Bab 11

101 15 2
                                    

Ting!

Bunyi dentingan mesej masuk. Nana bersemangat capai telefon pintarnya di atas meja sisi. Senyumnya manis sekali bak gula tatkala anak matanya tertancap pada baris ayat yang buatnya berbunga-bunga dalam hati.

I dah siapkan dress untuk you. You pakai ya? I harap pertemuan kita malam ni dapat menjelaskan apa yang terjadi tadi-Daffa

Nana menaip beberapa patah. Membalas mesej crush nya yang dinanti sejak dulu.

I boleh jelaskan semuanya dekat you. I takkan belakangkan sahabat baik I-Nana

Nana menyelit anak rambutnya pada belakang telinga. Dadanya dipegang. Ada degupan yang tak henti seakan memberitahunya ini adalah hari bahagia nya. Senyum tak jemu dipamernya.

'Allah, Nana bahagia.'

Ting!

Semua ucapan lelaki asing tadi petang buat I terkejut besar. Siapa je tak terkejut sahabat baik sendiri tak bagitahu ada someone special kan?-Daffa

I ada sesuatu nak bagitahu you-Nana

Nana menanti mesej dari Daffa. Tunggu punya tunggu, nak dekat sejam jugak. Akhirnya,

Ting!

I dah sampai rumah you-Daffa

Sepantas kilat, Nana turun tangga keluar dari rumah. Buka saja pintu, anak matanya dah bertembung dengan anak mata Daffa. Entah kenapa mukanya tiba-tiba naik merah menyala bak tomato masak ranum.

"Hi..."

Daffa angkat tangan. Nana malu-malu ambil langkah merapati crush nya. Daffa bukakkan pintu buat Nana.

"Thank you."

"My pleasure is mine, beautiful..."

Kenderaan pancuan empat roda berjenama Volkswagen itu bergerak laju beredar dari situ. Mereka kelihatan begitu gembira malam ini. Nana apatah lagi?

"Apa yang something yang you cakap tu?"

Nana bermain dengan jari-jemarinya sendiri. Detaknya makin hebat berdegup. Serasa nak keluar saja jantung dari tubuh badannya.

"I sebenarnya...."

Buk!

Tiba-tiba kereta mereka dilanggar dari belakang. Tubuh mereka sedikit ke depan kerana situasi itu. Nasib baik Daffa pandu perlahan saja. Kalau tidak, mungkin dahinya dah berlanggar dashboard.

"Siapa Daf?"

Terketap-ketap gigi Daffa setelah seorang manusia yang langgar keretanya menuju ke arah mereka. Belum sempat nak lari, beberapa kereta mewah yang berwarna hitam telahpun mengepung dirinya.

"Apa yang terjadi Daf?" Soal Nana kerisauan.

Gulp!

Ini bukan setakat jantung nak tercabut. Nana pun rasa nak menghilang sekarang. Kemas pemegang pintu dipegangnya. Melihat raut wajah Declan yang semacam nak lampias marah, Nana terketar lutut. Rasa nak kencing dalam seluar.

Unforeseen Lucky MistakeWhere stories live. Discover now