Daiyyan berdiri di hadapan pintu starbuck sambil menunggu isterinya yang masih lagi berada di dalam kereta. Entah apa lagi yang Zahra buat dalam kereta itu.
Kakinya menyepak batu-batu kecil yang berada disana kerana kebosanan pula dia menunggu isterinya itu untuk turun daripada kereta. Matanya terpandang ke arah beberapa pelanggan yang sedang masuk ke dalam starbuck.
" Lambat betul " Bisik hati Daiyyan. Dia mengeluh perlahan tetapi dia tetap menunggu dengan sabar.
Tangannya dimasukkan ke dalam saku seluarnya, entah tiba-tiba pula dia merasa sejuk. Mungkin disebabkan angin malam yang bertiup ini yang menyebabkannya kesejukan.
Zahra berlari kecil menuju ke arah suaminya. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk, tahu dengan kesalahannya yang lambat turun daripada kereta.
Dia lambat turun daripada kereta kerana sedang membetulkan awning tudungnya itu. Manalah cantik kalau ada gelembung ada awning tersebut. Kalau dia turun dari kereta dengan awning tudung yang ada gelembung, nanti Daiyyan tidak mahu mengakui yang dia adalah isterinya.
" Abang " Panggil Zahra. Dia mencuit bahu Daiyyan dengan perlahan untuk menyedarkan suaminya itu daripada lamunan. Entah apa yang membuatkan suaminya itu mengelamun, dia pun tak tahu.
Daiyyan memandang ke arah isterinya semula bila mendengar Zahra memanggilnya.
" Nak apa lagi ? " Soal Daiyyan lembut. Matanya memandang ke wajah isterinya yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Nasib comel !
" Nak tangan abang " Balas Zahra. Dia tersengih-sengih sambil bermain-main dengan jari-jemarinya. Malu pula dia ingin mengatakan perkara tersebut, takut suaminya itu menolak.
" Untuk apa pula ? " Berkerut dahi Daiyyan dibuatnya.
" Nak rangkul tangan abanglah " Jawab Zahra. Dia menayangkan giginya yang tersusun cantik. Nak juga dia merasa merangkul tangan suami sendiri.
Selama ini dia hanya mampu melihat sahaja kerana tidak mempunyai pasangan jadi sekarang dia sudah mempunyai suami, memang taklah dia ingin melepaskan peluang. Peluang depan mata kot takkan nak lepaskan pula. Rugi dia nanti !
Sudah dekat 5 minit suaminya itu berdiamka diri, dia tahu pasti suaminya itu menolak dengan permintaannya yang konyol itu. Takpelah tak dapat rangkul tangan hari ni, lain hari dia tetap akan buat juga walaupun dengan sebuah paksaan.
" Nantilah " Ucap Daiyyan. Tangannya menolak pintu starbuck tersebut dan menuju ke kaunter untuk memesan air untuk isterinya. Malu pula dia dibuatnya, maklumlah belum terbiasa dengan sentuhan daripada isterinya itu.
Zahra hanya diam. Pelik betul dia dengan perangai suaminya ni, cepat betul berubah. Tak sweet betul ! Baru nak bermanja dah kena tolak pula. Apalah nasib kau Zahra, malang sungguh !
Dia masuk ke dalam lalu duduk di sebuah meja yang berada di hujung. Ditarik kerusi tersebut dengan lembut. Zahra memilih tempat tersebut kerana ada nilai estetik di sana. Kalau dia dah nampak estetik, memang tak larilah dia nak menangkap gambar.
Daiyyan membawa Ferrero Rocher Frappuchino untuk isterinya lalu diletakkan di atas meja. Dia perasaan yang Zahra tengah merajuk.
" Mesti merajuk pasal tadi ni " Bisik hati Daiyyan. Rasa serba salah timbul di dalam dirinya. Dia sebenarnya nak juga isterinya itu merangkul tangannya tetapi dia masih lagi merasa malu dengan Zahra. Maklumlah baru dapat bersua muka kembali setelah sebulan berpisah.
Aplikasi kamera dibuka oleh Zahra lalu tangannya mula mengambil gambar Ferrero Rocher Frappuchino yang dipesan oleh suaminya tadi. Daiyyan hanya diam kerana tidak tahu hendak berborak apa dengan isterinya itu lagi pun isterinya itu sedang sibuk mengambil gambar. Jadi dia hanya mendiamkan sahaja dirinya sambil melihat isterinya itu sedang mengambil gambar.
DU LIEST GERADE
Guzel; My Beautiful Wife
RomantikDaiyyan Isham | Zahra Aaliyah " Dia pinjaman tuhan yang terbaik untuk diriku " - Daiyyan Isham Start: 29November2023 End: