Pinjaman Tuhan 11

466 38 4
                                    

" Abang " Panggil Zahra yang baru sahaja turun daripada tingkat atas itu. Dia berjalan menghampiri ke arah suaminya yang sedang duduk di sofa panjang mereka itu.

" Kenapa ? " Soal Daiyyan lembut. Jari-jemarinya yang tadi ralit menekan papan kekunci komputer riba miliknya terus terhenti apabila mendengar isterinya memanggil.

Pandangannya tertumpu ke arah wajah isterinya itu. Aduhai comel betul ! Tak tahan dirinya kerana setiap hari melihat wajah comelnya isterinya itu.

" Abang dulu ada girlfriend, kan? " Soal Zahra tiba-tiba. Punggung dilabuhkan di atas sofa dan lebih tepat sekali sebelah suaminya. Wajah Daiyyan yang tadi ceria terus bertukar murung.

Hampir tersedak air liur Daiyyan dek mendengar soalan maut betul yang diajukan oleh Zahra ni. Soalan maut betul yang diaju oleh isterinya. Banyak-banyak soalan, soalan ini juga yang ditanyanya.

Kata-kata Zahra bagaikan busur panah yang terkena tepat pada sasaran, membuat Daiyyan hanya mendiamkan diri . Dia buntu untuk menjawab persoalan tersebut. Nak jawab, takut Zahra merajuk pula. Tapi kalau tak jawab, mesti Zahra akan paksa dia jawab juga.

Air putih yang berada di hadapannya diteguk sedikit untuk menghilangkan rasa gelisah. Binggung hendak menjawab pertanyaan isterinya. Risau jika salah percaturan tutur katanya, pasti akan mendatangkan padah hendak ditanggung tuan badan sendiri.

Zahra mengecilkan matanya memandang Daiyyan yang seakan buat-buat tak dengar dengan soalannya itu tadi. Bukan dia tak tahu yang suaminya itu takut hendak menjawab soalannya itu.

" Abang, Zahra tanya ni. Janganlah buat-buat tak dengar " Marah Zahra. Tangannya sempat lagi mencubit lengan Daiyyan. Sakit pula hatinya Daiyyan hanya berdiam sahaja, macam bercakap dengan angin pula dia rasa.

" Aduh sakit sayang ! "

Daiyyan mengerang kesakitan akibat mendapat cubitan daripada isterinya itu. Perlahan tangannya mengusap bahagian lengan yang dicubit oleh Zahra tadi.

" Abang dengarlah ni " Ujar Daiyyan. Pipi gebu milik Zahra dicubit pula sebagai balasan. Sakit betul cubitan isterinya ni mengalahkan penyepit ketam.

" Kalau abang dengar, jawablah. Jangan buat Zahra tertunggu- tunggu " Zahra mencebikkan mulutnya. Bukannya dia tidak tahu yang Daiyyan sengaja taknak menjawab soalannya itu. Dia tahu semua itu.

" Kalau abang jawab soalan sayang tu, jangan merajuk ya dengan abang " Lembut sahaja suara itu berkata. Tahu-tahu aje Daiyyan yang Zahra akan merajuk jika dia menjawab pertanyaan tersebut. Tersengih-sengih Daiyyan memandang isterinya itu.

Zahra mengangguk kecil. Tengoklah dia merajuk atau tak bila dah dengar jawapan suaminya nanti. Dia tak janji tau ?

" Dulu ada. Tapi sekarang dah takde " Perlahan sahaja Daiyyan berkata seakan-akan sedang berbisik kerana takut nak bagi jawapan dengan soalan isterinya itu.

Bersungguh-sungguh dia berdoa dalam hati supaya isterinya tidak menjadikan isu itu sebagai pertelingkahan kecil mereka. Masak sangat dia dengan sikap Zahra. Walaupun baru sebulan lebih mereka bergelar suami isteri yang sah.

" Tak dengar. Kuat sikit " Ujar Zahra. Panas pula telingannya dengar dengan jawapan yang diberikan oleh suaminya itu.

Padahal dia yang nak sangat dengar jawapan daripada Daiyyan tetapi dia pula yang sakit hati bila sudah mendengar jawapan yang diberikan oleh suaminya.

Wajahnya yang tadi tersenyum kini bertukar murung. Daiyyan menelan air liurnya yang kini rasa kelat bila melihat raut wajah isterinya sudah bertukar.

" Dulu ada, tapi sekarang dah takde. Sebab abang dah ada isteri ! Isteri abang tu adalah sayang dan sayanglah yang ada dalam hati abang ni, takde siapa lagi dalam hati abang selain Zahra Aaliyah " Ucap Daiyyan lembut. Dia tersengih memandang isterinya. Tangan isterinya dibawa ke dadanya.

Pinjaman TuhanWhere stories live. Discover now