PROLOG

265 27 3
                                    

          DARAH yang mengalir ke bawah lengannya, dipandang tanpa riak. Rasa? Hanya rasa kosong. Dibiarkan ianya terus-menerus mengalir tanpa dikesat sehingga menitik ke atas jubin lantai.

Sakit?

Ya, memang sakit tapi tidak sesakit hatinya.

Anak matanya turun ke bawah lantai. Kelihatan riak wajahnya memantul bersama beberapa titisan darah di permukaan tersebut. Perasaannya mula  berkecamuk.

"Aku pernah janji, tak akan buat semua ni lagi,"

Matanya kembali naik ke pergelangan tangannya yang berdarah. Darah itu disentuh lalu dengan jari yang mengigil, dia bawa ke hadapan wajahnya. Bibir diketap kuat dengan nafas memburu laju.

"Tapi sekarang mana janji kau? Lantas kenapa kau mungkir janji?"

Mata dipejam rapat. Serentak itu terasa cecair panas mula mengalir membasahi pipinya sebelum esakan kerasnya mula kedengaran. Dari duduk di tepi katil, perlahan-lahan dia jatuhkan tubuhnya ke lantai. Dadanya yang terasa sakit ditumbuk berkali-kali dengan harapan rasa sakit itu hilang.

Kenapa?

Kenapa dia perlu rasa semua ni?

Berkali-kali Hilyaa mempersoalkan takdirnya. Dan berkali-kali itu juga dia akan jatuh ke dalam lohong hitam yang sama.

Macam mana dia perlu kuat lagi sedangkan dia dah hilang segalanya. Orang yang selama ni menjadi salah satu nyawanya untuk terus hidup telah pun pergi meninggalkannya.

Siapa lagi yang perlu dia bercerita setiap hariannya?

Siapa lagi yang perlu dia bermanja?

Siapa lagi yang boleh melayan kerenahnya lagi?

Dan siapa lagi yang sudi menyayangi seperti wanita bergelar seorang ibu?

"Janji dengan mama jangan jadi macam mama ya, sayang? Anak mama kena kuat. Ingat tu."

"Mama... Hilyaa tak mampu mama. Kenapa mama buat Hilyaa macam ni?" Perlahan-lahan lutut dibawa rapat ke arah dadanya lalu dia peluk kuat. Hilyaa menyembamkan wajahnya ke lutut lalu segala tangisannya dikeluarkan di situ.

Tuhan, aku lelah.

Lelah sangat.

Maafkan aku kerana tidak mampu menahannya lagi.

Maafkan aku kerana sanggup melakukan ini lagi.


            8 Tahun Kemudian,

BEG luggage di dalam genggamannya ditolak ke arah Lais yang teguh berdiri tegak di hadapannya. Bibirnya mengorak senyum paksa walaupun saat ini jiwanya meronta-ronta mahu menangis.

Melepaskan, satu kebahagiaan juga, bukan?

"Kau tak nak bagi apa-apa ucapan untuk aku ke sebelum kau pergi?" Hilyaa cuba buat-buat biasa. Walaupun ianya hanya sekadar lakonan tetapi dia perlu juga  kelihatan baik-baik sahaja.

Cukup lah, dia banyak susahkan adiknya selama ni.

"Sabar lah kak, aku nak tenung kau kejap pun tak boleh." Lais menolak luggage dia ke tepi sebelum menghampiri Hilyaa.

Kedua-dua bahu Hilyaa dipegang. Hilyaa sedikit mendongak ke atas, melihat wajah adiknya.

Maklum lah, Lais lebih tinggi daripadanya walaupun boleh dikatakan dia ni dikategorikan separa pendek.

160 cm? Mana ada pendek.

"Mari sini aku bebel kau, jarang tau. Biasa kau yang banyak bebel aku."

Hilyaa ketawa kecil. Lagi-lagi melihat Lais yang beberapa kali menjeling ke arahnya ini. Namun, tidak lama kemudian, Lais turut tersenyum.

Dia harap, ini bukan kali terakhir dia dapat melihat senyuman itu.

"Ha, okey. Cepat cakap," arah Hilyaa sambil menggerakkan tangannya.

Lais tarik nafas panjang.

"Dalam masa ketiadaan aku ni, kau jaga diri kau tau. Lepas ni aku dah tak boleh bawa kau mana-mana, temankan kau. Lepas ni kau kena jadi adik yang berdikari, eh bukan! Kakak yang berdikari." Lais tersengih tatkala Hilyaa menjeling nya tajam.

Lupa dia ni adik, hahaha...

"Walaupun aku tak ada depan mata kau tapi kita selalu dekat. Kau kembar aku. Aku sayangkan kau tau. Sorry lah kalau kau kata aku ni jiwang tapi aku memang sayangkan kau." Luah Lais ikhlas.

Mendengarkan itu, tiba-tiba hatinya tercuit rasa sedih. Rasa sebak di dadanya sedaya upaya di tahan.

Tolong, jangan menangis.

"Ni, kau jaga diri baik-baik tau. Jangan skip oppoiment. Kalau aku dapat tahu kau skip, memang aku masak kau hidup-hidup kalau aku balik sini." Ugut Lais merenungnya tajam, konon bagi amaran lah tu.

"Eh, aku ni kakak kau tau. Sebelum kau masak aku, aku yang cincang kau dulu," balas Hilyaa kembali. Sengaja dia berkata sebegitu agar rasa sedih yang meresap ke  dalam dirinya hilang.

Hilyaa pun turut sama, mengecilkan mata sambil memeluk tubuh. Kat mana-mana pun si Lais ni nak ajak dia bergaduh mulut.

"Dah lah, aku nak pergi ni pun still nak bergaduh dengan aku ke?" Lais menggeleng kepalanya perlahan.

Hilyaa mencebik. "Siapa mulakan dulu?"

"Ye, lah. Aku salah." Lais akhirnya mengalah. Selagi dia tak minta maaf, selagi tu perbalahan ni tak ada penamat.

Tiba-tiba Hilyaa terasa bahunya ditarik rapat ke tubuh seseorang lalu dipeluk.

Mengeras tubuh badan Hilyaa, namun tidak lama kemudian dia turut membalas pelukan tersebut. Tangannya turut naik memeluk tubuh adiknya.

Satu perasaan yang tak mampu diungkapkan mula meresap dalam dirinya kembali.

Bibir diketap. Semakin dia tahan, semakin menyucuk rasa sakit itu.

"Aku tahu kakak aku seorang yang kuat, aku tahu itu." Pujuk Lais tatkala merasakan tubuh itu mula mengigil.

Hilyaa tahan sebak. Bibirnya tersenyum pahit.

"M...macam mana aku nak kuat sedangkan papa benci aku." Lirih suaranya dalam berkata. Dari hari ke hari, dia fikirkan macam mana kehidupannya selepas ini tanpa Lais di sisi.

Dia takut, dia akan kalah lagi.

Lais senyum tawar. "Kau tak keseorangan, aku ada?"

Tubuh Hilyaa ditolak sedikit, mencari wajah kakaknya lalu ditatap dalam.

"Aku mohon, tolong bertahan hidup demi aku. Kau je satu-satunya adik beradik yang aku ada. Cukup lah arwah mama seorang sahaja yang pergi. Aku tak nak kehilangan kau pula."

Hilyaa tundukkan wajah. Matanya yang terasa panas pantas ditutup dengan tapak tangannya.

Dia malu sebab ni kali pertama dia menangis di hadapan Lais.

"Lais... kau buat aku nak menangis lah," ujarnya dengan nada tahan sebak.

Sakitnya...

Lais senyum tipis. Melihat bahu Hilyaa yang terhincut-hincut itu, tidak mampu dia biarkan. Sekali lagi tubuh itu ditarik masuk ke dalam dakapannya lalu dipeluk hangat.

Belakang Hilyaa digosok lembut, memujuk.

"Menangis lah kalau kau rasa nak menangis. Tak semua tangisan itu harus disembunyikan. Kadangkala harus dilepaskan agar rasa sakit ini hilang walaupun ianya sekadar sementara."

;༊

Awal-awal dah sedih kan? Hshshs. Biasa lah tu.

Btw saya cuma publish prolog sahaja, next year saya akan update. Tunggu, okey?

ni untuk korang🤍

[ Rasulullah bersabda:

Tidaklah seorang muslim ditimpa suatu keletihan dan penyakit (yang terus menimpa), kerisauan dan kesedihan, gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya, melainkan Allah akan menghapus dosa-dosanya

(HR. Bukhari) ]

Darla HansWhere stories live. Discover now