BAB 18

58 7 0
                                    

DAH balik dari kerja, harini balik awal tau! Yeayyyy! Nak jumpa ibuuuu! Pukul 6 petang Tiara sampai di rumah Anak Yatim Cahaya.. Ya Allah.. rindunya tempat ni.. tempat aku membesar.. banyak kenangan kat sini.. Tiara melangkah masuk ke dalam, semua pandangan ke Tiara

"Kak Tiara!"
"Akak Tia!"
"Ata Iya!"

Tersenyum Tiara melihat budak ii disini.. ada yang berlari memeluknya.. Ya Allah.. semua dah besar! Tapi Tiara memandang kepada Zulaikha yang pelat itu

"Ika.. dah darjah 2 pun masih pelat lagi?"

Zulaika hanya tersenyum gelak, masih pelat ye budak ni ye? Tu comel tuu!

"Akak Tia pergi mana? Fifi rindu.."
"Akak Tia pergi kerja lah.. tak jauh mana pun.. kan kadang ii kak Tia datang sini?"
"Kadang ii, bukan selalu!"
"Iyelah.. Ibu mana, Fifi?"
"Ibu dalam bilik, solat katanya"
"Ouh.. kalau macam tu Kak Tia masuk kejap lah.. nak jumpa ibu"

Fifi mengangguk dan membiarkan aku berjalan ke bilik Cik Yam.. masuk saja selangkah terlihat Cik Yam yang sudah habis solat asar tapi masih memakai telekung

"Assalammualaikum, ibu.. rindunya Tia dekat ibuu"
"Waalaikummusalam.. ibu pun rindu Tia.. dah lama Tia tak datang sini ye? Budak ii pun ada tanya juga, kak Tia pergi mana"

Tiara tersenyum kepada wanita yang separuh abad itu, Cik Yam.. ibu kepada anak ii yatim disini.. ya.. aku termasuk dalam anak ii yatim.. aku dibuang oleh mak aku sendiri.. dan Cik Yam lah yang ambil aku.. baikkan Cik Yam?

"Ibu macam mana? Sihat?"
"Macam ni lah.. Alhamdulillah.. Tia macam mana?"
"Alhamdulillah ibu.. Tia sihat jee"
"Tia.. ibu nak tanya sesuatu boleh?"
"Tanya apa bu?"
"Tia dah tunang ye?"

Terkejut Tiara apa bila Cik Yam kata begitu, bertunang? Siapa pulak nak dengan aku?

"Mana ada ibu" protes Tiara, tunang? Lambertttt lagi! "Habistu.. video yang viral baru ii ni..? Yang dekat mamak tu.. Tia kata Tia dah tunang.." lepas Cik Yam kata di mamak.. ouh ya! Alamak! Sampai kat ibu tahu ni! "Umm.. ibu salah paham ni.."

"Tia tunang tak bagitau ibu ye.. sampai hati Tia.." kata Cik Yam sambil membuat muka sedih, apa salahnya menyakat anak sendiri kan? "Eh! Mana ada ibu! Tia.." Tiara diam seketika, tak tahu nak cerita macam mana, Cik yam terus memegang tangan Tiara dan tersenyum tipis

"kenapa tak cakap dengan ibu dulu, kalau Tia nak tunang.. ibu terkejut tau lepas tengok video tu.. Fifi yang tunjuk kat ibu.. dia pun terkejut.. ibu nak yang terbaik untuk Tia.. jangan lah buat ibu macam ni.. lainkali Tia bawa ya tunang Tia tu.. ibu pun nak kenal ii juga.."

"Ibu.. Tia.. Tia minta maaf bu.. Tia.." mengalir air mata Tiara.. Ya Allah.. apa aku dah buat ni.. Cik Yam cepat menyeka air mata Tiara "anak ibu sorang ni dah bukan anak dara dah.. dah nak jadi istri orang.. nanti pula jadi mak orang.. ibu paham.. Tia dah besar.. nak cari kebahagian sendiri.. tapi jangan lupa ibu ye.."

"Tak! Tia takkan lupakan ibu!" Lagi laju air mata Tiara "nanti bawa tunang kamu jumpa ibu ye..?" Tiara diam, macam mana mahu dia kata pada Raja Thaqif nanti? Dahlah itu boss sendiri.. Ya Allah.. ni semua salah kau Tiara!

"Boleh tak bawa dia jumpa ibu..?"
"InsyaAllah ibu.."

si Gadis milik si JejakaWhere stories live. Discover now