Bab 14

97 15 2
                                    

"Apa yang kau mengarut ni, Man?"

Ayaaz tanggalkan kot bersama tali leher dilonggarnya. Tiga butang baju paling atas ditanggalkan. Keluhan berat dihela nya.

"Apa yang mengarut nya? Kau dan Kay bukannya betul-betul bercinta kan? Apa kata kau kahwin dengan kawan baik aku. Nak tak?"

Ayaaz ketawa sinis. Semudah itu Ayman nak dia beralih hati pada perempuan lain sedang hatinya telah berjanji untuk mencintai Kayyisa.

"Kau ingat aku ni apa? Kenapa kau nak sangat aku kahwin dengan orang lain? Aku dah ada Kay, tak mungkin aku akan pilih orang lain."

"Bunda nak kau kahwin minggu depan. Semua persiapan dah siap. Bunda dah jemput semua saudara dengan kad kahwin antara kau dan Kay. Kau tak boleh lari untuk perancangan pernikahan ini. Kalau Kay tak nak, Bunda nak ambil kawan baik aku aje."

Ayaaz meraup kasar wajahnya. Entah bagaimana dia akan berbincang dengan Kayyisa padahal janjinya adalah mereka bernikah apabila Kayyisa sudah bersedia.

"Kau tak boleh pujuk Bunda ke? Bagi aku dan Kay masa untuk kenal hati budi masing-masing. Mustahil Kay nak kahwin dengan aku masa terdekat ni. Aku dah janji dengan Kay nak tunggu dia habis belajar."

"Kau pujuklah sendiri. Bluerk!"

Kejamnya, Ayman putuskan talian begitu saja. Ayaaz jadi tertekan sekarang. Tak nampak cara bagaimana nak akhiri semua ini. Bunda tak mudah dipujuk, entah pujukan bagaimana harus dia fikirkan nanti. Malas nak fikir panjang, Ayaaz keluar dari bilik menuju ke kolam renang. Lengan kemeja biru cerah itu telah disingsing ke paras siku sekali diikuti seluar slack nya sampai paras lutut. Dia menuruni tubuhnya duduk beredam kaki di situ.

"Hi.." sapa suara seseorang dari belakang.

"Hi babydoll..."

Muka muram tadi bertukar gembira. Pandai Ayaaz menutup rasa sedangkan fikirannya sedang bertengkar ketika ini.

"You tak nak cerita apa-apa dekat I?" Cicit Kayyisa, cuba membongkar rahsia perbualan tadi.

Untuk pertama kalinya, Kayyisa rasa nak dengar cerita dari Ayaaz meski tadi dia dah curi-curi dengar. Rasa tidak selesa semakin lama, semakin pudar setelah mengenali lelaki ini.

"Cerita? Cerita apa? Cerita macam mana kita berdua boleh berjumpa? Atau cerita macam mana I terfikir nak berlakon jadi lelaki tua?" Soal Ayaaz disertai tawa kecil.

"I nak tahu cerita kenapa you menolak perempuan lain demi I."

Ayaaz tampak terkejut. Namun, tak lama keluhan berat dilepas nya. Dia menggerakkan kaki kanan juga kirinya. Pelan dan penuh emosi sedihnya.

"I dah tak nak cari perempuan lain dah. I nak you aje dalam hidup I." Sedih aje nada suara itu sampai Kayyisa turut merasa sedih itu.

"Kenapa? Kayyisa hanyalah perempuan yang you temui dalam media sosial. Boleh jadi orang yang you suka sekarang adalah orang jahat. Mungkin perempuan yang gilakan harta atau mungkin lebih. You tak boleh percayakan I macam tu saja. I tak sebaik yang you fikir. I banyak kekurangan berbanding perempuan lain. You carilah perempuan lain, yang lebih baik dari I." Suruh Kayyisa demi kebaikan Ayaaz.

"I've already made up my mind. I want you and only you. No one else, because to me, you're my kind of perfect."

Ayaaz beriak biasa aje. Lain pula dengan Kayyisa yang dah gelisah macam cacing kepanasan. Tubuhnya bergerak ke kiri dan ke kanan. Tidak cukup itu, mukanya pun dah berubah merah menyala. Malu!

"Kitten..."

"Hmm?" Kayyisa selit rambutnya dibelakang telinga.

"Boleh tak kita kahwin masa terdekat ni?" Soal Ayaaz serba salah.

Kepala tak gatal digaru. Serasa tebal muka dengan permintaan nya sendiri. Risau sebenarnya, takut ditolak sebab dia pun tahu bahawa Kayyisa belum sepenuhnya mencintai dirinya.

"Kenapa you nak kita kahwin cepat-cepat? Ada apa-apa yang berlaku?" Tanya Kayyisa, pura-pura tak faham apa yang berlaku.

"Bunda nak I kahwin awal." Ayaaz ketap bibir beberapa kali.

"I minta maaf, bukan I rancang semua ni. I dapat tahu tadi dari Ayman, adik I. Dia bagitahu I yang Bunda dah hantar semua kad pada saudara mara. Tinggal kita berdua menikah aje nanti. I betul-betul tak terfikir semua ni akan jadi macam ni. I akui umur I dah tua, sepatutnya I kahwin sekarang tapi itu bukan bermaksud I perlu bernikah dalam keadaan tak bersedia macam ni. Kan?" Luahnya, gelisah semacam. Tak senang duduk rasanya.

Banyak dalam otaknya nak fikir sekarang. Paling buat dia gelisah adalah, mereka akan bernikah. Semua ini tak masuk akal!

"I naik dulu."

Ayaaz berura-ura bangun, namun

"I dah ready nak kahwin dengan you." 

"What?!"

Terlupa bahawa dia sedang berdiri di tempat yang tidak sepatutnya. Dia punya gembira sampai lompat tak ingat dunia. Lompat punya lompat,

Bedebush!

Ayaaz selamat tergelincir masuk dalam kolam renang itu. Terbahak-bahak Kayyisa ketawa sampai perut dipegang.

"Yuhu! Kahwin! Kahwin! Bunda!!! Yaz dah nak kahwin! Kahwin!!!"

Makin giat Kayyisa ketawa, namun...

Bedebush!

Tubuhnya turut sama ditarik masuk dalam kolam renang. Sakitnya hati!

"Yaz, apa yang you dah buat ni? Habis basah baju pakaian I tau!"

Kayyisa terpaksa tenggelamkan diri dalam kolam renang. Sekarang dia nampak kepala aje. Risau sebenarnya, kalau-kalau tubuhnya ditatap Ayaaz.

"Siapa suruh gelakkan I? Sekarang rasakan!" Ayaaz gelak jahat.

"Kejamlah you ni! Tak baik tau buat I macam ni. Macam mana I nak naik atas dengan pakaian I basah macam ni?" Adu Kayyisa sedikit ternaik suaranya. Nak marah!

"I tak nak tengok pun badan you. Kejap, I ambilkan something."

Cepat-cepat Kayyisa berpaling ke arah lain apabila Ayaaz menanggalkan kemeja di depan matanya. Sempat Kayyisa nampak ketulan roti pada tubuh sasa itu.

'Menyempat kau eh?'

"I naik kejap eh?" Pamitnya sebelum dia berlari anak naik tingkat atas.

Tak sampai sepuluh minit, Ayaaz muncul bersama baju hujan. Berkerut hebat dahi Kayyisa. Biarpun begitu, tetap dia menerima.

"Kenapa bagi baju hujan?" Soal Kayyisa aneh.

"Baju hujan labuh sikit sampai bawah lutut, senang untuk tutup anggota tubuh you. Lagipun baju hujan tak melekat pada tubuh. By the way, I naik dulu eh? I nak bagi ruang untuk you bersendiri. Bai!"

Tak sempat nak cakap lebih, Ayaaz dah tak ada. Lesap dari pandangannya. Tinggal lah dia sendiri di sini. Senyum terkutik di bibir. Baju hujan yang ada di tangan ditatap lama.

"I harap you yang akan bawa kebahagiaan dalam hidup I." Gumam Kayyisa sendiri.

Dia keluar dari kolam renang. Baju hujan pemberian Ayaaz dipakai setelah siap, Kayyisa bergegas naik ke tingkat atas.

Unforeseen Lucky MistakeWhere stories live. Discover now