HS | 01

369 19 2
                                    

𓍢ִ໋🌷͙֒

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𓍢ִ໋🌷͙֒

"SUBHANAALLAH ya Allah! Aku nak beli semua buku-buku kat sini tapi aku sedar diri!" Ujar Naura yang mengundang perhatian dari pelanggan dan pekerja yang ada di situ.

Naura tidak sedar dirinya memakai earphone. Bahu gadis itu ditepuk perlahan membuatkan Naura menoleh sebelum membuka salah satu tali earphone nya.

"Ya kenapa? Boleh saya bantu?"

Soal Naura kepada wanita separa usia itu. "Kamu cakap kuat sangat nak, sini kan kedai buku,"

Wanita separa usia itu menegur dengan lembut. Naura memandang sekeliling sebelum tersengih.

"Allahuakbar minta maaf sangat, saya tak perasan. Minta maaf semua," Ujar Naura sambil menundukkan sedikit badan.

Wanita separa usia itu tersenyum sebelum menepuk lengan Naura perlahan.

"Tak apa, belajar dari kesilapan. Jaga diri ya nak?" Pesan wanita itu. Naura mengangguk sebelum meminta diri.

Dia keluar dari kedai buku itu. Keluhan lembut dilepaskan.

"Buat hal lah kau ni Naura," Omel Naura sebelum dia berjalan meninggalkan kawasan itu.

Naura menghidupkan enjin skuter arwah ayahnya. Skuter itu hampir berusia 10 tahun.

Gadis itu membetulkan sedikit helmet merah jambunya sebelum dengan perlahan-lahan kebelakang untuk keluar dari tempat parkir kenderaan.

Tiba-tiba tanpa Naura perasan dia terlanggar sebuah Mercedes hitam yang baru saja jalan menyelusuri di belakang.

"Alamak!" Naura segera menongkat motornya lalu turun. Ternampak seorang lelaki berpakaian kot hitam keluar dari kenderaan tersebut.

Naura menggaru helmet merah jambunya, di pandang kesan calar di hadapan kereta berjenama mewah itu.

"Encik ni senget ke lalu kawasan motor? Tak nampak ni tulis KAWASAN MOTOR SAHAJA. Ha tu kan?"

Naura mendongak memandang lelaki itu tanpa rasa bersalah. Terserlah mata hazel milik si jejaka.

Kening si lelaki terangkat melihat gadis kecil di hadapannya ini marah akan dirinya.

"Excuse me? Salah saya? Awak yang reverse tak betul tahu tak? Tak padan motor lagi besar dari tuan badan,"

Kata si jejaka tak mahu kalah. Ternganga Naura mendengar kata-kata lelaki itu.

"Awak yang lalu kat sini okay! Lagi satu, apa kena mengena langgar ni dengan saiz saya hah?!" Marah Naura. Jelas kemerahan muka gadis itu menahan amarah.

"Ingat perempuan pendek tak boleh bawa motor lagi besar ke?" Naura menunding jarinya tepat di hadapan wajah lelaki itu.

Walaupun jari Naura hanya cecah paras hidung, lelaki itu tersenyum senget.

"How bold you are miss shortie," Lelaki itu berkata dengan nada nakal.

Naura menjeling lelaki tersebut. "Awak punya calar ni awak lah yang tanggung, okay tu saja nak kata. Assalamualaikum,"

Naura membetulkan helmet merah jambunya sebelum kembali kearah skuter.

"Sure miss shortie, saya bayar kerosakan kereta saya. Awak bayar saman saya nanti boleh?"

Terus terhenti aktiviti menghidupkan enjin Naura. Dia menoleh memandang lelaki itu yang bersandar pada keretanya dengan senyuman nakal.

"Orang gila!"

𓍢ִ໋🌷͙֒

H | His SoulmateWhere stories live. Discover now