Pinjaman Tuhan 5

534 49 2
                                    

Kedengaran suara azan berkumandang. Daiyyan membuka perlahan matanya lalu wajah Zahra terhidang di hadapannya sekarang.  Tangannya dibawa ke pipi isterinya itu lalu dengan lembut dia mengelus pipi Zahra. 

Senyuman wajahnya terukir bila melihat wajah isterinya yang sedang tidur dengan comel itu. Gebu sahaja pipi Zahra, geram betul Daiyyan melihatnya. Mahu sahaja dia mencubitnya.  Sempat lagi dia menghadiahkan kucupan di dahi Zahra kemudian Daiyyan turun dari katil tersebut.

Daiyyan menuju ke bilik mandi untuk mengambil air wuduk. Kepala paip dipulasnya lalu dengan derasnya air paip tersebut keluar.

" Zahra bangun " Tangan Daiyyan menarik selimut yang masih lagi menyelubungi di tubuh isterinya. Nyenyak betul isterinya itu tidur sampaikan tak sedar dengan azan subuh yang sudah berkumandang.

Daiyyan mengejutkan isterinya yang masih lagi dibuai mimpi. Dia ingin solat subuh bersama-sama dengan isterinya.

Zahra menggeliat lalu dengan perlahan matanya dibuka. Perkara pertama yang dia lihat adalah wajahnya milik suaminya semasa dia membuka mata. Bibirnya mengukir senyuman yang manis untuk dihadiahkan pada suaminya.

" Pergi ambil wuduk. Kita solat subuh sama-sama " Arah Daiyyan. Ditarik lembut kain sejadah yang berada di dalam almari lalu dibentang di atas lantai. Matanya sempat lagi melirik ke arah isterinya yang baru masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai sahaja Zahra mengambil wuduk, dia terus bergerak ke almari yang menyimpan telekungnya.  Telukung yang berwarna hijau dicapainya lalu disarungkan telekung tersebut di tubuhnya.

Dia menuju ke arah sejadah yang sudah dibentangkan oleh suaminya tadi. Mereka solat subuh bersama-sama.

Setelah salam yang terakhir. Daiyyan terus menghadap ke arah Zahra yang menunduk seakan-akan sedang menangis dan dengan perlahan dia menghampiri isterinya.

Daiyyan menghulurkan tangannya ke arah Zahra. Zahra yang tersedar akan tangan suaminya dengan cepat dia mencium tangan suaminya.

" Zahra nak minta maaf kalau dah buat abang marah " Ucap Zahra. Air matanya yang ditahan tadi akhirnya jatuh juga membasahi pipinya

Habis tangan Daiyyan basah akibat air matanya isterinya. Panik Daiyyan seketika bila melihat isterinya itu menangis, dahlah dia tak pandai nak memujuk perempuan yang menangis.

Tuhan bantulah aku !

" Aku tak marah pun dekat kau cuma aku tak suka lelaki tu hina kau macam tu. Aku marah dengan lelaki tu sebab dah bersiap kurang ajar dengan kau " Ujar Daiyyan. Tangannya dengan lembut menyeka air mata Zahra yang berguguran dipipi itu lalu mengusap kepala isterinya yang berbalutkan telekung.

Alahaii cengeng betul isterinya ni, kuat betul menangis !

" Tapi abang tak layan pun bila Zahra panggil abang. Zahra tahu, abang marahkan Zahra " Dia masih lagi mencium tangan suaminya. Tidak ingin dia lepaskan tangan suaminya jika Daiyyan tidak memaafkannya. Takut dosanya itu tidak diampunkan kerana telah membuat suaminya itu

" Aku tak marah kau, güzel " Lembut sahaja suara itu berkata. Panggilan tersebut hanya untuk Zahra dan hanya dia sahaja yang boleh memanggil Zahra begitu.

Zahra mengangkat wajahnya lalu dipandang wajah suaminya yang tersenyum.

" Dah jangan nangis lagi, nanti tak comel " Pujuk Daiyyan. Kedua tangannya menyeka lagi air mata isterinya yang masih mengalir di pipi.

Zahra memeluk Daiyyan lalu wajahnya diletakkan pada dada bidang milik suaminya itu. Tangisannya pecah kembali apabila dia merasakan tangan suaminya dengan perlahan mengusap belakangnya

Guzel; My Beautiful WifeWhere stories live. Discover now