SPECIAL CHAPTER 🫀

1.4K 36 1
                                    


                     "ASSALAMUALAIKUM!" suara seseorang memberi salam membuatkan Syahra berlari laju ke pintu.

"Daddy!" Jeritnya suka sebelum dia melompat kearah Izz yang sudah sedia mendepakan tangannya.

"Sayang Daddy dah makan ubat belum ni?" Tanya Izz sambil menyentuh lembut dahi anak gadisnya itu.

"Dah sembuh!" Jawab Syahra petah berkata-kata. Kayla yang berada di dapur cuma diam melihat mereka berdua.

"Sayang Abang macam mana harini?''

''Okay je. Abang je yang risau terlebih''

balas Kayla sambil mendekati mereka. Tangan suaminya dicium lembut sebelum sebuah kucupan mesra berlabuh didahinya.

''Abang nak makan?'' tanya Kayla sambil melabuhkan punggung di sebelah Syahra yang sibuk mengusik adiknya yang baru sahaja belajar merangkak.

''Kejap lagi la sayang. Abang baru je lepas makan dengan client tadi''

Kayla hanya mengangguk sahaja sebelum pipi Izam di cuit lembut. Azham yang sedang tidur itu pula dipandang.

''Amboi abang, adik sibuk merangkak dia selamba je baring baring ek?'' usik Kayla sebelum perut Azham di cuit cuit membuatkan anaknya itu menunjukkan gusinya.

''Pemalas  betul anak daddy ni, ikut siapa la agaknya ya?'' Tanya Izz mengusik sambil megendong putranya.

"Of course la ikut abang. Mummy dia rajin" Jawab Kayla masuk bakul angkat sendiri.

"Iya la tu. Petang petang rajin, aktif. Bila malam je, peluk daddy pun taknak. Penat la sangat" Kata Izz sambil menarik wajah masam mencukanya.

"Heii. Apa kata macam tu depan anak" Marah Kayla sambil menutup telinga Izam membuatkan Izz ketawa besar.

"Tapi betul apa sayang. Sejak dua menjak ni sayang macam ais batu tau kalau malam. Abang nak peluk pun takut. Takut beku"

"Mengarut. Lagi sekali abang buka topik pasal ni memang berpenghuni la bilik tetamu rumah kita"

"See? Haih la. Nasib badan la dapat bini macam ni. Kan Azham kan?" Kata Izz sebelum dia membaringkan tubuhnya disebelah Izam yang sedang mengekek ketawa.

Azham juga sudah selamat berbaring disebelah Izam.

"Daddy!"

Panggil Syahra kuat sebelum dia melompat keatas tubuh Daddynya.

"Ya Allah sayang, sakit perut daddy. Adoiii" kata Izz dengan suara tertawa.

Syahra dengan wajah tanpa dosanya terus melentokkan kepalanya keatas dada bidang Izz. The most comfortable place. Anak dengan mak sama je.

"Nak tidur ke sayang?"

Tiada jawapan dari Syahra. Kayla pula hanya mengangguk sahaja pada suaminya apabila melihat mata anak sulungnya sudah mula layu.

Ada apa apa ke dekat dada Tuan Izz Adrian ni? Curious la saya!

"Abang taknak mandi dulu ke? Dah solat asar?"

"Dah. Kejap lagi la abang naik mandi. Puteri nak beradu ni sayang" balas Izz sambil menunjuk ke arah Syahra yang hampir lelap.

"Habis bateri sudah. Tadi bukan main dia kacau Kayla dekat dapur. Setiap saat bagitahu adik nangis padahal dia nak suruh mummy penat sekali dengan dia je" Izz ketawa mendengar cerita Kayla.

Perangai nakal anak gadisnya itu memang sudah dia hafal. Dulu budak baik rasanya, sejak ada adik ni.. makin menjadi-jadi nakal dia.

"Dia sama je macam sayang"

My Special Boss [Editing]Where stories live. Discover now