BAB 1

228 39 4
                                    

Beberapa tahun kemudian...

Noah memakirkan kereta dihadapan perkarangan rumah kampung neneknya itu. Noah melangkah keluar dari kereta dengan kaca mata hitam yang terletak cantik diwajah.

Mata-mata gadis kampung yang memandang ke arahnya itu, Noah berikan senyuman kecil.

Telinga mula mendengar bisikkan-bisikkan dari gadis kampung yang berada disitu.

"Noah Mahfuz Malik AlQadr!" memetir suara nyaring seseorang dari belakang.

Fuh! Nama penuh terus.

Kaca mata hitam dicabut sebelum Noah menoleh ke arah belakang memandang ke arah seorang wanita tua dengan pandangan kosong.

Kacau betul!

"Nenekku tercinta, how are you?" Noah mendepakan tangan sebelum berjalan mendekati neneknya itu.

"I'm fine. Thank you for asking, my dear grandson." Dengan penuh berlagaknya nenek membalas.

Noah terpegun. Jarang-jarang dapat mendengar neneknya itu meng'english' dengan dia.

"Kau tak payah buat macam nenek ni tak pandai cakap english. Sia-sia nenek jadi doktor dulu kalau tak pandai cakap english." Tangan nenek menyinggah ditelinga Noah sebelum dipulas sedikit kasar.

"Sakitlah, nenek. Tak pernah nak hargai kedatangan Noah kalau datang sini." Wajah Noah berkerut menahan sakit.

"Mananya nenek tak hargai kalau kau janji awal pagi nak datang tapi kau sampai sini nak dekat maghrib. Nenek tak ada cucu munafik macam kau ni." selamba nenek berkata. Kepala digelengkan sebelum melepaskan telinga Noah dari dipulas.

Sebelah tangan Noah naik menyentuh dada kiri. Pedih gila mat! Menusuk betul ke jantung dia ni.

"Noah sibuk sebab itulah Noah datang lambat. Orang lain janji pukul lain tapi sampai pukul lain, nenek tak marah pun. Kalau Noah saja semua salah." Noah menjeling nenek dengan wajah tak puas hati. Tubuh dipusing ke arah kiri. Merajuk!

Nenek tersenyum simpul. Bahu cucu lelaki itu dipegang sebelum diusap lembut.

"Nenek berguraulah. Nenek ni tak kisah pun kau datang pukul berapa. Sejak bila kau pandai jadi sensitif ni?" soal nenek dengan geli hati.

"Sejak nenek kata Noah ni cucu munafik. Kecil hati ni tau, nenek. Macam mana nak sumbat bidadari kalau hati ni kecil. " balas Noah penuh drama. Tangan kanan bergerak menepuk dada kiri berkali-kali.

Riak wajah nenek bertukar datar. Itu yang dia fikirkan. Ada yang kena sebat bontot ni karang!

"Sudahlah kau. Pergi masuk!" hambat nenek sambil menunding jari ke arah pintu rumahnya.

"Sabarlah sekejap. Ramai awek kat situ." Tersengih-sengih Noah memandang ke arah gadis yang melepak dipondok yang berdekatan dengan sawah padi.

"Noah Mahfuz!" nenek menjegilkan mata.

"Eleh, cemburu lah tu tak ada orang mengorat dia." Noah menayangkan senyuman senget.

"Sebelum nenek piat telinga kau, pergi masuk sekarang!" suara nenek mula memetir.

Noah bergumam tak puas hati. Kaki melangkah ke arah pintu rumah juga. Selangkah lagi kaki kanan mahu melangkah masuk ke rumah, Noah sengaja menghentikan langkah.

"Dah kenapa berhenti ni?" soal nenek.

"Noah rasa Noah tak nak masuk lagilah." Beritahu Noah perlahan.

"Nak maghrib dah, Noah. Kau nak pergi mana lagi?" soal nenek sambil mencekak pinggang.

"Noah rasa rugilah kalau tak pergi mengorat awek-awek kat situ. Apa kata Noah pergi sekejap. Bagi hilang rasa keinginan nak digerumuni dengan awek-awek cantik." Balas Noah dengan wajah tak berperasaan.

NOAH MAHFUZUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum