19

86 5 3
                                    

Asyella sudah tidak lagi seperti dahulu kala. Sejak kematian arwah Zayren, dia menjadi tidak sebahagia dahulu.

Asyella pergi ke rak buku yang berada di dalam bilik dia. Dia menyusun buku buku tersebut. Asyella memperhatikan buku bewarna kuning yang kecil itu, dia mengambilnya lalu duduk di bucu katil.

Asyella membuka buku tersebut dan baca apa yang tertulis di dalam buku tersebut.

Tentang Dia

Dia, seorang gadis biasa yang baik tetapi mampu membuatkan aku bahagia. Dia adalah satu satunya unsur kebahagiannku, sejak pertama kali kami bertemu aku sudahpun tertarik dengannya.

Dia, seorang gadis yang sangat cantik dan baik, semua yang baik ada pada dia. Sesuai dengan kata, sempurna. Saya tahu mungkin sekarang awak baca buku ini kan?

Saya cuma nak awak tahu, yang saya cintakan awak sangat. You're my first love and last. Tolong jangan pernah ada niat untuk tinggalkan saya. Awak adalah kebahagiaan saya sayang.

Andai suatu hari nanti saya tiada, tolong jaga diri awak. Saya tahu awak wanita yang hebat dan kuat. Saya janji, saya akan sentiasa di sisi awak walaupun kita tak dekat macam dulu.

Dia, adalah Asyella Qasrina seorang gadis yang menawan. Biar di mata orang kata dia biasa, tetapi bagi aku dia luar biasa.

Azeem Zayren hanya untuk Asyella Qasrina.

I love you forever and ever sayang.

Azeem Zayren, Husband Asyella Qasrina ♡

Setelah menghabiskan membaca satu persatu isi buku yang ditulis oleh suaminya, air mata Asyella mula menitis. Dia merindui sosok suaminya itu.

“ Awak macam tahu je kan, yang awak akan pergi tinggalkan saya kat sini sorang sorang? ” Asyella bermonolog sendirian menatap wajah suaminya di skrin telefon miliknya.

Asyella terbaring lemah di atas katil. Dia sangat merindui sosok suaminya yang sentiasa di sisinya.

Asyella menangis tanpa henti. Dia buntu apa yang harus dibuat, dia tidak lagi sebahagia dahulu.

Asyella tiba tiba bangun dari katilnya dan memegang erat buku tersebut. Dia mencapai tudung sarungnya dan kunci kereta.

Asyella turun di tingkat bawah dengan tergesa gesa.

“ Mami, Ibu! Asyella nak pergi rumah Darina sekejap ” pesan Asyella lalu keluar.

Dia menapak masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Asyella memandu sangat laju, dengan kepala yang pening dia tidak seberapa nampak jalan.

Tanpa Asyella sedar, ada lori yang langgar dia dari tepi. Asyella kini dalam keadaan yang berdarah teruk. Semua orang awam menolongnya dan memanggil ambulans.

Tetapi tidak sempat ambulans sampai, kini Asyella tidak bernyawa. Sampai sahaja ambulans dia menutup wajah Asyella dengan plastik hitam.

Dia membawa mayat tersebut ke hospital dengan segera. Doktor juga mengambil telefon Asyella dan menelefon keluarganya.

Puan Masitah, Afeeq dan juga Datin Hufairah mendengar berita itu terus ke hospital dengan segera.

Dia naik menapak dan menunggu di ruangan itu. Ada doktor yang keluar memberitahu keadaan anak mereka.

“ Saya minta maaf, tetapi anak puan tidak dapat diselamatkan ” jujur dari doktor itu.

Jantung seakan berhenti seketika, Asyella dan Zayren sudah tiada lagi di sini.

Mereka semua menangis. Afeeq sudahpun terduduk dia menarik rambutnya dan menangis sekuat hati. Walaupun dia selalu khianati kakaknya tidak bermaksud dia tidak suka.

“ Aunty! Asyella macam mana? ” datang sekumpulan kawan kawannya.

Azraf, Dayana, Raykarl dan juga Darina berlari menuju ke arah mereka semua.

“ Asyella dah takda ” balas Afeeq ringkas sambil menangis.

Darina terus terduduk. Seakan tidak percaya secepat itu kawannya pergi, padahal tadi Asyella ingin kerumahnya.

Darina berasa sangat bersalah, kalau Asyella tidak kerumahnya pasti ini tidak akan berlaku.

Darina pula menangis seperti orang gila. Kehilangan sahabat yang paling dia sayang itu amat menyakitkan, Asyella adalah satu satunya sahabatnya namun terlalu cepat dia pergi.

Kawan kawannya yang lain turut menangis mendengar berita yang menyedihkan itu.

“ Kenapa cepat sangat kau pergi Asyella? hiks ” Darina meroyan seperti orang gila.

Dayana segera menghampiri adiknya lalu memeluknya. Dia tahu adiknya tidak dapat menerima kenyataan yang begitu perit.

Asyella dikebumikan betul betul di tepi kubur suaminya. Kawan kawanya yang lain setia menunggu.

" Aku tahu kau pun penat, rehatla Asyella. Aku tahu kau dah bahagia dengan suami kau kan sekarang? " Azraf bercakap memandang kubur mereka berdua.

“ Aku tak sangka yang kau pun akan ikut jejak suami kau, takpa aku redha syella nanti aku ikut kau juga tau " Darina menitiskan air matanya melihat sahabatnya yang sudah di bawah tanah itu.

Perit untuk dia menerima semua ini. Sakit rasanya apabila membaca nama yang tertera di batu nisan itu.

Nur Asyella Qasrina Binti Abdul Zuhair.

Seminggu pemergian arwah suaminya, dia pula yang pergi meninggalkan semua kawan kawannya.

Mungkin ajalnya sudahpun dekat, walaupun mereka tidak bahagia di dunia ini, setidaknya mereka bahagia di akhirat bersama.

Begitulah kisah cinta Asyella dan Zayren. Mereka bahagia di alam lain walaupun bukan dunia tempatnya.

Zayren tetap berada di sisi Asyella tidak kisah di mana sekalipun, janji Zayren ditepati.

Walaupun bukan di dunia kita bahagia, tetapi di syurga kita bertemu.

Tentang Dia by decstel.





- TAMAT -

tak sedih kan? happy ending kan kan??? yeyyy tamat pun, pendek je hehehe

Start - 9 Disember 2023
End - 20 Disember 2023

Tentang Dia | CWhere stories live. Discover now