SIGNORE DEVILS 8

22 0 0
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Tengku Adrainna baru pulang ke rumah. "Assalamualaikum" ucap Tengku Adrainna perlahan. Tengku Adrainna menanggalkan kasutnya dan langkah masuk ke dalam rumah. "Waalaikumussalam." Suara garau suaminya terdengar dari dapur. Tengku Adrainna terkaku dan bulu roma sudah naik. Yela pukul 3 tiba tiba ada orang balas salam mana tak cuak.

"Hey abang.. kenapa tak tidur lagi?.." tanya Tengku Adrainna. "Dah pukul 3 pagi baru nak balik?" Suara tegas Luth. "Um..saya ada kerja kat markas tadi..sorry la" balas Tengku Adrainna. "Hm.." Luth hanya nampak isterinya atas dan bawah. "Abang nak saya tidur luar ke?" Tanya Tengku Adrainna. Luth mengangkat keningnya "sanggup ke tidur luar tanpa pelukan suami?" Sinis Luth.

"Eh tak apa saya ada bantal busuk..saya okay je tidur sorang.. abang tu..baru tak peluk berapa minit dah merengek-rengek minta peluk macam budak-budak" ejek Tengku Adrainna. Luth beri pandangan tajam pada isterinya. "Okay okay sorry, abang beruang.." Tengku Adrainna ketawa kecil lalu berjalan ke ruang tamu.

Tengku Adrainna mula menanggalkan tudung dan jaketnya. "Dah la saya nak mandi" kata Tengku Adrainna. Luth mengganguk kepala dan pergi ke bilik tidur atas.
Setelah mandi, Tengku Adrainna pakai baju kelawar dan baring di atas sofa. Tengku Adrainna main telefonnya.

Luth perlahan-lahan melangkah ke bawah sambil membawa toto dan bantal. Luth bentangkan toto di sebelah sofa lalu duduk di atas toto tersebut. Tengku Adrainna tidak ambil peduli pasal suaminya kerana dia tahu suaminya tidak dapat tidur tanpanya.

Luth pegang pinggang isterinya lalu tarik sehingga jatuh ke atas toto. Luth baring dan memejam mata. "Tidur." Arah Luth. Tengku Adrainna tersengih "dah agak dah.. hehe abang tak kan dapat tidur tanpa saya" Tengku Adrainna senyum mengusik. "Bunny menang..now please peluk abang." Luth eratkan pelukannya pada pinggang isterinya.

Tengku Adrainna pusingkan badan menghadap ke arah suaminya. Lalu, Tengku Adrainna peluk suaminya. Setelah beberapa jam mereka pun tertidur.

Esoknya Luth bangun dari tidur dan sedar isterinya tiada. "Aik?..hilang lagi bini aku ni?.." tanya Luth pada diri sendiri. Luth bangun dari toto. Lalu, Luth berjalan ke dapur dan ternampak isterinya sedang memasak sarapan.


Luth peluk pinggang isterinya dari belakang. "Morning, bunny.." suara garau Luth. "Good morning, bear.." suara Tengku Adrainna perlahan. "Masak apa, bunny?.." tanya Luth sambil mengelus lembut rambut isterinya. "Ikan keli masak lemak.. Favourite abang.." jawab Tengku Adrainna. "Wahh terima kasih, bunny abang.." kata Luth.

"Mhm.." Luth mengelus lembut rambut isterinya. "Pergi la mandi dulu..nanti saya hidangkan makanan" kata Tengku Adrainna. "Nak mandi dengan bunny.." kata Luth. "Saya dah mandi dah.." balas Tengku Adrainna. "Alah..sampai hati bunny tak tunggu abang" Luth buat muka sedih. Mula la tu buat buat sedih.

"Saya dah kejut abang..abang yang tak nak bangun.. merengek macam budak-budak" ejek Tengku Adrainna. Luth memuncungkan bibir. Merajuk!

"Hmph.."Luth pout. "Dah lah pergi mandi" arah Tengku Adrainna. Luth lepaskan pelukan dan pergi ke bilik air.

Tengku hidangkan makanan di atas meja dan melabuhkan punggung di atas kerusi. iPhone Tengku Adrainna bergetar. Tengku Adrainna seret icon hijau ke atas dan rapatkan telefon di telinganya.

"Ciao." Suara dingin Tengku Adrainna. "signora...la maschera da coniglio è pronta per essere realizzata."¹ suara Evelyn Hanni. "bene... mandami una foto più tardi"² kata Tengku Adrainna. Brava signora..Hazel ha già finito il nostro nuovo logo... più tardi chiederò a Hazel di inviarmelo"³ kata Hanni. "Bene." Balas Tengku Adrainna terus matikan panggilan.
_____________________
1:puan, topeng arnab dah siap saya buat.
2:bagus, nanti hantar gambar pada aku.
3:baik puan, Hazel pun sudah siap buat logo baru kita.

SIGNORE DEVILS (Hiatus)Where stories live. Discover now