3 jam setia menunggu, Doktor yang keluar dari bilik terus mendekati mereka
"Keadaan isteri Encik agak kritikal, kami minta maaf. Buat masa sekarang kami akan pindahkan Puan Ariesha ke ward ICU dan akan terus monitor di sana" kata doktor
"Dia akan sedar?" Soal Zemir
"Insyaallah, Encik boleh sentiasa beri semangat pada Puan Ariesha" kata doktor, Zemir hanya angguk. Tak lama selepas doktor pergi, Esha yang penuh dengan wayar keluar dari bilik.Zemir berjalan mendekati Esha, memegang tangannya dan mengiringnya ke ICU
"Ya Allah, aku serah segalanya padamu. Kau pulihkanlah isteriku. Berikanlah dia kesempatan merasa hidup sebagai seorang ibu kepada anak anakku ya Allah" doa Zemir sambil memegang erat tangan Esha~<>~
2 bulan berlalu, Esha masih lagi begitu. Tidak sedarkan diri. Zemir masih aktif berlakon dan menyanyi dalam masa yang sama menguruskan anak anaknya dengan bantuan Zainab dan Safurah
"Assalamualaikum" ucap Zemir yang baru balik dari show
"Waalaikumsalam, Mir nak makan?" Soal Safurah, Zemir senyum dan geleng. Itulah Zemir selepas Esha dimasukkan ke ICU. Makan tak ada selera, selepas selesai kerja dia terus balik menguruskan anak anak dan terus ke hospital"Assalamualaikum sayang papa" ucap Zemir, kembar yang sudah berusia 2 bulan hanya memandang Zemir
"Susu tinggal sikit ye, nanti papa ambik dekat mama ok" kata Zemir sambil memanaskan susu dan memberi mereka minum sebelum bersiap untuk ke hospital
*author tak pasti org koma boleh ke ambik susu dia.. kalau salah anggap ni khayalan author je ye 😅🤣*"Papa, boleh tolong Princess buat kerja sekolah?" Soal Anna dari pintu bilik adiknya
"Mari sini" kata Zemir sambil tersenyum. Anna terus mengambil kerjanya dan duduk di sebelah Zemir
"Papa bila mama balik?" Soal Anna selepas selesai menyiapkan kerjanya
"Princess doakan mama ye" kata Zemir sambil mengusap kepala Anna. Selepas selesai urusan di rumah, Zemir terus ke hospital dan menemani Esha pula."Assalamualaikum Wifey" ucap Zemir apabila masuk ke bilik Esha. Tubuh Esha yang penuh dengan wayar di usap Zemir
"Susu si kembar dah tinggal sikit, nanti abang nak pam okay" kata Zemir lembut
"Encik Zemir, boleh saya bercakap dengan Encik sekejap" Soal doktor selepas mengtuk pintu bilik. Zemir angguk dan mengikut doktor keluar dari bilik
"Petang tadi ada salah seorang nurse nampak Puan Esha bergerak" kata doktor, Zemir terus tersenyum tetapi wajah doktor makin serius
"Tu petanda baik kan doktor?" Soal Zemir
"Ada 2 kemungkinan, antara betul itu dari pergerakan Puan Esha atau tu hanya muscle memory" kata doktor"Jadi kami akan perhatikan Puan Esha dengan lebih teliti dan jika dia masih tiada perubahan mungkin dia hampir ke brain dead" kata doktor, dari senyuman Zemir kembali masam. Selepas doktor meninggalkan Zemir, Zemir terus keluar ke taman hospital menenangkan diri. Zemir memegang phone dan contact number Adi ditekan
"Yo bro! Assalamualaikum!" Ucap Adi
"Mir? Kau ok tak ni?" Soal Adi apabila Zemir hanya diam dan terdengar tangisannya
"Aku nak jumpa kau" kata Zemir teresak
"Kau dekat mana? Sent location.. Aku otw" kata Adi dan panggilan dimatikanTidak sampai sejam Adi berdiri di hadapan Zemir. Zemir memandang wajah Adi dan terus deras air matanya mengalir
"Aku dekat sini" kata Adi sambil memeluk erat Zemir. Selepas Zemir tenang barulah dia ceritakan segalanya pada Adi
"Allah uji kau Mir.. Dia Maha Tahu, Maha Esa Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Sekarang ni tugas kau kena kuat, jangan lemah macam ni, kau kena kuat untuk Esha pun rasa benda yang sama. Kau kena kuat untuk Anna dengan kembar. Aku dengan yang lain dekat sini ada dengan kau sentiasa. Jika Allah tetapkan sampai situ je perjalanan Esha kau kena ingat dia meninggal syahid, lahirkan anak kau" kata Adi, tenang sedikit hati Zemir mendengar nasihat AdiSedang mereka duduk menenangkan diri, Zemir mendapat panggilan kecemasan. Dia terus berlari ke ICU. 20 minit menunggu, Zemir terus bangun apabila doktor melangkah keluar dari ICU
"Jantung Puan Esha terhenti dalam 2 minit, saya minta maaf tapi ini berita buruk. Puan Esha mungkin tak dapat bertahan dalam waktu yang lama" kata Doktor, lutut Zemir mula lemah dan terus terduduk selepas doktor berjalan meninggalkan mereka
"Mir!" Terkejut Adi, Zemir tiba tiba lemah
"Sabar Mir, sabar aku ada dengan kau" kata Adi sambil memeluk erat Zemir. Hanya tangisan dari Zemir kedengaranSelepas dia tenang, Zemir berjalan melihat Esha yang masih penuh dengan wayar
"Assalamualaikum sayang, sayang abang tahu sayang kuat. Abang tahu sayang akan lawan semua ni. Anak anak kita tunggu sayang balik" kata Zemir dengan air mata mengalir
"Sayang hari ni, si kembar sihat tau. Nenek cakap si abang dah pandai mengacau princess. Ni ada nenek record video" kata Zemir dan terus mengeluarkan phone. Walaupun Esha tak mamapu melihat tetapi Zemir tetap tunjukkan video padanya
"Tengok tu abang tarik rambut princess" kata Zemir tiba tiba Zemir terdiam dan air matanya pula mengambil alih"Sayang, abang merayu sangat tolong jangan tinggalkan abang. Abang tak mampu besarkan anak kita ni sorang. Kita dah janjikan nak didik dia orang sama sama, bagi kasih sayang yang melimpah ruah. Sayang abang merayu sangat tolong abang sayang" kata Zemir sambil mencium tangan Esha, tanpa sedar Zemir tertidur sambil memegang erat tangan Esha. Waktu melawat sudah habis tetapi doktor memberikan Zemir peluang untuk meluangkan masa lebih pada Esha
Sepanjang malam, Zemir langsung tak meninggalkan Esha sehingga waktu pagi
"Hari ni abang cuti, abang nak teman sayang. Nanti Adi datang ambik susu hantar dekat rumah. Sian si kembar tu susu dia orang habis, nanti kalau sayang tak ada siapa nak susukan anak kita" kata Zemir sambil lap badan Esha
"Mir?" Panggil Adi
"Sampai dah, cepatnya" kata Zemir
"Ni susu, kau bawak elok elok eh" kata Zemir sambil menghulurkan susu
"Nah sarapan, makan tau jangan biarkan perut kau kosong" kata Adi, Zemir senyum dan angguk"Mir aku sayang kau dunia akhirat tau, aku nak kau kuat. Aku ada dengan kau" kata Adi, Zemir hanya angguk dengan air matanya mula bertakung. Adi memeluk Zemir sebelum keluar. Selepas Adi keluar, Zemir terus terduduk dan menangis
"Ya Allah kuatkanlah hambamu ini" doa ZemirTit..tit..tiiiit
*
*
*
*
*😨😨
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Suamiku pakcik 40an!! 2 ✔️✔️
RomancePerkahwinan Esha dan Zemir sudah 5 tahun masih belum dapat zuriat.. macam usaha yang dibuat korang baca la ye.. **** 4 tahun lepas SP40an lahir (2020) dan 2 tahun kemudian complete (2022)... dalam tempoh 2 tahun la korang serang author suruh buat pa...