46 | TELLING PEOPLE

4 1 0
                                    

Terlihat posting seorang kenalan.

Tertulis, "If we don't tell people how we feel, how will they know?"

Dan ada komentar yang berbalas, "They know but they chose to ignore that."

Pada aku, biarlah manusia tidak mengetahui apa yang kita rasai.

Lumrah kita sebagai manusia memang kita mahu didengari.

Tetapi sebagai orang yang beriman, tidak seharusnya kita harapkan perhatian manusia.

Antara mereka, ada yang memahami. Ada juga yang tidak. Dan ada juga yang berpura-pura memahami tetapi langsung tidak mengerti.

Kita kena sedar, yang memahami seluruh isi hati kita adalah Sang Rabbi.

Mengapa harus kita menagih rasa pada mahluk? Sedangkan Allah tempat sebaik-baik sandaran.

Air mata yang mengalir kerana takutkan murka dan mengenang segala dosa. Menghilangkan sesak dan meluah rasa yang ada tanpa perlu ungkapkan kata. Mutiara jernih yang mengalir itu menghakis rasa kosong dalam hati kita tatkala sekian lama kita lakukan ibadah tanpa rasa.

Sementelah kita yang terlalu lama ghaflah. Doa pun tidak bersungguh. Ibadah juga selalu bertangguh.

Oleh itu perlu teguran dan nasihat agar diri tidak terus angkuh. Dengan nikmat yang diberi tidak putus-putus.  Teguran membuatkan kita sedar yang ada di sisi kita hanyalah Dia.

Kerana Sang Rabbi telah mengetahui isi hati kita sebelum kita merintih pada-Nya. Tanpa kata dan tanpa bicara biarpun harus mengalirkan air mata. Kerana Dia Maha Mengetahui semuanya.

06112023, -nuhais

Qoutes Buat Diri©Where stories live. Discover now