Chapter 3

45 0 0
                                    

"Kami adalah saudara mu. Ibu dan bapa mu menyuruh kami untuk menjaga mu sementara mereka berkerja. Nama saya Dayang boleh panggil Cik Dayang. Yang berbaju kuning tu namanya Zain boleh panggil uncle Zain. Di sebelah kanan nya Djin boleh panggil acik Djin. Di sebelah kiri nya Ganz boleh panggil uncle Ganz. " kata E. Dayang

"Oh begitu. Bolehkah saya tahu di mana saya berada dan mengapa saya boleh berada di sini? " tanya Ali.

" kamu berada di sini atas sebab kamu mempunyai penyakit kanser otak tahap 4. Kamu baru sahaja menjalani pembedahan melibatkan otak. Jika kamu mahu tahu di mana kamu berada, tanya ibu bapa mu. " kata E. Dayang.

"Baiklah. Saya akan tanya mereka nanti. Boleh kamu semua keluar. Saya ingin tidur kerana penat? " tanya Ali.

"Boleh kami akan keluar. Kamu berehat la sementara saya memanggil ibu dan bapa mu. Assalamualaikum" kata E. Zain.

"Waalaikumussalam" balas Ali sambil baring untuk tidur.

Mereka pun keluar dari bilik rawatan Ali.

" Wei kenapa kau cakap guna bahasa Melayu pekat? Aku pun jadi tak faham" kata E. Djin.

"Sebab Ali guna bahasa Melayu pekat. Kalau aku guna bahasa Melayu yang kita guna sekarang, mana dia nak faham. Pikir la sikit. " kata E. Zain.

"Sudah jangan bergaduh di sini! Ganz pergi panggil E. Aliya dan D. Ghazali. Beritahu mereka bahawa anak mereka dah sedar. " kata E. Dayang.

" ok " balas E. Ganz.

Beberapa jam kemudian, Aliya dan Ghazali pun tiba.

"Dayang macam mana keadaan ali? " kata E. Aliya dalam keadaan cemas.

"Ali ok, cuma dia ada merasakan sakit di bahagian kepala tapi itu hanya sementara. Oh satu lagi, Ali menggunakan bahasa Melayu pekat bila dengan orang yang dia tidak kenal. " kata E. Dayang.

"Baiklah kami faham " kata D.Ghazali.

Mereka pun memasuki bilik rawatan Ali.

" assalamualaikum. Ali dah bangun? " kata E. Aliya lemah lembut.

" dah mama. Mama ngan papa bila sampai? "Kata Ali.

" baru je. Ali macam mana, sihat? " tanya E. Aliya sambil mengambil tempat di kerusi di sebelah kati Ali.

"Ali sihat cuma pening kepala. Mama Ali dekat mana? Cik Dayang taknak bagitahu Ali ada dekat mana sebab dia suruh Ali tanya mama sendiri" tanya Ali.

Aliya menceritakan daripada A-Z tentang diri Ali dan MATA. Aliya memberitahu Ali bahawa Ali tidak mempunyai kawan atau sesiapa di dalam Akedemi. Dia ada seorang kawan di sekolah bernama Viktor.

" ooo macam tu" kata Ali.

Tiba-tiba pintu bilik Ali terbuka. Ketua teras memasuki bilik Ali.

" Ali, kamu sudah tahu siapa diri kamu sekarang" tanya E. Zain.

" sudah uncle Zain. Bolehkah saya berlatih ke semua teras yang ada di MATA? " tanya Ali.

"Boleh.kami akan menjadi mentor kamu. " balas E. Zain yang mengejut kan semua orang yang berada di dalam bilik. E. Djin dan E. Ganz menarik E. Zain keluar untuk menanyakan sesuatu

Situasi di luar bilik,

"Kau dah gila ke Zain?! Kau tahu kan seorang ejen hanya boleh menguasai satu teras. Ni nak sumbat empat- empat teras dalam satu masa. " tanya E. Djin.

" aku yakin dengan keputusan aku. Kita jadi kan Ali ejen pertama yang berjaya menguasai ke semua teras. " kata E. Zain

"Ikut kau lah. Aku malas nak layan" kata E. Djin dan Ganz.

Tiga tahun dah berlalu dan Ali sudah menjadi besar. Dia menjalani banyak misi yang di beri oleh ketua teras dan selalu berjaya dalam misi tersebut. Dia juga menjadi seorang yang dingin, tegas dan bijak. Dia juga dapat menguasai ke semua teras. Dia menjadi seorang ejen yang hebat sehingga lah sesuatu kejadian.

Di Akedemi MATA,

" baiklah kami memanggil kamu semua ke sini atas sebab kamu akan menjalani misi. Misi kali ni akan melibatkan ejen Alicia, Rudy, Iman dan Khai. Misi kamu adalah untuk menangkap komeng dan membawa pulang Azurium yang di curi. Objektif kamu adalah merakam video dan membawanya pulang jika kamu tidak bisa lawan mereka. Kamu akan di bantu oleh mentor-mentor kamu sekiranya kamu dapat membawa pulang rakaman video tersebut. BERTINDAK SEGERA!! " kata General.

Mereka pun segera berlari ke tempat yang di suruh. Setibanya di sana.

" ok kita kena rakam video sebab diorang banyak sangat. Kita kena minta bantuan dari pada mentor. " kata Alicia.

Mereka pun menjalani misi mereka dengan baik.

"Bos, ada orang ikut kita la bos. Diorang duduk dekat atas kontena tu" kata konco komeng.

" budak-budak ejen tu lagi. Tok serik ko pokyo dok kacau kito wak kijo. Geng-geng sekalian serang! " kata komeng.

" alamak kita dah kena tangkap. Macam mana ni? " tanya Iman.

"Kita cuba lawan dulu. Kalau tak berjaya kita lari" kata Alicia.

Mereka berlawan tetapi sayang konco -konco komeng terlampau banyak. Mereka pun merancang untuk berlari tapi tertangkap.

"Huh dapat pun sekmu. Tahu dok nok tangkap sekmu tu penat. Sekmu doh la kacau kijo aku. Tokleh ko pokmu do senyap ja. Loni aku tangkap sekmu so mati" kata komeng sambil mengacu pistol ke arah ejen-ejen tersebut.

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang memakai hoodie berwarna hijau datang menolong mereka. Dia berlawan dengan semua konco-konco komeng sehingga la tinggal komeng sahaja. Dia berlawan dengan komeng sehingga la komeng kalah. Sewaktu dia membuka ikatan ejen-ejen yang kena ikat sarung hoodie dia terjatuh yang menyebabkan muka dia terpapar di hadapan mereka.

Mereka semua terkejut melihat orang yang berada di hadapan mereka ialah....

" ALI!!!? " mereka menjerit.

Ali yang menyedari akan hal itu terus berlari daripada mereka kerana dia tidak seharusnya menunjukkan muka nya di hadapan mereka.

Di Akedemi,

Ejen-ejen muda yang pergi ke misi tadi pulang dengan selamat. Tiba-tiba mereka di panggil untuk ke Dewan kerana ada sesuatu yang ingin di sampaikan ketua teras.

Di Dewan,

"Baiklah kami memanggil kamu semua kerana kami ingin memberitahu seorang ejen yang baru akan menyertai kami semua. Di persilakan Ali Ghazali" kata E. Djin.

Tiba-tiba pintu terbuka dan terlihat Ali sedang berjalan sambil di iringi oleh ketua teras tekno dan neuro bersama E. Aliya dan Dr. Ghazali. Mereka semua terkejut melihat kawan seperjuangan mereka yang di percayai mati berdiri di hadapan mereka.

"Ali! " kata mereka.

"Ibu siapa mereka semua? " tanya Ali dengan nada yang dingin.

"Mereka ialah ejen muda yang berlatih di Akedemi" balas E. Aliya.

"Maksudnya Zana, Zara, Azim dan Viktor ada dekat sini la kan? " tanya Ali.

" ye mereka ada di sini" balas E. Aliya.

"Ali kau hidup lagi" kata Khai.

"Mana kau pergi selama ni? " kata Moon.

"Kitorang rindu kau, kau tahu tak" kata Bulat.

Mereka gembira kerana kawan mereka masih hidup.

"Siapa kamu semua ni? Bagaimana kamu semua boleh mengenali aku? " kata Ali.

Kata-kata Ali membuatkan mereka terkejut.

" Ali kau tak ingat kitorang" kata???

Siapa yang tanya soalan tu! Nak tahu tunggu episod seterusnya. Dan jangan lupa vote dan share pada kawan- kawan korang.

Byee Assalamualaikum!

Kisah Hidup Ali ( E.A) Where stories live. Discover now