BAB 5

277 57 8
                                    

"KELAS hujung sekali..." gumam Zayyad sendirian.

Papan tanda pada pintu hadapan kelas yang ditujunya makin jelas terpampang. Tak terbayang baru sahaja menamatkan peperiksaan besar, dia dicampakkan pula ke sekolah harian.

5 Sains Tulen.

Zayyad mencuri lihat keadaan kelas itu dari luar tingkap. Langkahnya dijaga sepanjang koridor agar kekal berketerampilan. Kira-kira bilangan pelajar kelas tersebut barangkali sekitar 30 orang dan majoriti jumlah dipelopori kaum perempuan.

Kelas yang agak besar. Enam bilah kipas siling meniup angin petang. Untung tinggal di kawasan pinggiran, tanpa penyaman udara pun masih tiada setitik peluh merembes.

Zayyad yang kemas beruniform sekolah sudah bersedia untuk mengetuk pintu kayu. Ini adalah pertama kali dia mengenakan pakaian sebegitu. Tidak pernah kemeja putih menjadi pakaian rasmi di sekolah lamanya.

Buku lima kanan ditemukan pada papan kayu sekali dua.

TOK TOK

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.. Ya?"

Salamnya dijawab seorang guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Guru wanita itu memandang Zayyad, begitu juga perhatian setiap pasang mata pelajar yang kini tertumpu padanya.

"Saya pelajar baharu," suara Yusuf Zayyad kedengaran sopan.

"Oh, Yusuf Zayyad?"

"Erm, ya."

Cikgu Zaiton tanpa segan silu memperlawa anak itu. "Jemput masuk. Kami semua memang sedang tunggu awak sampai ke kelas ni. Awak boleh duduk di meja hadapan yang kosong ni."

Zayyad menyimpulkan sebuah senyuman lalu membuka langkahnya untuk ke meja yang dimaksudkan guru itu. Manis wajahnya dihiasi lekukan lesung pipit di kiri dan kanan garisan pipi.

Beg galas kelabu disangkut pada bahu kerusi sebelum mengisi tempat duduk. Sempat uraian rambutnya diraup ke belakang sekali bagi menghapuskan peluh penat lelahnya mendaki tangga ke tingkat empat. Di sini tiada lift.

"Sebelum saya sambung pelajaran, awak ada lima minit untuk perkenalkan diri," Cikgu Zaitun berkata. Marker whiteboard ditutupnya lalu dia memandang Zayyad.

"Nama saya Zayyad. Berusia 17 tahun... Saya tinggal dengan nenek saya. Itu je..."

"Yang lain ada soalan?" Cikgu Bahasa Melayu itu membesarkan perspektifnya. Dia tahu kehadiran pelajar baharu akan menjadi buah mulut sekolah kerana jarang sekali untuk sekolah harian seperti ini menerima pendaftaran tatkala si tingkatan lima.

Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, pelajar-pelajar kelas itu memandang Yusuf Zayyad. Apatah lagi pandangan daripada pelajar perempuan yang mendominasi kelas 5 Sains Tulen.

"Dah berpunya ke belum?" Suara seorang gadis menerpa.

Zayyad menoleh ke belakang sebelum menjawab. "Belum."

"Yes!" Gadis yang sama membuat sorakan kecil secara tidak sedar. Terus satu kelas menyambut dengan tawaan.

"Sebelum ni sekolah dekat mana? Kenapa pindah sekolah?" tanya pula pelajar lelaki berbaju biru dan bertali leher yang sebaris susunan meja hadapan dengannya.

"Sekolah dekat-dekat sini je.. Pindah sekolah sebab mak ayah saya ke luar negeri. Jadi sekarang ni saya tinggal dengan nenek."

"Ouh..." Sang ketua pengawas membuat bibir berbentuk 'O'. Dia mengangguk faham.

"Lepas ni Aizat ada pesaing la," Cikgu Zaiton tiba-tiba mencelah. Rekod latar belakang Yusuf Zayyad ada digembar-gemburkan di dalam bilik guru sewaktu makan tengah hari tadi.

TUAN ZAYYAD ✓ (new story)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon