BAB 24

2 2 0
                                    

Ku Zaqqel meneguk air liur. Suara wanita itu terasa seperti biasa didengarinya.

Ku Zaqqel menoleh ke arah Raisya dan tersenyum.

"Sama-sama. Saya ku Zaqqel,awak?"
Raisya terasa seperti mahu melompat keluar dari kereta ku Zaqqel yang sengaja dibuka bumbungnya itu. Tidak sangka ku Zaqqel tidak sombong dan mudah mesra dengannya.

"Nama saya Raisya..eh..nama saya kak monah.."

Kak bed awal-awal lagi sudah berpesan agar Raisya tidak memberitahu namanya yang sebenar. Tapi sekarang, Raisya terpaksa memilih sama ada perlu menggunakan nama sebenar atau nama kak monah yang tiba-tiba sahaja keluar dari mulutnya.aduh,mana boleh tersasul ni.

"Kak monah?"ku Zaqqel terperanjat. Orang secantik ini bernama monah. masya-Allah.

"He..he..he..bukanlah,nama saya Raisya. Kak monah tu arwah jiran saya,"kelentong Raisya.

Ku Zaqqel tergelak. Kelakarnya dia ni. Sudah lama ku Zaqqel tidak terhibur seperti ini. Hidupnya sebelum ini penuh kesunyian, tanpa ada sesiapa mengisi kesepiannya. Sehingga kini umurnya hampir mencecah 30 tahun, ku Zaqqel belum pernah bercinta dan jatuh cinta.

Raisya mengetuk-ngetuk jarinya di atas peha.

"Orang kaya selalunya akan menyukai perempuan yang setaraf dengannya,paling tak pun yang terpelajar. Jadi kau tak boleh sama sekali mendedahkan siapa kau sebenarnya,nanti dia pandang rendah pada kau dah fikir kau ni low class." Pesanan kak bed terngiang-ngiang di telinganya.

Raisya terangguk-angguk bagaikan kak bed ada di hadapanya.

"Pasal tadi tu, tak sangka pulak kena usik, sebab masa saya study di Korea tak pernah pulak perkara begitu berlaku kat tempat hiburan di sana. Balik Malaysia ni, tak terfikir pun hari first masuk club kat sini perkara sebegitu boleh berlaku."

Raisya berasa perutnya seolah-olah digeletek sendiri. Korea? Huh, usahkan Korea, Singapura pun aku tak pernah pergi,desisnya dalam hati,cuba menahan ketawa.

"Oh,awak study di Korea,baru habis berlajarlah ni?"
Raisya mengganguk.

"Kat universiti mana?" Tanya ku Zaqqel.

"Kyonggi universiti," kata Raisya hentam keromo."Hmm,kalau macam tu saya bolehlah bercakap bahasa Korea dengan awak kan? Saya pandai cakap bahasa Korea,Jerman,Jepun,arab and of course bahasa inggeris." Kata ku Zaqqel memberitahu kebolehannya yang boleh bertutur bahasa luar.

Tanpa ku Zaqqel sedari,Raisya sudah terjelir lidahnya kerana terkejut dan panik. Mati aku kali ni kalau dia betul-betul bercakap bahasa Korea.

Tiba-tiba ku Zaqqel menanyakan sesuatu padanya dalam bahasa Korea,saat itu Raisya terasa seperti banduan yang bakal diheret ke tali gantung.

My Lover's Feet Scrape MoneyWhere stories live. Discover now