EP: [4]

85 9 0
                                    

Hujung minggu merupakan tempoh bagi mereka yang bersekolah mahupun bekerja untuk berehat dari tugasan mereka. Bermain,berehat di rumah,keluar meluangkan masa bersama kawan-kawan atau.....

AAAAAAAAAARGH!!!

Lawan orang jahat sebagai salah seorang ejen MATA.

Seorang penjenayah melarikan diri setelah merompak bank dan merempuh bangunan 20 tingkat. Iman bersama ejen MATA yang lain kini sedang mengejarnya.

Moon: Serah diri jelah!

Aubrey: *panting* Jangan harap!!

Aubrey keraskan kulitnya dan lari. Iman menggunakan shawl kuning dengan bilah tajam di hujung sebagai cemeti,melibas Aubrey untuk hentikan dia. Dia lilit kaki Aubrey namun Aubrey menarik Iman ke arahnya lalu baling dia jauh.

Moon: Iman!

Salah seorang ejen lari menyambut Iman sebelum dia jatuh. Moon hasilkan klon dirinya untuk tangkap Aubrey. Aubrey lari dengan sarung berisi kepingan emas yang baru dipindahkan ke bank.

Aubrey: Hahahaha!! Kayalah aku! Kaya!!!

Tiba-tiba,tanah di bawahnya berubah menjadi lumpur. Kakinya tersekat dan Aubrey terperangkap dalam lopak lumpur yang dalam.

Aubrey: Aagh! Tak guna!!

Moon dan klonnya berdiri atas bahu satu sama lain. Moon yang sebenar lompat ke arah Aubrey dan gandakan dirinya,menghalang Aubrey dari lari selepas lumpur memgeras.

Aubrey: Aaargh! Tak guna! Sikit lagi!!

Moon: Padan muka! Siapa suruh kau buat hal masa hujung minggu ni?!

Aubrey: Suka hati aku nak rompak bank bila! Esok ada game baru keluar tahu tak?! Lepaskan aku!!!

Moon#2: Game je? Menyedihkan...!!

Moon#6: Betul tu!

Aubrey: Kau tak main game kau tahu apa?!

Satu persatu ejen MATA berkumpul setelah Aubrey berjaya diberkas. Ejen yang menukar tanah menjadi lumpur tadi menggunakan kuasanya mengangkat Aubrey dan gari dia.

Iman: Misi selesai!

Moon: Yeay! Boleh rehat!!

Lucas: Mana boleh! Ada latihan dengan ejen junior pulak lepas ni!

Moon: Apa?! Alah...!!!!

Lucas=[Mud]

•Enable mud transfiguration from earth and soil

Iman: Sabarlah Moon. Malam nanti ada diskaun di kantin.

Moon: *pout* Yelah.....

Mereka kembali ke ibu pejabat MATA setelah Aubrey diserahkan kepada pihak berkuasa.

SKIP TIME

Alicia menuju ke kafe yang dikunjungi tempoh hari. Pertemuannya dengan Ali mendedahkan persamaan di antara mereka; mereka berdua membaca novel yang sama berjudul 'Kembarku Psiko'. Novel genre thriller dan psikologi.

Alicia: "Tak sangka ada jugak orang yang minat novel ni sama macam aku!! Novel ni memang underrated! Susah nak cari peminat novel ni!!"

Setibanya Alicia di kafe,dia berpaling ke kanan,dapati Ali sudah pun berada di meja bersama secawan latte menunggunya tiba.

Alicia: Ali...!

Ali: Mm.

Alicia berjalan ke arah Ali dan duduk di hadapannya. Dia keluarkan novel kegemarannya dari beg silang dan letak atas meja.

EA: INVASION Where stories live. Discover now