PROLOG

78 7 0
                                    


"Mana ada lah Sir! Tak baik tau tuduh-tuduh!" Marah Alicia. Geram Alicia dengan Sir Arfan yang dari tadi asyik kenakan dia saja.

"Ye ke? Pipi dah merah-merah tu? Suka lah tu kan? Ish..Ish..Tak baik tipu.."

"Siapa tipu Sir? Saya kata betul lah.."

"Saya tak cakap awak tipu saya. Tapi awak tipu diri awak."

"Hah??apa ni? Tak faham?" Geram pula Alicia dengan Sir Arfan. Rasa hendak ketuk saja dengan batang penyapu.

"Dah la Alice.. Awak ni..Mulut kata tak,hati kata ya. Kan?"

"Ish.!!!!!! Sir..mana ada!"

Alicia seperti hendak mahu menangis. Sir Arfan dari tadi tak habis-habis mengusiknya. Memang betul pun apa yang dikatakan oleh Sir Arfan tadi. Mulut kata tidak,tapi hati kata ya. Sejak form 2 lagi dia mula suka dengan Sir Arfan. Tetapi, padanya suka dan cinta itu berbeza. Sekarang dia sudah form 3. Sampai sekarang, perasaannya dirahsiakan. Tiada siapa tahu.

"Hahahah! Dah dah .jangan nangis gurau je"

"Ish..Mana ada saya nangis. Sir ni.."

"Tapi memang betul pun kan? You like me. Hahahah..Nampak sangat ." Usik Sir Arfan lagi sebelum berlalu pergi.

Pipi Alicia sudah merah-kemerahan.

'Mana aku nak taruk muka ni?? Ishh.. Kau lah ni Alicia..Nak usha tu usha lah sorok-sorok..Eh mana ada aku suka dia!? Mana ada aku usha dia? Tiber ah!' Alicia bermonolog sendirian. Jika dilihat, seperti orang tidak waras sahaja. Hatinya sekejap kata ya, sekejap kata tak..Haih..Penat kadang-kadang.

..

"What the..!?" Terkejut Alica melihat buku-bukunya yang berterabur di lantai.

"Siapa punya kerja ni? Ah..sudah..mana aku nak cekur duit nak bayar balik buku ni .Ni buku pinjam!! " Rungutnya.

'Hmph! Sah-sah la kerja 3 orang sotong tu!'

Alicia sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Buntu memikirkan apa yang patut dia lakukan sekarang. Semasa dia sedang dilema, susuk tubuh tiga orang sotong masuk ke dalam kelasnya. Alicia tersentak daripada lamunannya apabila Emira memanggilnya.

"Woi!"

"Err..er.. ya.." Kerap sangat Alicia menjadi mangsa buli mereka. Dari tingkatan satu sampai lah sekarang. Alicia masih tidak berani melawan mereka. Mereka sangat kuat dan ramai penyokong.

"Bukan main lagi kau gatal eh?" Sindir Emira .

"Ha?" Alicia bengang. Tiba-tiba sahaja di tuduh.

"Ni apa? Amboi,simpan gambar Sir Arfan dalam buku nota English? Lawak siak kau?" Tangannya menunjal-nunjal dahi Alicia. Alicia terhincut-hincut kebelakangan.

'aduh..kantoi lagi..' desis hatinya.

"Mana ada saya simpan..Itu bukan saya punya." Tipu Alicia.

"Ouh ye ke? Jadi,kalau aku koyakkan,kau tak kisah?" Ugut Emira.

"Tak!" Jawab Alicia yakin. Hakikatnya,hatinya sudah meronta-ronta.

'jangan lah.. janganlah..'

Srrt!!

'ouh no!!! Gambar tu!!!' Air matanya bergenang. Alicia membuat muka selamba untuk menyorokkan perasaannya. Kemudian 3 orang sotong itu berlalu pergi sambil tertawa riang.

Selepas kelibat mereka benar-benar tiada, Alicia terus terduduk. Gambar Sir Arfan yang telah terkoyak itu di pegang. Air matanya pula sudah mula menitik.

Mana tidak sedih? Itu sajalah gambar Sir Arfan yang dia ada. Itupun,bukanlah Alicia yang curi. Tetapi,Sir Arfan yang selitkan gambar itu di bungkusan hadiah hari lahir Alicia. Sedih betul!

'Aku baru nak simpan gambar ni bila aku masuk U nanti..Haih. Ni tahun terakhir aku. Nanti dah tak jumpa dah. Sedih lah.' Alicia bermonolog sendiri.

....

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now