Prolog

3.3K 36 0
                                    

Bunyi perkakas dapur samar-samar kedengaran dari arah belakang. Kelihatan sebatang tubuh sedang kalut "berperang" menyediakan makanan tengahari untuk si suami. Selesai masak, Zana terus menghidangkan makanan di atas meja lalu memanggil suaminya, Malik untuk menjamah bersama. Namun begitu, keasyikan Malik menghadap telefon membuatkan dia tidak menghiraukan panggilan Zana untuk menjamah hidangan makan tengahari.

Begitulah setiap kali perbuatan Malik sejak akhir-akhir ini selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan. Namun begitu, Zana masih lagi bersabar menghadapi karenah si suaminya yang pada hemat Zana boleh dikatakan agak kebudak-budakan dan tidak matang.

Ini merupakan kisah suami isteri yang sudah tiada lagi seri sehinggalah suatu hari....

Cinta dan Air Ma**Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora