BAB 17

3 2 0
                                    

Belum pun pemilik rumah menjawab salamnya, Raisya sudah masuk sambil berjalan catwalk. Lantas duduk bersilang kaki di atas sofa kak bed. Rambutnya dipintal-pintal persis baru sahaja dibasuh di salun, sedangkan kalau ikut perkiraan,sudah 7 hari tidak disyampu.

"Ewahh,berlagak ye."
Kak bed yang sedang menyapu bedak pada wajahnya menghentikan kerja." Hutang aku bayarnye tidak."

"Syy..tak baik tau kak bed bercakap dengan orang kaya macam tu. Raisya datang ni, nak bayar hutang kak bed."

Mata kak bed atau nama sebenarnya, Badrul itu bersinar. Satu perkara aneh jika Raisya berduit.

"He,betul ke ni? Dah tiga bulan kau tak bayar sewa rumah, mampu ke nak bayar sekali gus?"

Dalam masa separuh saat, kak bed sudah terlentok di sebelah Raisya. Pantang mendengar pasal duit.

Raisya mengeluarkan beberapa keping not RM 50,dia melayang-layangkan wang itu di hadapan biji mata kak bed yang memakai contact lens warna biru. Pantas kak bed menyambarnya.

"Ya Allah, Raisya , bukan senang nak dapat RM 500 sekali gus macam ni,kau dapat kat mana Raisya."

"Itu kak bed tak perlu tahu. Okeylah kak bed,saya balik dulu."

Kak bed terus mencebik tidak puas hati. Duit di tangan dicium-ciumnya. Siapa ya yang bagi duit sebanyak ni pada Raisya? Takkan orang kaya kot, kalau muka macam Raisya tu, sepuluh kali aku lebih cantik. Takkan ada orang kaya nak perempuan macam Raisya. Tak terurus macam tu. Eii, kak bed a.k.a pondan itu menggeletis kegelian.

My Lover's Feet Scrape MoneyWhere stories live. Discover now