Chapter 1

73 1 0
                                    

Di MATA Acedamy,
Isnin.

"Wei korang hari ni kita akan berlatih apa ye?" tanya Moon.

"Tak tahu la. Alicia hari ni kita berlatih apa ye? " tanya Jet.

"Aku mana hafal jadual. Kau tanya la Ali " kata Alicia sambil tunjuk ke arah Ali yang sedang termenung sambil berjalan.

"Ok. Ali, hari ni kita berlatih apa ye? " tanya Moon.

Tetapi soalannya tidak terjawab kerana Ali sedang termenung sambil memikirkan sesuatu.

"Ali. Jawab soalan tu" kata Alicia namun Ali masih tidak menjawab soalan tersebut.

"Ali!! " Jet jerit tetapi perlahan.

"Ali!! " jerit Alicia kuat sedikit.

"Ali!!! " jerit Khai yang tadi hanya mendiamkan.

Namun Ali tidak membalas jawapan mereka kerana dia masih lagi termenung. Mereka sudah tidak tertahan lagi kerana Ali tidak mendengar apa yang di katakan mereka sehinggakan mereka menjerit.....

"ALI!!!!! " jerit mereka yang menyedarkan Ali dari termenung nya.

" kenapa korang jerit nama aku ni?" tanya Ali yang agak terkejut kerana mereka menjerit namanya.

" kitorang panggil kau banyak kali, kau tak jawab. Kitorang jerit. Kau termenung apa sampai tak dengar kitorang panggil kau? " tanya Alicia.

"Takde apa-apa, just aku tengah fikir pasal pe-" Ali memberhentikan ayatnya kerana dia tidak ingin mereka tahu. " takde apa-apa lah. Hah kenapa kau jerit nama aku tadi" sambungnya lagi.

" yeke. Takde la, kitorang tanya kau hari ni kita berlatih pasal apa? " tanya Alicia yang curiga akan Ali tetapi masih menanyakan soalan yang ingin di tanya dari tadi.

"Oh hari ni kita berlatih kelajuan di mana Zass akan latih kita sebab dia paling laju" kata Ali.

"What!!? Kelajuan?!! Malasnya aku nak berlatih bahagian ni!!! " kata Moon.

"Ala, apa susah. Kita mintak jelah Zass cancel latihan kali ni " kata Jet dengan selambanya .

" banyak la kau punya cancel. Hari ni kita kena berlatih sekali dengan ejen karya la " kata Ali.

Mereka hairan, sejak bila Ali kisah sangat pasal latihan ni sedangkan dia la yang suka ponteng latihan. Diorang semua terfikir "dah masuk air ke budak ni? "

"Kenapa korang pandang aku macam aku ni orang tak betul je? " tanya Ali.

" takdelah, kitorang hairan dengan kau. Sejak bila kau kesah sangat dengan latihan ni? " tanya Alicia

" sejak aku tahu yang aku ni ada-" Ali memberhentikan ayatnya kerana dia tahu yang itu ialah soalan perangkap. Dia pun gelabah mencari alasan kerana dia tidak ingin mereka tahu bahawa yang dia mempunyai penyakit. " sejak aku tahu cara nak bina robot ni. Hah sejak tu lah aku fokus nak buat latihan. Hah hah tu lah sebab nya" kata Ali yang sedang berpeluh kerana takut rahsia nya terbongkar.

" ye lah tu. Jangan-jangan kau sorok kan sesuatu dari kitorang. Baik kau mengaku sekarang " kata Khai.

" takde apa-apa lah. Korang je yang overthinking. " kata Ali sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

" ok. Kitorang percaya kan kau " kata Jet masih curiga dengan Ali.

" eh dah lewat ni! Baik kita pergi ke arena latihan sekarang sebelum kena marah dengan ejen Karya! " kata Ali menukar topik.

" k. Jom! " kata Khai.

Mereka pun berlari ke arena latihan. Semasa mereka berlari, Ali merasakan kepalanya pening. Dia memberitahu mereka bahawa dia ingin ke tandas. Khai ingin menemani nya namun dia tolak pelawaannya dengan baik. Dia terus berlari ke tandas untuk memakan ubat yang di suruh ibunya ketika dia tahu yang dia mempunyai penyakit kanser otak . Selepas itu, dia pun pergi ke arena latihan selepas dia membasuh muka kerana mukanya terkena darah yang keluar dari hidung semasa dia berlari ke tandas.

Kisah Hidup Ali ( E.A) Where stories live. Discover now