03

16 5 0
                                    

soowoo pov

" kau okay tak? " soal doeun.

aku mengangguk sebelum baringkan kepala atas padang.

dah dapat berehat pun rasa macam still penat lagi, haih.

" kau nak makan tak? atau nak aku belikan air? "

" hmm apa apa je. "

" okay, tunggu sini tau. aku pergi beli dulu "

sekali lagi aku mengangguk sebelum memejamkan mata untuk tidur.

dia punya penat tu tak boleh dibawa bincang weh, dengan matahari tegak atas kepalanya lagi. ni pun nasib baik ada pokok besar, kalau tak hitam muka aku berjemur kat sini.

" weh "

aku abaikan suara doeun yang memanggil, budak tu asal cepat sangat pergi beli air? ke dia berlari?

" weh budak. "

aku buka mata luas luas selepas perasan sesuatu yang pelik.

sejak bila suara doeun bertukar jadi suara lelaki ni?

dia sakit tekak ke? garau semacam je suara budak tu.

dengan pantas aku bangun sebelum toleh pandang sebelah.

" k-kau? "

mata aku membulat lepas ternampak sosok lelaki tadi kat sebelah aku.

ingatkan doeun.

" kau buat apa berjemur dekat sini? " soalnya.

" sa-saja je. " balasku, gagap.

aku tampar mulut perlahan, masa masa macam ni lah nak gagap.

buat malu je 😭

" air tu untuk aku ke? "

" kau nak? "

dengan pantas aku mengangguk, gila taknak aku dahlah tengah haus ni.

kalau nak tunggu si doeun tu, mahu mati kehausan aku kat sini nanti.

mana entah budak tu menghilang, lama betul beli air.

" nah "

aku ambil air mineral daripada tangan lelaki tu lalu meneguknya penuh rakus.

abaikan perangai buruk aku. 🐒

" tapi air tu aku dah minum "

" M-MWO! "

hampir nak tersedak aku lepas dia cakap macam tu, defak do.

dia dah minum pastu bagi aku minum pulak. fikir kiss dari melalui botol?

" YAH KAU SERIUSLAH "

" lah, kau percaya ke? "

aku terdiam, THIS MAN— DIA GULA GULAKAN AKU.

kurang ajar betul.

" k fine. "

suasana antara kami menjadi canggung seketika sebelum henfon aku masuk satu notification dari doeun.

aku lirik sebelah sebelum membuka henfon.

doeun: photo
doeun: korang nampak sweet 😆
doeun: that's why aku taknak ganggu
doeun: selamat mengedate. 😚💗

kepala otak dia si doeun ni, punyalah aku tunggu dia.

dia boleh pulak send gambar dari tingkap kelas kitaorang, ish.

" aku nak tanya sesuatu "

" eoh? tanya aku? "

" tak, aku nak tanya pokok tu. "

" okay nak tanya apa? " soalku.

aku pandang lelaki ni lama sebelum usha tag nama dia sekilas.

yoon jaehyuk, such a pretty name.

" kau lari tadi sebab kena denda ke? "

" la-lari? siapa kata? "

" takde siapa. aku yang nampak tadi "

" e-eoh... " jawabku.

act aku nak taknak bagitahu sebab malu, tapi taktahu pulak yang jaehyuk ni boleh nampak sendiri, haih.

rasanya aku kena pindah sekolah.

100 pusingan weh pastu dia nampak dari mula sampai akhir, malu 😭

dahlah aku banyak cakap sorang sorang masatu, dasar gila.


[ tbc ✨]

me, you.Where stories live. Discover now