HS | 06

106 15 2
                                    

𓍢ִ໋🌷͙֒

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𓍢ִ໋🌷͙֒

NAURA menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memandang kearah tempat sangkut baju yang terletak di tempat yang agak tinggi.

"Macam mana aku nak ambil ni.." Omel Naura. Sudah pelbagai cara dicuba namun hampa.

Tiba-tiba Naura teringat akan kata-kata Puan Sri Mariam semalam. Terus dia mencapai tuala merah jambunya lalu menutup bahagian kepala dan leher.

Naura dengan perlahan-lahan membuka pintu, memerhati kiri dan kanan. Masih awal pagi, jadi mesti ramai masih tidur memandangkan belum masuk waktu subuh.

Dengan langkah berjaga-jaga, Naura berjalan ke bilik hujung yang dikatakan Puan Sri Mariam.

Pintu bilik diketuk perlahan, "Assalamualaikum.."

Naura memulas tombol pintu dengan perlahan. Bilik ini kelihatan jauh beza dengan biliknya. Bilik Naura lebih keperempuanan berbanding bilik ini.

Penuh dengan permainan video komputer yang berselerakan atas lantai.

"Mesti lelaki duduk," Bisik Naura perlahan sebelum matanya ternampak tangga kecil yang boleh membantunya untuk memanjat.

Naura terus berlari kearah tangga tersebut, dia menjengket sedikit untuk mencapai tangga itu.

"Semua benda tinggi ni, memerli aku yang pendek ke macam mana," Keluh Naura sambil mencuba untuk mencapai tangga tersebut.

"Memang masuk tak ada salam ke?"

"Eh?!" Kerana terkejut, Naura tertarik tangga tersebut dan tangga itu hampir menghempap Naura membuatkan gadis itu memejam mata erat, namun satu tangan lebih cepat menahan.

Naura membuka mata perlahan, terdiam apabila dia tertembung dengan mata yang menarik itu.

"U..Umar?"

Soal Naura terkejut. Tuala yang menutupi kepalanya digenggam erat apabila terasa melerot.

"Buat apa dalam bilik orang ni?" Terjojol biji mata Naura. Bilik dia?

"Bilik awak? Ni, bilik awak? Tapi nenda-"

"Tapi apa hah? Nak skodeng ke?" Potong Umar dengan nada tegas. Buat-buat tegas sebenarnya. Naura mengetap bibir.

"Nenda suruh saya datang bilik ni.. Kalau nak apa-apa.." Bisik Naura perlahan sambil memandang ke lantai.

Umar sedaya upaya menahan senyum, wajah kembali serius. Berlakon mod on!

H | His SoulmateWhere stories live. Discover now