BAB 15

60 6 0
                                    

           BERHATI-HATI Hilyaa menuruni anak tangga. Sampai sahaja ke anak tangga  terakhir, kedengaran suara Lais menyapanya membuatkan Hilyaa laju angkat kepala.

"Tada!"

Tak berkelip sepasang mata Hilyaa melihat  Lais dengan ceria mendepakan tangannya sambil mengangkat alis keningnya berkali-kali.

Sebenarnya bukan itu yang membuatkan dia terpegun tetapi melihat apron comel  dikenakan pada tubuh adiknya itu buatkan dia rasa mahu tertawa lucu.

Nampak macam gugirl gitu.

"Hari ni aku masak sarapan khas untuk kita. Jemput lah duduk, jangan segan-segan." Kerusi di hadapan Hilyaa ditarik lalu tangannya bergerak mempelawa Hilyaa duduk.

Tergeleng kepala Hilyaa bila Lais melayan dia sebegitu. Sempat dia menumbuk bahu Lais tanda bergurau.

"Mengada." Jeling Hilyaa sengaja buat-buat menyampah padahal dia senang dengan layanan Lais terhadapnya.

Selama ni dia cuma sarapan dengan oat  ataupun biskut. Kalau dia terlewat sarapan pun dia akan pastikan untuk makan sesuatu agar dapat isi perut sedikit pun tak apa.

Tetapi sejak dua hari Lais duduk sebumbung dengan dia, dia dah tak rasa sunyi. Boleh dikatakan Lais lah yang buat semua kerja rumah ni.

"Kau buat menu apa hari ni?" soal Hilyaa sengaja nak tahu padahal dia dah nampak  ada dua keping roti yang kelihatan seperti  bakar kemudian di atasnya pula ada satu butter kecil beserta madu.

Entah, Hilyaa pun tak tahu apa nama makanan ni.

"Aku buat armer ritter. Cuba lah rasa, confirm kau nak tambah lagi," kata Lais penuh teruja.

Terpinga-pinga Hilyaa dengarkan itu. Roti di dalam pinggannya dipandang pelik.

"Armer ritter? Pelik betul nama." Sepasang mata milik Hilyaa itu tidak henti-henti duk membelek roti itu.

"Eh, ni sarapan orang jerman makan tau. Masa aku kat jerman aku selalu sarapan benda ni. Tante Carla selalu buatkan," cerita Lais tanpa sedar cara percakapannya sedikit lari. Terdengar slang dutch di situ.

Hilyaa diam. Pinggan beserta roti aneh itu ditarik rapat mendekatinya. Tangan kanannya mencubit roti itu agar menjadi kecil sebelum dia masukkan ke dalam mulut. Mahu tahu juga dia bagaimana rasa armer ritter yang Lais cakapkan itu. Alang-alang perutnya sudah mula melancarkan mogak.

Secebis kecil itu dimasukkan ke dalam mulutnya. Diam Hilyaa cuba menciptakan rasa di lidahnya sehingga tangannya kaku seketika.

Omo... Sedap!

"Macam mana? Nak tambah ke?" soal Lais sengaja buat-buat tanya. Hampir sahaja senyuman di bibirnya kelihatan apabila tangan Hilyaa kini laju menyumbat cebisan ke dalam mulutnya.

"Roti ni lembut... Rasa creamy pun ya..." komen Hilyaa dengan kepala terangguk-angguk comel. Suka.

Dia approve!

Tidak dapat ditahan lagi, Lais akhirnya tersengih. Kerusi di hadapan Hilyaa, dia tarik lalu dia labuhkan duduk di situ. Pinggan yang memang disediakan untuk dirinya pula dicapai.

"Sebelum masak atas pan. aku celup roti ni dengan susu. That's why rasa dia creamy," jawab Lais sambil tangannya mengoyak roti agar menjadi cebisan-cebisan kecil sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.

Hatinya cukup gembira melihat respon Hilyaa bertambah baik dari hari ke hari.

Sedar akan sesuatu kelainan, Lais jatuhkan pandangannya ke arah pemakaian di tubuh Hilyaa.

Darla HansWhere stories live. Discover now