05

17 5 0
                                    

author pov

loceng berbunyi menandakan sekolah sudah pun berakhir.

masing masing mula mengemas apa yang patut, manakala soowoo masih dengan dunia imaginasi dia.

" weh gila " panggil doeun.

lamunan soowoo terhenti, sebelum beralih pandang doeun yang dah pandang dengan
muka ketat.

" kau panggil aku ke? "

" iye aku panggil kau. dengar tak? "

" hmm dengar. wae? " soalnya.

doeun menggeleng sebelum tunjuk ke arah dinding dekat depan kelas.

tepat pukul 6:45 petang.

" taknak balik? " 

" lah loceng dah bunyi ke? "

" iye dah bunyi, lama dah. "

" rasanya aku terlalu penat ni sebab tu pekak "

" salahkan cikgu yang suruh kau lari tu "

" tula... aku ingat nak saman cikgu tu "

soowoo mengemas barang barang dia lalu diikuti doeun kat sebelah.

selesai sahaja mereka berdua keluar daripada kelas.

" aku tak balik dengan kau tau harini "

" ouh... "

" sebab asahi kata dia nak balik dengan aku "

" asahi? hmm faham " jawabnya.

walaupun kelihatan biasa tapi bagi doeun nampak macam tak biasa.

sebab ada nada nada merajuk kat situ sedangkan dia tak merajuk pun walaupun kena tinggal dengan doeun.

tapi doeun rasa sebaliknya 😭

macam tertukar pulak, padahal soowoo rasa biasa biasa je.

tapi doeun yang terlebih emo dekat situ sampaikan ingat yang dia merajuk.

" srs tak merajuk ni? srs? "

" iyelah odo, eee risau betul "

" mestilah... kau je kawan aku tahu tak? "

" tahu lah. ish sudah orang tengok "

soowoo merangkul bahu doeun yang hampir nak menangis tu sebelum membawa dia jauh sampai ke pintu pagar.

sampai dekat situ, dia jumpa dengan asahi yang dah menunggu.

" weh asahi ambik awek kau ni "

" eee soowoo ni " rengek doeun.

" takpe ke aku balik dengan doeun? " soal asahi.

soowoo mengangguk sebelum lepaskan rangkulan doeun lalu tolak dia jejauh masuk dalam pelukan asahi.

" sila sila. "

" yah soowoo "

" apa? "

" partner date kau datang " katanya.

soowoo yang kebingungan terus menoleh pusing belakang memandang ke arah yang dimaksudkan doeun.

selepas ternampak muka jaehyuk dari jauh, soowoo cepat cepat menunduk.

" kalau macamtu balik dengan dia jelah "

" diam doeun diam. "

" hahaha malu lah tu " sakatnya.

soowoo menjeling ke arah doeun sebelum tolak dia dan asahi keluar daripada pintu pagar halau dorang suruh balik.

" bye jumpa esok! " jerit doeun.

soowoo hanya mengangguk tanpa membalas.

dan sebelum dia nak berjalan pergi, ada seseorang pegang kepala dia.

" woi budak. "

dia yang dah boleh agak siapa orang itu, hanya mengeluh.

dengan malas dia pun menoleh lalu ternampak sosok si tiang elektrik.



[ tbc ✨]



me, you.Where stories live. Discover now