Lisan 53 : Bertolak ke Hokkaido

73 20 3
                                    

"Tuan Shin.. ada orang nak jumpa tuan.." Dion masuk selepas mengetuk pintu.

"Dia ada temujanji dengan aku?" soal Shin matanya fokus pada komputer.

"Tak ada tuan..."

"Kalau tak ada..suruh mereka pulang,aku sibuk..." ujar Shin matanya tetap fokus pada skrin monitor.

Sebelum sempat Dion menjelaskan,seseorang muncul dan melepasi Dion dan terus masuk ke dalam bilik pejabat Shin. Seorang lagi dari belakang menyusul,sambil menggelengkan kepala.

"Ai.. dengan kitorang pun nak kena appointment dulu ke?"

Shin terkejut mendengar suara tersebut,dia menoleh dan sekali lagi terkejut apabila melihat dua figura yang dia kenal.

"Zahary? Hazen?"

"Yo cold ice Ryuzaki... it's been a while.." sapa Hazen tersengih.

*****

Seperti yang dirancang,Ikhwan dan Luke bertolak ke Hokkaido. Shiro dan Farhan akan menguruskan hal mengenai anak kepada mendiang Kenshin,Minatozaki Noe dan Ikhwan serta Luke akan uruskan misi mereka.

Misi mereka?

Tidak lain tidak bukan..

Membebaskan isteri kepada ketua keluarga Minatozaki,iaitu Minatozaki Hina.

Misi mereka berdua kali agak sedikit bahaya,kerana puan Hina dijaga di bawah sekumpulan skuad mercenery yang dianggap elit oleh sesetengah pihak.

Ikhwan dan Luke melangkah masuk ke dalam keretapi peluru,Bullet Train.

"Hey Luke.. boleh aku tanya satu soalan?"

Luke yang daripada tadi membuang pandangan ke luar, terus memberikan fokusnya pada Ikhwan serta belakang badan disandarkan selesa pada kerusi.

"Sure, kalau aku boleh jawab aku jawab. Tanya lah." Ujarnya tenang.

Ikhwan tersenyum mendengarnya,dia menghela nafas pendek.

"Kenapa puan Minatozaki diletakkan jauh dari Tokyo? Hokkaido..ianya countryside...aku agak musykil.."

"Plus.. puan Minatozaki Hina tahu apa yang berlaku pada anak lelaki sulung dia?"

Luke terdiam sedikit dengan persoalan itu. Nafas ditarik sebelum dihela perlahan. Raut wajahnya bertukar sedikit.

"Honestly? I don't like what I'm getting myself into. Keluarga ni terlalu.. Jijik." Luke mengenggam buku limanya seakan menahan marah.

"Untuk persoalan kau, Puan Minatozaki dengan kepala keluarga tak pernah bersefahaman. They are always fighting verbally. Tapi dari siasatan aku, dia di pindahkan atau boleh kata dibuang ke Hokkaido sebulan sebelum kematian Kenshin." Luke mengeluarkan phonenya lalu diserahkan pada Ikhwan. Gambar seorang wanita didalam sebuah rumah yang dijaga kemas dan rapi terpapar.

"Macam kau nampak, dia dikurung di sana tanpa seorang keluarga. Anak bongsu, Kai ada tapi mana? Sama macam abang dia, dia menjadi mangsa. Jika Puan Minatozaki cuba larikan diri, Kai akan dihukum.." Luke telan liur kelat.

"She didn't know about what happened to her older son. Dia anggap yang.. Kenshin larikan diri. But you know what make it sad?" Luke menatap Ikhwan bersama senyuman pedih.

"She's happy. Dia bersyukur Kenshin larikan diri.. Tapi hakikatnya." Luke menggeleng kepala.

"Dan itu juga salah satu sebab kenapa Puan Minatozaki dibuang ke countryside. Jadi khabar mengenai kematian Kenshin tak akan sampai pada dia."

Luke menghabiskan kata-katanya.

Mendengar penjelasan panjang daripada Luke,Ikhwan menyandar pada kerusi dan tersenyum.

CRAYON : 2RASCAL (SEASON 1)™Where stories live. Discover now