BAB 7

729 64 2
                                    

PANGKALAN TENTERA UDARA, KUALA LUMPUR.

Enjin kereta BMW M8 GTR hitam berkilat milik Mikhael terparkir elok di dalam kotak kuning. Selepas berjam-jam dia memandu dari Penang, mereka tiba di Kuala Lumpur pada jam 2 pagi. Mikhael menggeliat kecil, lenguh belakang memandu jauh.

Bonet kereta dibuka. Aqib dengan rela hati mengeluarkan beg pakaiannya dan beg pakaian milik Mikhael. Beg pakaian Mikhael dihulur kepada lelaki itu.

"Cuti ni apa plan kau? Balik kampung tak?" soal Aqib sambil membetulkan urat badan.

"Tah. Tengoklah, esok lusa mungkin." beg digalas sebelah bahu.

Aqib angguk faham. Dia pun akan pulang ke kampung cuti nanti di Johor.

"Ha ni, berapa duit kau nak untuk minyak?" kalau dah menumpang, kena tahu diri. Sudahlah jauh perjalanan mereka pergi dan balik.

"Eh kau. Tak payah mengada. Tangki minyak kereta aku ni tak beranak jadi dua pun yang kau nak bagi duit bagai. Simpan je duit kau." Mikhael menolak.

"Betul ke ni? Serba salah aku." kalau Mikhael minta seratus pun dia sanggup bayar.

"Betul la. Kau teman aku ni pun dah kira bagus. Tak ada la aku mengantuk nak drive. So, fair." Mikhael muktamadkan keputusan.

Mendengar itu, Aqib tersenyum. Alhamdulillah, kawan yang baik pun satu rezeki.

"Thanks, Hael. Nanti aku payung kau makan." dia kenyit sebelah mata sekali kepada Mikhael.

Mikhael hanya menampar bahu sahabatnya sebagai balasan.

"Okay la, jom balik bilik. Mengantuk gila dah ni." ajak Aqib yang sudah bersedia dengan beg pakaiannya.

"Elok elok." pesan Mikhael kepada Aqib.

Kemudian, mereka berpisah ke haluan masing masing.

Mikhael meletakkan beg pakaiannya di dalam rumah kem itu. Punggung dihenyak di atas sofa. Dia merenggangkan belakang. Tangan diletakkan ke atas dahi. Berehat sebentar sebelum membersihkan diri dan tidur.

Dengan selamba dan tanpa diundang, Aqib memasuki rumah kawan baiknya tanpa memberi salam. Mikhael tersentak saat pintu rumahnya dikuak seseorang.

Rilek sahaja Aqib melambai kepada Mikhael dengan wajah tidak bersalah.

"Aku nak tumpang rumah kau malam ni Mejar Syed Fawwaz Mikhael." kata Aqib lalu meletakkan beg pakaian di tepi sofa.

Mikhael memeluk tubuhnya. Bibir senyum senget.

"Rumah kau tak ada ke Kapten Muhammad Aqib Aqmal?" soal Mikhael kepada Aqib dengan nada perlian diselitkan.

Mana-mana mai mamat ni. Tadi rasa dah balik ke sarang sendiri.

"Ada, tapi tak sebesar rumah Mejar aku ni." perli Aqib.

"Lagipun, aku sunyi tidur sorang. Nak teman peluk." sambungnya lagi dengan nada merengek.

Mikhael berdecit dan membuat wajah jijik.

"Kaki mau?" dia mengangkat tapak kaki seolah mahu disuakan kepada Aqib.

"Tak takut." dia mengejek Mikhael.

"Mengada." bidas Mikhael.

Aqib tidak peduli. Beg tadi diambil semula.

"Tidur dulu, bye!" dia terus berlari masuk ke bilik Mikhael.

"Woi, bilik aku tu setan!" tempik Mikhael saat Aqib selamba merampas kamarnya.

"Kongsi la." balas Aqib sedikit tinggi yang sudah selamat masuk ke dalam kamar Mikhael.

Dia tahu lelaki itu memberi keizinan untuk dia menginap. Lelaki itu sengaja berkasar sahaja.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL Where stories live. Discover now