Pinjaman Tuhan 12

353 30 1
                                    

Daiyyan yang berada diruang tamu dari tadi berjalan ke sana ke sini untuk mencari isterinya. Hilang ke mana sudah isterinya ni ? Jangalah pergi kemas rumah jiran pula, tahulah Daiyyan yang isterinya itu terlalu rajin.

" Guzel " Panggil Daiyyan. Matanya ke kiri ke kanan sedang
mencari kelibat isterinya itu. Entah ke mana isterinya itu pergi. Selalunya akan berada di dapur waktu macam ni tapi sekarang takde pula. Risau sudah dia bila tidak melihat kelibat isterinya itu.

Zahra yang baru keluar daripada stor dekat bawah tangga dengan cepat menuju ke arah suaminya itu. Mukanya comot kerana terkena habuk-habuk yang berada dalam bilik stor tersebut. Tangannya mengelap dahinya yang berpeluh menggunakan lengan baju panjangnya.

Langkah kakinya berjalan bergerak menghampiri suaminya yang sedang berdiri tegak di dekat sofa rumah mereka.

" Kenapa abang ? " Soal Zahra kehairanan. Tiba-tiba sahaja suaminya memanggilnya padahal baru saja mereka berjumpa tadi.

" Mari teman abang pergi beli barang basah. Tadi kata nak masakkan abang kari ayam kan tapi abang tengok ayam dah habis tu dalam peti sejuk " Balas Daiyyan. Tangannya mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding itu.

" Kejap abang. Zahra nak tukar baju dulu " Ujar Zahra. Habis berhabuk bajunya. Entah apa yang dibuatnya dalam bilik stor itu.

" Allahu sayang. Kenapa ada lipas dekat rambut ni ? Sayang ternak lipas dekat rambut ke apa ni " Daiyyan mengambil lipas yang berada di atas kepala isterinya itu lalu dibuang jauh daripada mereka berdua. Pelik benar dengan isterinya yang sampai tak sedar ada lipas dekat rambut.

Manalah nak sedar kalau terlampau fokus nak kemas bilik stor tu. Zahra ni jenis yang tak boleh nampak bersepah sikit mesti tangannya gatal nak kemas.

Untunglah Daiyyan dapat isteri yang rajin macam Zahra ni

" Alahh mesti lipas tu naik dekat rambut Zahra tadi. Zahra kemas stor bilik dekat bawah tangga tu " Zahra menujuk ke arah stor bilik tersebut. Mulutnya dimuncungkan ke depan.

Tahap kerajinan Zahra ni semua benda dia nak kemas. Aduhaii !

Daiyyan menggelengkan kepalanya. Risau betul dia dengan kerajinan isterinya ini. Silap sikit rumah jiran sebelah pun dia pergi kemas nanti.

" Dah pergi tukar baju cepat " Arah Daiyyan. Pipi gebu Zahra itu menjadi sasaran untuk di cubitnya. Geram betul dia melihat pipi isterinya itu. Macam pau, nak gigit pun ada.

Zahra mengangguk perlahan.

Usai dirinya menukar baju. Dia terus menghampiri suaminya yang sedang duduk di sofa itu. Baru dirinya perasan yang suaminya itu sedang menggunakan thobe berwarna putih.

" Mashallah habibi. Ant wasim jida habibi " ( You're so handsome, habibi ) Zahra terpesona melihat suaminya memakai thobe berwarna putih. Dah macam orang arab dia tengok.

Matanya tidak berkelip sedikit pun memandang suaminya itu. Sungguh dia terpesona ! Bibirnya tersenyum. Suka betul dia melihat suaminya itu memakai thobe, padan dengan dirinya yang selalu memakai abaya.

" Mula dah perangai gila dia ni " Bisik hati Daiyyan. Pening dia melayan dengan sikap isterinya ini.

" Taeal iilaya habibi " ( Come to me, my lover ) Ucap Zahra lagi. Dia memeluk tubuh suaminya itu dengan erat. Wangian perfume caron's poivre milik Daiyyan tersemat di hidung Zahra itu. Bau yang sangat menggoda.

" kapa çeneni " ( Diam ) Daiyyan menekup mulut isterinya itu yang tidak berhenti nak bercakap. Dia membalas dengan bahasa Turkey kerana tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

Pinjaman TuhanWhere stories live. Discover now