Selesai mandi, Asyella menuju ke almari untuk mencari bajunya. Dia memilih tshirt bewarna oren dan berseluar hitam.
Asyella menuju ke meja soleknya melihat wajahnya sambil menguruskan rambutnya.
“ Eh, sejak bila aku tumbuh jerawat pulak ni ” terkejut melihat wajah sendiri di pantulan cermin.
“ Baru rasa nak cantik tak pasal pasal tumbuh jerawat. Habisla kau Syel takda orang nak dahh ” omelnya sendirian buat drama murahan sambil lap matanya yang tiada air mata.
Sambil membebel menatap wajahnya dicermin tanpa dia sedar ibunya masuk ke dalam bilik secara mengejut.
“ Cakap mende sorang sorang. Kau berkawan dengan jin mana ni Syel? ” tanya ibunya dengan bercekak pinggang memandang anaknya dengan tatapan membunuh.
“ Eyh mami.. saja jee tengok ni muka Syel ada jerawat ” tunjuk Asyella pada ibunya. Puan Masitah cuma memandang sambil membuat muka tidak puas hati. Garang sangat!
“ Kenapa tengok camtu, mi jangan serious sangat hehe ” Asyella berubah cuak memandang Puan Masitah.
Puan Masitah menuju ke arah katil dan duduk di birai katil.
“ Syel, mami nak tanya ni ” Puan Masitah mula bersuara dengan nada serius.
“ Apadia ”
“ Sampai bila eh kamu nak membujang aje, taknak cari jodoh ke.. bagi la mami cucu kamu tu anak pertama.. mami nak juga rasa ada cucu macam orang lain, dah tua tu cari la jodoh cepat cepat sikit kawin.. ” bebel Puan Masitah memandang tajam anak mata Asyella.
“ Alaa mami ni asyik cakap pasal jodoh aje.. nanti sampai la tu jodoh kakak, mungkin belum ada jodoh lagi? ” balasnya dengan muka meminta simpati.
“ No no no Asyella tetap kena cari bakal suami. Bulan depan mami nak kakak bawak boyfriend kakak jumpa mami dan papa kat rumah ” balas Puan Masitah. Serius ni orang serius.
Asyella mendengus kecil sebelum bersuara.
“ Kakak takda boyfriend macam mana nak cari suami.. aaaaa ” balas Asyella pura pura menangis di depan ibunya.
Puan Masitah hanya memandang kosong anaknya itu. Tanpa membalas dia pergi dari bilik anaknya itu.
“ Hmm kalau mami tak cakap apa apa tu maksudnya kena ikut cakap dia la kan? ” bisiknya sendirian sambil menjerit sakit hati!
Sepanjang berada dirumah Zayren hanya termenung dan tidak mahu makan. Dia buntu apa yang harus dibuat jika Farah buat kerja gilanya.
Datin Hufairah yang memandang anaknya juga turut serabut. Apa yang harus dilakukan supaya anaknya itu makan.
“ Ayen.. makanlah dari tadi lagi tak makan termenung jee.. awak ada masalah cuba cerita dekat mama manatau mama boleh tolong ke ” pujuk Datin Hufairah risau melihat anaknya.
YOU ARE READING
Tentang Dia | C
Short StoryTentang Dia by decstel ini karya pertama saya, maaf jika banyak kekurangan. 1rb patah perkataan sahaja. "It's okay saya faham, single lagi nak ke?" - Azeem Zayren