Bab 3

715 30 0
                                    

Kaki direndam ke dalam kolam renang. Dingin air masih tidak mampu menenangkan hatinya. Sungguh dia tidak selesa berada di sini. Pasti ada sahaja yang tidak kena di mata Maira. Sedih hati Naura apabila diperlakukan sebegitu.

"Aku tak tahulah apa yang special dengan diri kau ni sampai family suami aku sayang sangat dengan kau."

Naura yang sedang menonton televisyen itu tersentak apabila mendengar sindiran dari satu suara. Liur ditelan kesat melihat wajah tegang Maira. Diperhati sahaja langkah wanita itu menghampirinya.

"Kau ni memang tak sedar diri ke apa? Fakhrul tu cuma abang angkat kau je tau? Kenapa kau mesti menyusahkan dia, macam dia tu abang kandung kau? Kau tak malu ke?"

"Akak, Naura..."

"Siapa kakak kau?"

Sekali lagi Naura tersentak. Dia tidak sangka Maira boleh berkata begitu kepadanya. Layanan Maira juga semakin hari semakin dingin.

"Mula-mula aku kenal dengan Fakhrul, aku respect sangat dengan dia sebab dia sayang kau macam adik kandung dia sendiri. Bila kami bercinta, dia tetap lebihkan kau tapi aku masih boleh terima. Sekarang ni kami dah berkahwin. Aku rasa muak dan meluat bila tengok kau asyik nak menempel dengan dia. Eh, kau sedar tak dia tu laki aku? Kau tu cuma orang luar je tau!"

"Maira Hanessa!" jerkah satu suara.

Pucat wajah Maira apabila melihat wajah bengis Fakhrul yang menghampiri mereka.

"You ni dah melampau tahu tak? Apa hak you nak mempertikaikan layanan my family and I dekat Naura?"

Wajah Maira dipandang tajam. Melihat mata Maira yang sudah berair masih tidak mampu menyurutkan amarahnya. Maira semakin melampau. Kasihan Naura diherdik sebegitu.

"Naura pergi masuk bilik," arah Fakhrul tidak mahu melibatkan gadis itu.

Perlahan-lahan Naura bangkit dari duduknya. Sebaik sahaja dia melintasi Maira, rambutnya yang dilitupi tudung ditarik kasar oleh wanita itu. Meringis Naura dibuatnya. Tudung yang dipakainya juga sudah terlucut dari kepala.

"Eh, kau nak pergi mana? Ini semua salah kau tahu tak? Laki aku tak pernah tengking-tengking aku macam ni tapi sebab kau..."

"Jangan melampau Maira!"

Segera dia meleraikan tangan Maira yang mencengkam rambut Naura. Menggigil tubuh Fakhrul melihat Naura diperlakukan sebegitu. Tudung Naura yang berada di lantai dicapai lalu disarungkan kepada gadis itu. Tanpa dapat ditahan, air mata Naura dikesat lembut.

Menyirap darah Maira melihat adegan itu.

"Naura pergi masuk bilik okey?"

Wajah Fakhrul dipandang.

"I'm sorry," bisik Fakhrul perlahan sebelum Naura beredar dari situ.

Dapat Naura dengar suara jeritan Maira yang seperti disampuk syaitan.

"Buat apa dekat sini?"

Tersentak Naura. Segera dia berpaling ke sisi. Melihat Fakhrul yang duduk santai di kerusi batu membuatkan Naura berasa janggal.

"Dah lewat ni. Esokkan Naura sekolah. Kenapa tak tidur lagi?"

Sepi. Tiada balasan yang diberi oleh si gadis. Dalam diam Fakhrul mengeluh. Pasti hal tadi yang mengganggu fikiran Naura. Dia juga buntu dengan sikap Maira yang semakin cemburu buta.

"Naura minta maaf."

"Kenapa Naura nak minta maaf pula?"

"Disebabkan Naura abang dengan Kak Maira selalu bergaduh. Naura tak sangka selama ni Naura terlampau mengada-ngada dengan abang sampaikan tak sedar ada hati lain yang abang perlu jaga."

Tawanan Cinta Dia (EBOOK)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن