Prolog

1.1K 94 12
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Retina mata melontarkan pandangan jauh ke hadapan. Tiada lidahnya hendak berkata-kata. Bertemankan seorang gadis bertudung litup di dalam kereta itu, dia membatu seperti mana yang sering dilakukan di hari-harinya.

"Tahniah, love. Dah dapat berjalan tanpa tongkat." Begitu teruja sang isteri tersenyum sendiri. Rasa puas dapat melihat lelaki kesayangannya kembali ke norma sedia kala.

"I am not your love. Keep dreaming."  Suara garau Zayyad menjawab keterujaan yang baginya tidak berasas. Minatnya tiada. Jejaka itu lebih banyak membisu berbanding bulan pertama.

Senyuman manis Adkayra bertukar hambar. Dia mula mengigit ulasan bibirnya di bahagian dalam, sedikit geram bertapak. Atmosfera pula seakan beransur tegang. Matanya yang fokus pada pemanduan hanya dapat mengintai wajah lelaki tersebut dengan ekor mata. Beku sahaja wajah tampan Zayyad. Jarang senyuman terpalit di wajah itu selepas kemalangan berlaku.

"Awak nak buat apa esok? Kan dah boleh jalan ni... Hm... Kita jogging dekat tasik nak tak?" Adkayra mencuba lagi untuk melayarkan diri mereka ke alam percintaan. Biar pun memakan masa berabad lamanya.

Zayyad berfikir sejenak. "Aku nak pergi balai polis. Back to work."

"For what? Doktor bagi awak MC 3 bulan." Adkayra menarik brek tangan tatkala tiba di perhentian lampu isyarat. Dia tahu sahaja suaminya seorang anggota polis workaholic. Tetapi tidaklah baru dapat berjalan hari ini, terus hendak berjalan ke sana ke mari.

"Aku akan buka kes tu balik. Aku akan bayar lawyer untuk buka kes tu. Ada benda tak kena..."

Adkayra menghela nafas halus. "Membazir duit je. Dekat RM10, 000 juga nak minta kes dibicarakan semula."

"Itu duit aku dan aku tak pernah minta pendapat kau."

"Kenapa awak selalu macam ni..." Sedih bertamu di hati. Dia juga punya perasaan seperti wanita lain.

"Aku tak pernah cintakan kau. Dah terang bersuluh sejak hari pertama." Jernih perkara yang dinyatakan Zayyad.

"You loved me. You obsessed with me. Because of this amnesia, you forgot everything about us."

"Any proof?" bilang Zayyad.

"Tuan Inspektor Zayyad, macam mana saya nak buktikan sesuatu yang tak dapat dipegang?"

"Listen, girl... I do not believe anyone at this moment including-"

Laju Adkayra memotong. "Including your legal wife?"

"Yes. I dont trust you until you show me any proof. Dont talk nonsense with me. Titik." Balasan Zayyad sudah diduga. Dialah lelaki yang terpaling tiada perasaan, beku bak iceberg.

"Saya jaga awak selama ni. Selama setahun awak koma."

"Itu tugas awak sebagai seorang jururawat. Mana-mana jururawat akan jaga aku juga. Jangan raih simpati aku dengan air mata."

Lampu hijau pun berganti. Perbualan tamat. Dua hati juga makin menjauh. Adkayra tidak akan berjaya mendapatkan hati Zayyad meskipun mereka tinggal sebumbung. Zayyad lebih memilih untuk menyiasat tragedi yang menghilangkan ingatannya berbanding perasaan cinta yang entah apa-apa.

****
new on going story, korang!
.
.
***

next chapter:
"Aku janji akan selamatkan kau walau apa pun berlaku, Lutfi."

TUAN ZAYYAD ✓ (new story)Where stories live. Discover now