'Anak Pengasas Syarikat Kejuruteraan Terkenal Kemalangan'
'Desas-desus Tersebar, Status Anak Perempuan Tuan Malik Menjadi Tanda Tanya'
"Argh!" habis bertaburan barang-barang di atas meja tepi katil wad ditolak Sofia. Tubuh yang masih sakit gara-gara kemalangan beberapa hari lepas tidak dipedulikan.
Rasa sakit hati lebih kuat mencengkam. Kepala menggeleng laju.
Dia anak sah dari ayahnya dan mama. Bukan anak luar nikah seperti yang dikhabarkan. Tapi, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup?
Sofia ketawa sendiri.
Siapa yang berani buat dia begini? Dia rasa seperti separuh gila. Tambahan lagi, rakan-rakan kuliahnya banyak yang cuba menghubungi dia untuk tanya hal ini. Belum lagi yang menyindir dia.
Rania, yang berada di luar bilik wad hanya menempatkan Sofia hanya tersenyum nipis seolah-olah tiada apa yang terjadi. Saif merayu-rayu padanya agar merawat Sofia dua hari lepas. Perempuan tak guna itu kemalangan sehingga patah tangan kiri.
Kemalangannya tidaklah terlalu teruk, cuma sememangnya mengganggu emosi Sofia kerana tangan kirinya tidak boleh bergerak banyak. Kerana itu, Rania mengambil kesempatan untuk merosakkan lagi emosi Sofia. Biar perempuan itu sengsara dan menderita.
Sudah tentu...Majid, Malik, Zahrah dan Maria sedang kekusutan memikirkan cara untuk menerangkan hal ini pada Sofia. Sampai bila mahu bersembunyi? Sofia perempuan. Sampai tiba satu saat nanti, Malik takkan boleh mewalikan Sofia.
Sejak dua hari lepas, dia menolak untuk merawat Sofia. Tugas itu diberikan kepada doktor lain. Tapi hari ini, dia rasa mahu mengambil alih tugas itu.
"Hai, Rania!" bahu Rania ditepuk kuat sebelum Sofia mengambil tempat di sebelah remaja wanita itu. Makanan yang terhidang dalam bekal Rania dilihat sebelum sudu yang Rania guna diambil.
"Nampak sedap kan, guys? Aku nak rasa sikit boleh, Rania?" soal Sofia sambil melihat rakan-rakannya sedang ketawa melihat riak wajah Rania yang seakan-akan takut dengan mereka. Padan muka!
"Tapi, Sofia... makanan aku tak banyak...," ujar Rania separuh merayu agar Sofia tidak menghabiskan makanannya. Mahu melawan Sofia, dia tidak mampu.
Mendengarkan kata-kata Rania, terus sudu tadi dibaling ke lantai. Makanan yang disuap ke dalam mulut tadi diludah, terkena pada baju sekolah Rania.
"Hei, makanan apa kau bawa ni?! Tak sedaplah! Busuk semacam!" bentak Sofia. Mata-mata yang melihat dan mentertawakan budak miskin dihadapannya ini terlalu memuaskan hati dia, hari ini.
"Kau makan makanan basi ke?" soal Tasya pula.
Tangis tak berbunyi keluar. Makanan tu tak basi, elok lagi. Tapi sekarang, makanan itu sudah berada di atas lantai dan berteraburan. Dia dah tak ada makanan lagi untuk di makan.
"Oh, menangis pula?" soal Sofia sinis.
"Kesiannya aku tengok kau ni. Lain kali, kalau dah tau diri tu miskin, jangan sibuk nak duduk tempat orang kaya... kalau tak, ini makanan dia!" ujar Sofia, lantas menyimbah air sirap di dalam cawan ke pakaian Rania.
Aku tak miskin lagi, Sofia. Kau lagi hina dari aku yang miskin dulu.
Bukan itu sahaja yang Sofia dan rakan-rakannya lakukan pada dia dulu. Dia dipukul dengan teruk sehingga dia sendiri yang tersalah langkah mahu mengelak daripada pukulan Sofia. Dia tertolak perempuan itu sehingga jatuh lalu terseliuh kaki.
Rania tahu, Sofia akan mengambil peluang untuk menghalau dia pergi dari tempat itu. Majid dan Maria yang tidak sempat dia jumpa pada waktu itu datang ke sekolah untuk mengambil tindakan. Malangnya, dia tidak hadir ke sekolah hari itu kerana sakit yang melampau selepas dipukul.
Hidup Rania bertambah malang apabila biasiswa persekolahannya ditarik oleh Lembaga Disiplin Pelajar dan ditukarkan ke sekolah lain. Sekolah harian biasa.
Betul kata Sofia, watak budak miskin seperti dia tak layak berada di sekolah swasta itu, biarpun punya biasiswa sebagai pelajar cemerlang.
Pintu bilik itu dibuka. Sofia yang sedang memberontak berhenti lalu memandang wajah Rania. Dia tergamam.
"Rania...?" soal Sofia. Rania hanya memandang wajah Sofia yang kusut masai dengan rambutnya dan air mata.
"Eh, Sofia! Tak sangka jumpa awak dekat sini!" ujar Rania. Bibir ditekup seolah-olah tidak percaya. Sedangkan hatinya, mentertawakan Sofia yang tak ubah seperti orang gila.
"Kau buat apa dekat sini, hah?! Kau nak bunuh aku kan? Cakaplah! Kau nak balas dendam kat aku kan?!" jerit Sofia. Rania menayangkan riak sedih.
"Tak, Sofia. Saya betul-betul tak tahu awak kemalangan. Mesti sakit kan?" soal Rania. Sengaja mahu menambah serabut pada Sofia.
"Kau diamlah!" Sofia membentak kuat. Rambutnya ditarik kuat.
"Sabar, Sofia. Saya tahu, emosi awak tak stabil. Apatah lagi, dengan berita yang tersebar hari ni... betul ke awak ni anak luar nikah?" soal Rania.
"Arghhhh! Kau diam! Aku cakap diam! Kau keluar pelacur! Jangan ingat aku tak tau, kau menyundal dengan Ridzuan kan? Apa rasa lepas kena rogol, hah?!" Rania ketawa sinis mendengar apa yang dikatakan Sofia. Temberang dah pecah ke?
"Nurse, bawakan sedative untuk patient kesayangan kita!" jerit Rania dari dalam bilik. Sofia yang sedang menggila hanya dipandang dengan riak simpati, penuh kepuraan.
YOU ARE READING
RANIA(OG)
RomanceDia punya satu dendam. Segala kudrat diusahakan demi dendam yang semakin hari semakin membara. Kalaulah dia tak pernah lahir dalam keluarga itu, mungkin dia seorang perempuan yang baik. Jahat? Dia tak nafikan. Memang betul. Mampukah kasih sayang me...