BAB 7

419 60 2
                                    

KELENJAR air matanya telah kering. Baki rembesan terakhir menitis dari kantung menyembah bumi.

"Aku tak nak..." bisik Lutfi lemah.

Dagunya ditolak ke langit.

"Kalau kau bergerak aktif, benda tu akan meletus dalam abdomen kau. Kau tak ada pilihan, Fiey."

"Aku tak nak jadi keldai dadah korang!" teriak Lutfi sebelum wajahnya menjadi mangsa tamparan maut Shah buat kali kedua. Bergegar pandangannya tuk seketika. Tanpa seurat pakaian, dia ditelanjangkan di dalam bilik itu. Tubuh kurusnya tidak terdaya untuk melawan sebarang ancaman.

Wan Lutfi berasa begitu jijik setiap kali dia dilayan begini. Keadaan Lutfi ditelan mati emak, diluah mati bapa. Wang perjanjian mereka amat diperlukan remaja lelaki miskin sepertinya buat membiayai kos perubatan ibu kandung. Bidik utamanya hanyalah wang segera.

Dengan bermodalkan maruah, mangsa buli Shah bertukar kepada pemuas nafsu luar tabi'e.

"Kau ingat aku saja-saja liwat kau selama ni? Bodoh, bodoh, bodoh!" Shah memakai seluar jeans lusuhnya di kerusi. Bukan sahaja tidak mahu mendengar, malah Lutfi ditipu hidup-hidup soal duit yang dijanjikan.

Farhan tersenyum panjang.

"Aku nak kau... Jadi keldai dadah aku. Atau aku akan tarik balik kesemua duit perjanjian kita," ucap Shah. Tubuhnya membelakangi Lutfi sepanjang percakapan. Farhan ditujunya untuk mendapatkan sepuntung rokok.

"Penipu... Kau janji nak bagi duit hari ni. Dah sebulan aku jadi patung bodoh kau," rintih Lutfi. Hingga saat itu, satu sen pun dia tidak peroleh.

Shah menghela nafas. Kepulan asap putih ditiupnya melepasi rongga mulut. "Kau yang bodoh Lutfi sebab percayakan orang macam aku. Tak ada siapa akan selamatkan kau."

"Dalam seminggu lagi, kita akan hantar Lutfi ke sempadan. Kira-kira kokain seberat 1kg akan dimuatkan dalam abdomen dia secara hidup-hidup," bilang Farhan pada ketuanya. Turut berada di situ beberapa orang konco yang bertugas buat menjaga pintu masuk dan pintu keluar gudang berkenaan. Inilah gudang yang menjadi saksi kepada penyeksaan Lutfi selama sebulan.

Lutfi memejamkan mata rapat. Jika mampu, dia mahu mati saat itu juga.

"Senarai pembeli?" Shah melabuhkan punggung di atas meja. Matanya jatuh pada paket-paket kokain yang telah dikecilkan agar muat melalui pembukaan anus Lutfi. Mereka tidak menganggap ini sebagai satu gurauan. Satu paket kokain dipegangnya.

"Ya, aku dah senaraikan semuanya dalam telefon bimbit ni." Log keluar dan masuk pelanggan kaya mereka tersimpan elok. Satu telefon bimbit model Nokia diletakkan Farhan ke atas meja. Turut menjadi alat perhubungan kumpulan remaja itu bagi berhubung dengan raja dadah.

"Lutfi, kau nak duit, kan? Selepas selesai transit ke lapangan terbang... Tugas kau selesai. Duit pun dapat." Di mata Shah, aturan perancangan mereka tiada cacat celanya. Waktu, hari dan persiapan teknikal telah menemui tetapan jitu.

"Aku tak nak..." bisik Lutfi lemah.

Jawapan remaja lelaki berkenaan membengangkan Shah yang baru hendak menggeliat. Shah terus terjun ke lantai dan menuju ke arah Lutfi sepantas kilat. Cengkaman tangannya menghinggap pada jinjang leher Wan Lutfi. "Macam mana aku nak fahamkan kau?"

Lutfi menelan liur kesat. Pernafasannya jadi terketar-ketar.

"Shah, jangan pukul dia dekat muka dah. Zayyad akan perasan nanti," Farhan bersuara. Khuatir pula pukulan maut ketuanya akan melunyaikan terus wajah hingusan Lutfi.

"Ah, lupalah. Kau kan study-mate Zayyad. Okay, baik. Kau selamat kali ni." Cukup dua tamparan keramat memakan pipi kanan Lutfi sebentar tadi. Shah melonggarkan cengkaman apabila disapa nama Zayyad.

TUAN ZAYYAD ✓ (new story)Onde histórias criam vida. Descubra agora