Bab 8

691 33 1
                                    

Sebaik sahaja bunyi loceng kedengaran, Naura berhenti menulis. Pennya diletakkan di atas meja. Kertas jawapannya dibelek untuk membuat semakan terakhir.

"Baiklah, masa menjawab telah tamat. Sila berhenti menulis dan letakkan pen anda. Pastikan kamu semua dah lengkapkan maklumat pada kertas jawapan. Lepas semak dan ikat kertas, letak kertas jawapan di penjuru kiri meja dan kertas soalan di penjuru kanan meja," kata guru yang bertugas menjaga peperiksaan.

Naura menghembus nafas separuh lega kerana selesai menjawab dua kertas pada hari ini. Ya. Hari ini merupakan hari pertama dia menduduki peperiksaan percubaan SPM dan mata pelajaran pertama pada hari ini adalah bahasa Melayu.
Sebaik sahaja membuka kertas soalan tadi, dia tersenyum kerana dia yakin dia boleh menjawab soalan-soalan tersebut.

Lancar sahaja tangannya menulis. Dia cukup berterima kasih dengan Adrian. Selain daripada kelas tambahan yang diadakan di sekolah, lelaki itu turut mengadakan kelas secara personal untuk membantu Naura. Pada awalnya, Naura keberatan namun lelaki itu sendiri yang mengusulkan kepada Naura untuk mengajak kedua-dua teman baiknya untuk turut serta.

Berkat lelaki itu mengajarnya, dia semakin faham tentang bagaimana menulis karangan dan mengolah idea. Untuk bahagian novel pula, lelaki itu menyarankan dia untuk membaca sinopsis penuh supaya dia mudah faham.

Walaupun Naura penggemar novel, tetapi dia paling tidak suka membaca novel sastera sekolah. Novel-novel tersebut membuatkan dia bosan kerana tidak faham akan ayat yang terkandung dalam novel tersebut.

Tap! Tap! Tap!

Naura tersentak. Automatik tubuhnya menegak.

"Syirah termenung apa? Semua kawan Syirah dah keluar dari dewan ni."

"Ha?"

Naura terpinga-pinga lalu memandang ke sekelilingya. Adrian melepaskan tawa lucu. Terhibur hatinya melihat wajah polos Naura.

"Kenapa? Susah sangat ke soalan tadi?" Sekali lagi Adrian bertanya. Risau jika gadis itu termenung kerana sedih tidak dapat menjawap soalan dengan baik.

Lekas Naura menggelengkan kepalanya.

"Tak! Syirah boleh jawab soalan tadi."

"Alhamdulillah." Lega hati Adrian mendengar jawapan dari gadis itu.

"Habis kenapa Syirah termenung?"

"Hehehe, sorry cikgu. Syirah happyi sangat sebab dapat jawab soalan tadi. Syirah harap, kali ni Syirah boleh score."

"Aaminn. Insya-Allah. Syirah dah berusaha, jadi lepas usaha Syirah kena berdoa tau. Usaha tanpa doa tu sombong. Doa tanpa usaha pula dipanggil pemalas. Akhir sekali, Syirah kena..."

"Tawakal," sambung gadis itu sambing tersengih lebar.

Adrian tergelak lucu.

"Good girl."

"Cikgu, terima kasih sebab cikgu ajar Syirah banyak perkara. Lepas tu, cikgu sabar je menghadap Syirah yang bengap ni."

"Aipp! Tak baik cakap macam tu! Jangan hina diri sendiri, please," tegas Adrian.

Dia sungguh tidak suka dengan sikap Naura yang satu itu.

"Sorry, cikgu."

"Tak apa."

"Cikgu, malam ni kelas ada ke tak?"

"Syirah ada kelas ke petang ni?"

"Tak ada."

Lelaki itu diam seketika. Mungkin sedang berfikir.

"Saya rasa, kita hold dulu kelas kita buat sementara. Saya nak Syirah study untuk subjek lain pula. Walaupun Syirah busy study, jangan lupa untuk rehat dan tidur yang cukup."

"Aip! Aip capten"

"Lawaklah awak ni," kata Adrian. Dia akui bahawa dia banyak tertawa apabila menghadapi gadis ini.

"Dah. Kemas-kemas barang awak. Tu si Raisya dengan Fattah dari tadi tercari-cari awak," kata Adrian lagi lalu menjuihkan bibir ke luar dewan.

"Ya Allah, lupa pula saya. Cikgulah ni, asyik ajak saya berborak je."

Pantas tangan kecil itu mengemas peralatan menulisnya yang masih bersepah di atas meja.

"Eh, saya pula yang kena."

Naura tertawa lagi. Lekas dia bangkit dari duduk.

"Bye, cikgu. Saya keluar dulu."

Tidak sempat Adrian membalas, terus gadis itu berlari keluar dari dewan itu. Tidak semena-mena bibirnya mengoyak senyum.

"Rancak kau berbual dengan budak tu."

Adrian tersentak. Dia berpaling ke sisi. Wajah rakan sekerjanya menjamah pandangan.

"Biasalah. Akukan mengajar kelas dia."

Farhan tertawa perlahan.

"Aku tahu tapi aku pelik. Setahu aku si Naura tu pendiam. Pemalu pula tu. Tak sangka aku bila tengok kau orang bukan main mesra lagi."

Kali ini Adrian turut melepaskan tawa.

"Mula-mula aku masuk mengajar kelas dia, memang susah gila aku nak communicate dengan dia. Kau pun tahukan dia paling lemah subjek yang aku ajar. Jadi, walau macam manapun aku kena juga tolong dia. SPM dah dekat. Kesian dia, kalau subjek ni dia tak boleh score."

Farhan mengangguk.

"Betul apa yang kau cakap tu. Aku dengar kau ada buat kelas secara personal dengan dia."

"Betullah tu. Tapi kau jangan salah sangka pula. Disebabkan dia tu perempuan, aku suruhlah dia ajak kawan baik dia yang dua orang tu."

"Ouhh... lega sikit hati. Bukan apa. Aku tak naklah nama kau dan Naura tercemar. Lagi satu aku nak pesan."

"Apa?"

"Kalau boleh kau janganlah terlampau mesra sangat dengan Naura tu."

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Mesti kau tahukan yang dia tu adik siapa?"

Walaupun masih keliru, Adrian tetap menganggukkan kepalanya.

"Abang dia tu over protective sangat," bisik Farhan perlahan.

"Kadang-kadang aku kesian tengok Naura tu. Macam kena kongkong."

Adrian terdiam seketika. Tidak dinafikan bahawa semua yang dikatakan oleh Farhan itu benar belaka. Pada mulanya, lelaki itu membantah keras malah lelaki itu sendiri datang bersemuka dengannya. Akibat kesian akan gadis itu, Adrian mengambil tindakan berani dengan menghubungi kedua-dua ibu bapa Naura. Dia mendapat kebenaran dari Dato' Malik dan Datin Durrahtul setelah dia menceritakan masalah Naura.

"Dahlah. Jom kita ke surau. Kejap lagi kita ada meeting dengan pengetua pula."

Kedua-dua lelaki itu akhirnya meninggalkan kawasan dewan itu. Surau dituju untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

Tawanan Cinta Dia (EBOOK)Where stories live. Discover now