Part 5

2K 105 10
                                    

Selepas selesai menunaikan solat maghrib Elliya ke dapur dan memasak untuk makan malam dan menyediakan makanan di atas meja.

"Wahh banyak eh kau masak." Kata Tricia yang baru habis solat maghrib.

"Harini banyak bahan kat peti sejuk aku masak jelah." elliya berkata biasa dan menyediakan makanan di atas meja.

Tricia duduk dan ingin mengambil makanan tetapi di halang Elliya.

"Baca doa dulu gelojoh lah kau ni." tegur Elliya dan menadah tangan membaca doa makan Tricia hanya sengih sebelum ikut menadah tangan.

Selepas makan Elliya berlalu ke biliknya begitu juga Tricia masing-masing sibuk dengan hal sendiri selepas selesai makan malam.

Elliya membuka telefon dan melihat banyak mesej masuk dari nombor tidak dikenali.

Berkerut dahi Elliya melihat mesej yang tidak dikenali itu dan melihat gambar dia dengan lelaki yang pernah jadi teman lelaki dia membuatkan Elliya terbeliak dan terkejut melihat masa lalu di mana dia terlalu teruk dan lalai.

Trauma mula menyelubungi diri dan Elliya merapatkan kaki dia ke dada dan mengingat di mana dia hampir di rogol dengan teman lelaki dia sendiri.

"Elli-" mata Tricia terbeliak luas dan meluru ke Elliya yang seperti ketakutan lalu memeluk kawannya.

"Kau kenapa?" soal Tricia risau dengan Elliya kerana badan Elliya bergetar hebat.

"T-takde a-apa..." jawab Elliya tergagap-gagap.

"Kau tak ok ni." tricia terlihat telefon Elliya dan mengambil telefon Elliya sebelum memandang Elliya kembali dan memeluk Elliya kuat.

"Dah kau lupakan je apa yang pernah terjadi kat kau." tricia menepuk perlahan bahu Elliya menenangkan fikiran dan hati Elliya yang mula gelisah.

"T-tapi a-apa yang dia buat kat aku buat aku susah nak lupakan..." lirih Elliya ketakutan.

"Dah kau tenang je takde apa jadi kat kau." tricia menenangkan Elliya dan Elliya mula tenang sedikit.

Tricia mengeluh berat dan memblok nombor yang menghantar gambar itu ke Elliya.

Allen memandang langit malam yang cantik dipenuhi bintang dan Allen mengeluh nafas berat mengingat perjumpaan pertama dia dengan Elliya yang membuatkan dia semakin jatuh cinta makin dalam terhadap gadis itu sehingga kini.



5 tahun lalu

Elliya memegang buku yang dirapatkan ke dada. Akibat tidak melihat depan membuat Elliya terlanggar seseorang dan buku dia jatuh.

"Maaf." elliya berkata sepatah selepas mengemas buku dia dan ingin berlalu jalan namun pegangan seseorang itu di tangan dia membuatkan dia berhenti.

"Kau takde mata ke ha?! dah langgar orang kau cakap maaf je?!" kata seseorang itu dengan nada datar dia elliya merasa seram sejuk dengan aura seseorang itu dan dia mendongak memandang seseorang yang dia langgar itu.

Allen terpegun melihat kecantikan yang ada pada Elliya namun dia berdehem menghilangkan rasa gugup.

"Maaf tadi saya tak nampak." ujar Elliya berkata sambil menunduk ke bawah.

"Ok kau boleh lepas kali ni kalau aku nampak kau lagi siap kau!" marah Allen.

Elliya mengangguk laju dan berjalan. Selepas elliya hilang dari pandangan Allen tersenyum kerana angau dengan kecantikan yang dimiliki Elliya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love Obsession Where stories live. Discover now