BAB 11

43 7 0
                                    

          BADAN direbahkan ke atas tilam. Siling bilik di tatap kejap sebelum Hans memejamkan matanya. Jemari kanannya di bawa ke dahi lalu dia ketuk perlahan.

Sejak dari semalam, kata-kata Lais tidak putus bermain dalam fikirannya sehingga ke hari ini. Dari situ, dia dapat melihat betapa Lais berharap sangat kepadanya.

"Saya akan bertanggungjawab atas apa yang saya buat pada kakak awak," kata Hans terus berterus terang ke tujuan asalnya.

Riak wajah Lais berubah. Matanya terkedip tidak percaya apa yang baru dia dengari.

"Saya nak kahwin dengan Hilyaa. Saya dah ambil risiko ni jadi saya akan bertanggungjawab." Suara Hans lagi. Lebih yakin.

"Hanya disebabkan awak sentuh kakak untuk selamatkan dia, awak nak ambil keputusan untuk kahwin dengan kakak?" soal Lais tidak percaya.

Melihat kebisuan Hans membuatkan Lais tarik nafas dalam. Bukan dia tidak setuju tetapi...

Kenapa dia rasa perkara ini tiba-tiba?

"Kalau awak nak kahwin dengan kakak hanya disebabkan itu, maaf... saya tak rasa awak perlu korbankan apa-apa. Perkahwinan bukan boleh dibuat main. Kalau awak tak cintakan kakak saya, forget it. Saya tak sanggup tengok kakak saya derita lagi," ujar Lais panjang lebar. Dia betul-betul serius dalam katanya.

Lagipun, dia sudah ketahui pasal ini sejak Eijaz menceritakan kepadanya, tetapi dia tak sangka lelaki ini akan ambil keputusan untuk mengahwini Hilyaa.

Betul-betul fikiran di luar kotak.

"Siapa kata saya ambil keputusan ni hanya disebabkan itu?"

Lais angkat wajah. Mata mereka saling berlaga. Bagaikan berkata dalam bahasa mata yang hanya mereka berdua fahami.

"Saya dah lama fikirkan. Ya, mungkin itu salah satunya sebab kenapa saya ambil tindakan ini tapi saya bukan sekadar bertanggungjawab tapi ini juga keputusan dari segala doa saya." Hans tarik senyum tipis. Lais yang dengarkan itu mula tertarik dengan satu ayat dihujung itu.

"Doa?"

"Kalau saya kata sebelum saya buat keputusan ni saya minta petunjuk olehNYA, awak percaya tak?"

Lais kelu. Setiap patah kata yang Hans keluarkan mampu membuatkan dia terkelu seribu bahasa. Anak mata Hans di tatap dalam, mencari segala kata-kata itu disebalik anak mata itu tapi apa yang dia nampak adalah keikhlasan.

Ya, dia nampak anak mata itu.

"Kalau saya minta awak satu benda ni,  boleh?" Suara Lais tiba-tiba. Hatinya kuat meminta dia untuk menyampaikan ini.

Hans kembali duduk tegak usai menyedut minumannya. Wajah Lais jelas kelihatan teragak-agak ingin menyambung bicaranya.

Hans masih sabar menanti sambungan bicara itu.

"Hilyaa satu-satunya adik beradik kandung saya dan dia satu-satunya kembar saya. Saya tak nak kakak saya sakit lagi. Cukup lah dengan apa yang dia alami selama ni." Sedikit demi sedikit cerita pasal Hilyaa di buka. Dia tidak tahu kenapa hatinya menyuruh dia mempercayai Hans sedangkan dia bukanlah seorang yang mudah mempercayai orang lain, lagi-lagi yang baru sahaja berkenalan.

Tetapi dengan Hans ini, dia tidak tahu kenapa dia mudah percaya dan... Dia yakin.

Hans mampu buat segala lebih dari yang dia minta.

"Saya tak minta banyak cuma tolong jagakan kakak seperti mana awak jaga nyawa awak. Pasal papa, nanti saya akan bagitahu dia."

Darla HansWhere stories live. Discover now