan jatuh suka kat orang😆😆 ingat lagi ada satu rumah tu kami pergi, tuan rumah hidang buah oren. Punya lah malu sb mamat yang aku suka tu duduk sebelah aku, sampai biji limau pun aku telan😂😂😂 nak control ayu punya pasal. Fast forward, bila aku balik Malaysia, aku teruskan berhubung dengan dia tah macam mana aku berhubung dengan segala tok nenek abang dia lah apa. Abang dia yang kerja kapal masa tu suddenly mesej aku. So aku pun reply lah macam biasa.

That time abang dia dah tunang, tahulah Pakistan kan dari baby lagi diorang dah kenenkan jodoh. Kira tunang pakai cop2 je la. Takde pun majlis betul2 sarung cincin.

Orang cakap bila bertunang ni akan ada dugaan. Mula dengan chat dengan si abang, dia mula jual minyak pada aku dan aku dengan bangangnya melayan. Dia ceritalah konon dia tak suka tunang dia lah. Dia rasa orang tu macam adik je lah. End up, aku lebih banyak chat dengan si abang compared to adik. (Aku tak share gamba abang dia sebab aku terlalu menyampah sampai aku block fb dia & tak simpan gambar dia langsung 😆)

Aku cuba juga nak rapat dengan adik, since kami ni family kan. Mungkin family dia akan pertimbangkan untuk kahwinkn aku dengan si adik. Tapi entah lah. Awal2 macam setuju, then tak lama lepas tu dorang cakap yang adik tu nak kerja dulu lah. Nak cari perempuan Pakistan lah. End up kami tergantung macam tu je.

Oh yea lupa nak cerita, lepas aku balik dari Pakistan on the same exact day aku break up dengan bf aku. That time actually aku dah plan nak putus tapi kesian sb dia takde keje apa semua so aku pun bantu lah dia dapat kerja dekat Singapore dulu sebelum break up. Aku takde sedih ke apa. Sebab perasaan aku pada dia sejak mula relationship macam entah lah. Hambar je. Nak pula baru kenal 6 bulan. Tak berapa attached. Lagi setiap kali date, time tu lah dia nak call ex dia lah. Anak kat sekolah takde orang amik lah. Yuran sekolah anak tak bayar lah. Jadi benda tu buat aku jadi hambar.

Berbalik cita pasal si abang tu, kami berbual memang macam pasangan bercinta sampai satu tahap aku tanya mak aku, boleh ke kalau aku kahwin dengan dia. Dan even ajak dia kahwin, tak kesah la jadi bini kedua pun aku sanggup sebab tunang dia tu dekat Pakistan, aku dekat Malaysia. Dan dia kerja kapal so takde siapa tahu dia kerja atau datang jumpa aku. Haihh.. dasar pelakor betul aku masa tu😆 punya tergilakan si abang sampai frust menonggeng bila dia kahwin. End up aku pun bagitau adik dia yang aku suka si abang dengan harapan si adik tu akan halang lah abang dia kahwin untuk tanggungjawab kat aku (cehh.. macamlah dia dh buat benda bukan2 padahal kami video call aje pun😆 tapi tau kan Pakistan tak boleh macam tu, dorang rasa macam dah buat dosa lah kalau kau chat dengan perempuan mesra2) Last2 dedua pun aku tak dapat. Si adik atau si abang, dedua aku block😂 somehow aku bengang sebab si adik rilek je bila aku cakap abang dia miang, mengayat aku macam nak kahwin dengan aku. End up dia kahwin juga dengan tunang dia. Si tunang tu pun sepupu aku. Sb Pakistan ni tahulah pusing2 kahwin sepupu. So kiranya dia macam cross marriage, dua adik beradik, sorg ada anak lelaki, sorang ada anak perempuan, jd dorang kenenkan. Dua orang dari family yang sama kahwin dengan family yang satu lagi tu. Pening kan? Macam keluarga 69😂 si abang tu pun biul juga, kata tak cinta. Lepas dia kahwin 6 bulan, aku dengar bini dia pregnant. Dan lepas beranak anak first, budak tak sampai stahun, pregnant lagi anak kedua. Cisss.. aku belum jumpa jodoh. Dua kali bhai dia beranak😂 dasar lelaki!

After dah block dua adik beradik tu aku pun mulakan semula pencarian jodoh aku for a while before aku finally jumpa husband aku..

Sambung dalam next entry... 😁🙏

From London with LoveWhere stories live. Discover now