Bab 10

933 37 1
                                    

Wajah Naura yang sedang enak makan dikerling sekilas. Sengaja dia tidak membuka mulut soal semalam. Mahu melihat sama ada gadis itu akan terus berdiam diri atau memberitahunya tentang hal semalam. Wajah gadis itu biasa-biasa sahaja. Nampak tenang.

Bibirnya dikertap rapat.

"Mana Maira? Tak ikut sekali ke?" soal Datin Durrahtul.

Sejak tadi lagi dia menahan diri daripada bertanya perihal menantunya itu.

"Macam biasalah, ma. Dia busy dengan kerja. Ada job baru."

Dalam diam, Naura mencebikkan bibirnya. Namun perlakuannya itu dapat ditangkap oleh mata tajam Fakhrul. Spontan lelaki itu turut mengulum senyum.

"Hmm... kalau busy sebab kerja tak apalah. Jangan busy dengan benda lain sudah," getus Dato' Malik pula.

Fakhrul hanya mengangkat bahunya selamba.

"Kamu ni, Rul. Tak risau ke dengan wife kamu?" soal Datin Durrahtul.

Bukan dia tidak yakin dengan Fakhrul tetapi dia tidak suka apabila rumah tangga anaknya menjadi hangat kerana gosip yang sering terpalit angkara kerjaya yang diceburi oleh Maira. Inilah antara sebab dia tidak berkenan dengan menantunya itu. Namun disebabkan Fakhrul dan suaminya, dia terpaksa berlapang dada untuk menerima gadis itu.

"Tak apa, ma. Rul tahu apa yang Rul buat."

Senyuman nipis dihadiahkan buat sang ibu. Dia senyap bukan bererti dia bodoh. Dia tahu apa yang dilakukan oleh isterinya di luar sana.

"Seronok keluar dengan kawan-kawan semalam?"

Naura tersentak. Jantung berdegup kencang. Pandangan sengaja tidak diangkat kerana dia yakin mata lelaki itu memanah tajam ke arahnya.

"Abang tanya Naura ni?" Sengaja Fakhrul menggunakan nada yang lembut.

Walaupun nada yang digunakan oleh lelaki itu kedengaran lembut, namun terdapat nada lain yang diselitkan disebaliknya. Naura cukup mengerti. Mujurlah ada Dato' Malik dan Datin Durrahtul. Jika tidak, Naura yakin dia akan ditengking dan dimarahi oleh Fakhrul.

"Naura dah minta izin dengan mama dan babah."

"Memang mama dengan babah dah izinkan Naura keluar dengan kawan-kawan dia. Kesian juga adik kamu ni asyik terperap je dekat rumah," sampuk Datin Durrahtul apabila perasan akan pandangan tajam anak lelakinya kepada Naura.

Fakhrul mengertap giginya perlahan. Tidak pernah lagi Naura keluar tanpa pengetahuannya. Selalunya gadis itu akan memberitahu dia sebelum Dato' Malik dan Datin Durrahtul.

"Lagipun Naura keluar dengan kawan bukannya seorang. Naura... pandai jaga diri sendiri," ujar Naura perlahan.

Fakhrul mengulum senyum sinis.

'Nampaknya babygirl abang ni kena dihukum dulu supaya tak berani buat perangai,' desis hati Fakhrul.

"Naura dah siap makan kan?"

Kepala dipanggung ke arah Dato' Malik.

"Dah, babah."

"Kalau dah, pergi masuk bilik dulu. Ada perkara yang babah dengan mama nak bincang dengan abang kamu ni."

"Baik, babah."

Pantas sahaja gadis itu bangkit dari duduknya. Pinggan turut diangkat sama.

"Tak apa. Tinggal je dekat situ. Adik pergi masuk bilik terus," kata Datin Durrahtul pula.

Perlahan-lahan kepala diangguk. Pinggan kembali diletak di atas meja.

"Adik masuk bilik dulu."

Kelibat si gadis hanya dihantar melalui pandangan sahaja. Fakhrul menggenggam erat tangannya yang berada di bawah meja. Banyak perkara yang membuatkan dia geram. Salah satunya panggilan yang digunakan oleh Datin Durrahtul kepada Naura.

Tawanan Cinta Dia (EBOOK)Where stories live. Discover now